apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.6.11

Lydia, kau cuit hatiku! versi cerpen

1

Sinar mentari dirasakan terik memijarkan kepala. Waktu rembang begini dan dia terkapar-kapar di tengah jalan kerana motor Ducatinya rosak secara tiba-tiba. Panas betul rasa hati. Perut yang direserve untuk makan tengah hari sudah lama minta diisi. Menyesal tak sarapan pagi tadi, bisik hatinya. Kini, tengoklah! Dah jadi pak pacak sejak hampir setengah jam yang lalu.

“Yang Salih ni pun pergi manalah pulak? Apa aje yang dia ni buat? Dah lama aku telefon pun tak sampai-sampai lagi? Bodoh punya kawan!” mulut terkumat-kamit mengutuk.

Satu lagi butang baju kemeja dibuka. Maklum.... panas! Kang, kalau buka habis, takut orang tuduh apa-apa pulak. Jadi, terpaksalah tahan. Mujur ada cap lambang Gunners, boleh juga digunakan untuk kipas-kipas sikit.

‘Hisy, kau ni, memang! Sengaja aje nak menyusahkan aku! Kau nak sangat aku jual kau, kan? Tu yang pandai sangat meragam sekarang ni? Tunggulah! Aku hantar kau jumpa Rosli, lepas tu, cao, okey! Selamat jalan!’ sambil merempan, kaki menendang tayar-tayar si Ducati. Tak cukup gitu, dia tumbuk-tumbuk tempat duduk yang lembut.

Kalau motor tu boleh menjerit, tentu sudah mengerang sakit. Sampai hati tuan mudanya ni! Habis madu sepah dibuang. Masa baru-baru dulu bukan main sayang. Belai tiap masa. Servis aje! Sekarang selepas berumur hampir lima tahun, rosak sikitpun dah merungut. Siap nak jual lagi! Begitulah nasib besi buruk! Haihh...

Tiba-tiba sebuah kereta Toyota DX dengan nombor plet KE788 melewati si pemuda. Perlahan saja gerakannya dengan bunyi enjin mengaum-ngaum. Kereta lamalah, katakan! Kereta itu dibawa berhenti di hadapan motor tersebut. Tidak lama lepas tu, seorang gadis keluar dari tempat pemandu.

Si pemuda mencebik. “Apahal dia berhenti depan motor aku ni? Ada ke aku tahan kereta buruk dia tadi? Rasanya, tak ada! Hisy, dia nak apa? Bukan boleh percaya minah nerd ni!”

Minah nerd yang dimaksudkan itu memakai sepasang baju kurung gedobeh warna kelabu, bunga besar sekuntum-sekuntum, tudung macam yang selalu dipakai oleh mak bedah, orang gaji di rumahnya, dengan kasut warna hitam, macam kasut BATA yang dipakai budak sekolah aje. Cermin mata besar menutup sebahagian mata.

Perempuan itu angkat cermin mata dan bertanya, “Motor encik rosak, ya?”

Dia tidak menjawab. Cuma hati berdetik, “Buta!”

“Encik mungkin tak perasan. Saya sebenarnya dah dua kali lalu lalang kat jalan ni. Mula-mula, saya pergi kedai depan sana tu, dan balik. Lepas tu, terlupa pula satu barang yang mak pesan. Saya patah balik. Tu, yang saya nampak encik dah jadi pak pacak! Ni, saya nak tolong encik. Encik nak pergi mana? Biar saya hantar. Stesen bas tak jauh, encik. Belok kiri selepas lampu isyarat tu, dah sampai.”

Dahi pemuda itu berkerut. Mata mencerun.

‘Apasal aku nak naik bas pulak? Aku tak pernah naik bas, okey! Dan, aku tak pernah naik kereta buruk macam kereta kau tu. Uisy, kaypoh betullah minah ni! Tetiba aje datang depan aku dan buat tawaran tak masuk akal! Ni tak lain nak cuba nasib mengurat aku! Memang tak sedar diri. Ingatnya dia cantik sangat?’ Hati merungut.     

“Encik, saya tak ada niat nak mengurat encik, tahu! Saya cuma kesiankan encik aje. Tapi kalau encik rasa jijik nak naik kereta buruk saya dan sanggup berdiri dalam panas terik ni, okey! Saya jalan dulu!”

