apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.6.11

makanan yang membentuk keupayaan mental

setiap hari, kita makan segala macam benda, kan? tambah-tambah bila cuti ni, wah... makin banyak yang boleh dibuat pilihan untuk dimasak dan dimakan bersama-sama keluarga. 

tapi, sebagai ibu, pernah tak terfikir untuk memberi makan yang baik-baik kepada anak-anak? makanan yang boleh merangsang minda? makanan yang boleh membuat anak terutama yang hendak periksa UPSR, PMR, SPM lebih keupayaan untuk mengingat? 

entah? hehe... memang pun! kadang-kadang kita lebih menumpu kepada menyediakan yang sedap-sedap sehingga lupa kepada khasiat dan nutrisi seimbang, betul tak?

okey, di sini aku selitkan sesuatu dari pembacaan. tentang makanan bagaimana yang dikatakan mampu membentuk keupayaan mental anak-anak. ini bukan aku cakap, ya! layan...

Pakar Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan, corak pemakanan yang betul sejak peringkat kandungan lagi memainkan peranan penting membentuk keupayaan mental seseorang.

Namun, Shariza turut mengakui amalan pemakanan untuk menguatkan memori perlu diamalkan sepanjang hayat.
“Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bok choy serta buah-buahan yang mengandungi pigmen antosianin dan bahan aktif kuarcetin merupakan makanan yang amat baik untuk memori. Asid folik dan kumpulan vitamin B seperti B1, B3, B6 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepat pemprosesan maklumat dan proses mengingat,” 
Selain itu, menurut Shariza, kajian daripada Universiti Waikato, New Zealand mendapati:
madu lebah asli dikatakan baik dalam melegakan tekanan dan membaiki daya ingatan. Walaubagaimanapun, madu perlu diambil secara terkawal kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetis.
Tambahnya lagi, seorang individu perlu:
Minum air kosong antara 1.5 hingga 2 liter sehari bagi mengelakkan penyahhidratan. Penyahhidratan otak dan badan akan memberi masalah kepada memori jangka pendek dan tidak dapat menumpukan perhatian. Kurangkan meminum minuman diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol. 
dan
makan kismis banyak-banyak. kismis antara penguat minda. 
selain amalan pemakanan yang baik, Shariza turut berkongsi tip meningkatkan daya ingatan iaitu dengan selalu melakukan aktiviti riadah.
“Aktiviti tersebut mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak,” 
semoga info ini berguna untuk kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.