Gadis itu malas menunggu lagi. Dia sedar, dari mula lagi lelaki itu macam tak suka dia menolong. ‘Ah, toksah fikirkan, Lydia! Lantak dialah! Nanti yang akan dapat demam panas bukannya kau tapi dia! Biarkan sajalah mamat perasan maco tu!’

Lelaki muda itu terpegun melihat si gadis meninggalkan dirinya. ‘Ewah, macam ada pasang peranti dalam hati aku pulak dia ni! Tahu aje apa yang aku fikirkan. Tapi...’

“Woit, tunggu aku!”

Melihat gadis itu tidak mengendahkannya, dia segera mengunci motor dan menjinjit topi keledar lalu terus melangkah laju ke arah kereta. Yalah, risau juga takut kena tinggal!

Lydia melepaskan keluhan. Sedikit sebanyak, dia menyesal juga berhenti. Rasa malu pun ada juga. Tapi nak buat macam mana, dah terlajak menyinggah, kan?

Sebaik lelaki itu masuk, Lydia merenung wajahnya. “Saya hantar awak ke stesen bas, ya?” tanya dia.

“Err, kalau aku bagi kau RM100, kau boleh hantar aku balik tak?”

Mata Lydia membuntang. “Awak ni dah lebih! Awak ingat saya ni drebar awak?” marahnya.

Terkejut si dia bila dijerkah. Tak pernah-pernah dirinya dijerkah sebegitu. Terkebil-kebil sepasang mata. Namun akhirnya terpaksalah melepaskan keluhan. Terpaksa akur dengan keadaan. Terpaksa menganggukkan kepala, tanda dia beralah!
.....................

2

“Bawak dulang tu baik-baik, Lydia. Jangan sampai terlanggar orang. Nanti kalau tertumpah air atas baju tetamu di sini, mati kau aku kerjakan kalau diorang mintak ganti rugi!”

Lydia tadah sahajalah telinga. Nak buat apa lagi? Dia pekerja, yang sedang pot-pet tu majikannya, Pak Engku. Bernanahlah sementara menunggu jam berdenting tengah malam nanti kerana waktu itulah baru mereka boleh berkemas barang-barang untuk dibawa pulang.

“Eh Lydia, kau dengarkah tidak cakap aku tu?”

“Err, dengar, Pak Engku.” Jawabnya tergagap-gagap.

“Habis tu? Yang kau berdiri macam tiang bendera tu, kenapa? Dah, pergi layan tetamu tu!”

“Baik, Pak Engku.”

Dengan tertib dia mengatur langkah meninggalkan lelaki pertengahan abad itu. Tapi memang kalau sudah ditakdirkan, tentu tidak boleh dielak. Waktu ini habis dulangnya terlangkup dengan gelas berderaian jatuh dan pecah. Kenapa? Sebab, dia sudah melanggar seseorang. Yang pasti, orang itu sudah kuyup disimbahi air pelbagai perisa.

“Kau ni buta, ya?” lelaki yang sudah berang itu terus menarik tangannya sehingga Lydia terdorong ke hadapan. Entah ke mana dia akan dibawa untuk menerima hukuman, Lydia tidak tahu tapi yang pasti, mereka sedang memasuki rumah agam tiga tingkat itu melalui pintu sisi.

“Mak Bedah!”

Jeritan lelaki itu begitu kuat sehingga rasa hendak pecah gegendang telinga Lydia.    

“Ya, tuan?”

Lydia kasihan melihat perempuan tua itu termengah-mengah menghampiri mereka.

“Kau naik atas, pergi ambil tuala aku!”

Tanpa banyak soal, perempuan itu memanjat tangga. Sebak rasa hati Lydia. Teganya lelaki ini memerintah perempuan itu begitu? Iyalah, tahulah perempuan itu orang gajinya, kut, tapi sudahlah biadap berengkau sahaja bila bercakap tadi, adakah patut menyuruhnya naik tangga yang tinggi itu? sungguh tidak berperi kemanusiaan!

Dia cuba melepaskan tangan yang masih kemas dipegang namun tidak berjaya. Malah semakin kuat genggamannya.

“Lepaslah! Saya bukan nak lari ke manapun. Saya tahu saya salah dan awak nak menghukum saya tapi tak perlu pegang macam ni!”

“Argh, diamlah kau! Dah kau siram aku dengan air minum pelbagai rasa tu, lagi banyak cakap? Eh, kau tahu tak yang aku baru beli baju ni?”

“Alah, itu pun nak bising. Basuh nanti hilanglah semua kesan warna-warna tu semua!”

“Betullah tu! Aku nak suruh kau basuhlah ni! Sebab tu aku suruh Mak Bedah naik ambil tuala. Senang aku bagi kau suruh cuci sampai nampak sama macam masa aku beli, tau! Kalau tidak...”

“Tualanya, tuan!”

“Kau pegang tangan dia ni sementara aku nak salin pakaian.”

“Awak ni memang tak sopanlah! Pergilah salin baju tu dalam bilik air dan tinggalkan aje di situ. Nanti saya basuhlah!”

Lelaki itu tidak mengendahkan. Lydia yang malu dan memusingkan tubuhnya. Wajahnya mencuka. Benci melihat kelakuan lelaki itu.

Seluar dan baju dicampak di hadapan Lydia. “Pergi basuh sekarang!” perintahnya.

Lydia rasa terhina sungguh dengan perbuatan lelaki itu terhadapnya namun dia malas menjawab atau melawan. Lagi cepat beres kerjanya, lagi baik. Pak Engku mesti sedang mencarinya. Kalau dirinya dipecat oleh lelaki itu, tak ke haru? Saat ini, dia perlu bertahan. Dia sedang kesempitan wang. Gajinya malam ini amat perlu sebab esok dia akan gunakannya untuk membawa emak ke klinik. Emak kan sedang batuk-batuk di rumah? Keseorangan pula tu! Hai....

“Haikal? Apa hal kamu bertuala aje tu?”

Sempat dia mendengar suara lembut seorang wanita bertanya kepada lelaki itu. oh, namanya Haikal. Huh, Haikal yang perangai macam lanun! Jahat! Dia mengutuk dalam hati.

“An idiot spilled some juice all over my shirt!”

‘Idiot dipanggilnya aku? Sakitnya hati!”

Dan semakin geram bila mendengar suara ketawa-ketawa yang ditinggalkannya.

Mak Bedah begitu setia menunggu dia membasuh baju dan seluar lelaki itu. bimbang benar agaknya dia guna sabun yang banyak.. sepasang matanya bagaikan helang. Lagak bukan main pula...pandai suruh sabun sana, sabun sini...uisy, sebiji ditirunya gaya tuannya mengherdik tadi. Hmm, like boss, like maid! Grr....

Hampir 15 minit, Lydia hendak bergegas keluar dah. Bimbang nanti Pak Engku cakap dia curi tulang. Tapi, agaknya malam ini malam malang si Lydia. Sebaik Pak Engku nampak muka dia, terus saja lelaki tua itu mengamuk.

“Ke mana kamu tadi? Pandai curi tulang, ya!”

“Saya tak curi tulang, Pak Engku! Saya...”

“Dah, tak payah nak terangkan! Aku tak nak dengar!” terus saja lelaki itu beri wang RM50 kepada Lydia. “Ambil ni! Pergi balik! Tak payah tolong aku dah!”

Lydia terkedu. Pak Engku ni.... sampainya hati! Tapi... dia tahu benar dengan siap Pak Engku yang panas baran. Dah kena berhenti ni, tak payah rayu-rayu dah! Tak kan berkesan punya!

Satu keluhan dilepaskan. Namun saat itu dia terpandang mamat sombong yang kini sedang gelak sakan bersama-sama kawan-kawannya. Dia agak saja... rasa marah menguasai hati. Lama dia merenung, memikir cara untuk membalas dendam. Geram...

Tetiba idea gilanya muncul. Hmm, dia tak rugi apa-apa kalau dia jayakan idea gilanya ini. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia membalas dendam pada orang yang menyebabkan dia hilang jawatan sebagai pembantu pelayan, syarikat katering Engku Ahmad Wazir. Dan yang bestnya, dia hendak malukan tuan rumah yang muda itu.

Lydia melangkah bersama senyuman di bibir. Satu, dua... tiga...

“Sayang, you kat sini rupanya? Kenapa you tinggalkan I dengan Datin Hani tu?” Tangan lelaki yang sedang terkejut itu dipautnya kemas. Kepada beberapa orang lelaki muda itu, Lydia tersenyum manis sambil berkata, “Sorry, guys. Can I borrow Haikal for a while?”

“Hey...kau...”

“Tolonglah... kejappp aje...ya! Ya!”

Agaknya si Haikal sudah tersampuk kerana saat ini, diri Lydia sedang diperhati penuh asyik. Tajam sungguh renungannya. Macam baru nampak buat kali pertama. Macam tadi tu bukan Lydia yang ditarik dan disuruh membasuh pakaiannya.

Lydia tarik nafas lega. Sampai sahaja di satu kawasan yang dirasakannya jauh daripada pendengaran orang, dia terus sahaja menyerang si Haikal.

“Awak, dengar sini, ya! Saya nak luah rasa sakit hati saya pada awak. 1. Saya benci perangai sombong awak tu! Sebab, sekarang ni Pak Engku dah pecat saya sebab dia ingat saya curi tulang pada hal, saya masa tu kena cuci pakaian awak. 2. Saya nak awak bayar saya RM 20 sebagai ganti rugi. Sebab Pak Engku janji nak bayar saya RM70 tapi dia cuma bayar RM 50 saja. Saya perlukan duit belanja sebab esok saya nak bawa emak saya ke hospital.”

Tetiba sahaja Haikal menjungket kening tapi tidak sepatahpun dia menyampuk. Dia hanya memerhati sahaja gadis itu terus menerus bersuara..

“Awak dengar tak ni apa saya cakap?”

“Dua saja benda yang awak nak beritahu? Ingatkan berjela tadi?” sindir Haikal.

“Saya dah habis cakap! Kasi saya RM20.”

Haikal tanpa banyak cakap, terus seluk poket, keluarkan wallet dan beri sejumlah yang diminta.

“Okey, terima kasih.”

Haikal tidak menjawab. Dia hanya merenung gadis itu meninggalkannya. Tidak mengerti kenapa gadis itu bagai tidak mengenali dirinya tapi... dia pun baru saja camnya tadi. Tu yang tengok sampai melekat tu! Penampilan tetap sama, macam dulu. Cuma, tanpa cermin mata besar itu, dia hampir tidak mengenali. Tapi, dia memang tak kenalpun perempuan tu. Siapa namanya? Orang mana?

Argh.... Pak Engku!! Pak Engku kan ada?
............................

3

“Kenapa kau pura-pura tak kenal aku?”

Soalan lelaki itu menghentikan langkahnya. Dia berpaling. Wajah yang dia tidak suka itu ditatap seketika sebelum mengalihkan pandangan ke arah stesen minyak Petronas yang penuh dengan pelanggan. Nasib baik, belum tiba giliran dia bekerja. Hari ini dia datang awal pula. Kalau tidak, tentu kena jeling dengan Big Boss.

“Berapa kali saya nak cakap? Masa malam tu saya memang tak kenal awak. Tak kenal langsung. Ni, awak cakap yang kita pernah jumpa sebelum tu. Tiga bulan dulu. Awak cakap, awak pernah tumpang kereta saya. Tapi, saya betul-betul tak ingat. Sumpah! Saya tak ingat langsung. Boleh tak awak faham?”

Kenapakah lelaki ini sukar sungguh hendak percaya kata-katanya? Dia memang tidak ingat bahawa dia pernah menumpangkan lelaki ini satu masa dulu. Apa yang hendak dimarahkan sangat oleh mamat tu? Dia lupa! Dia tak ingat! Susah sangatkah hendak difahami?

“Kenapa awak lupa? Awak bukan perempuan tua! Orang muda mana boleh lupa benda-benda macam ni. Awak bukan jumpa sebarang lelaki. Awak jumpa saya. Awak yang jemput saya naik kereta awak. Tak masuk akal bila awak tak ingat saya,” lelaki itu mengeluh.

Lama Lydia merenung wajah di hadapannya. Mula-mula wajahnya serius tapi lepas tu dia mula tergelak kecil. Tingkah yang membuat Haikal mengerut dahi.

“Kenapa gelak?”

“Saya dah faham kenapa awak marah sangat pada saya.”

“Pulak?”

“Hmm!

“Kenapa?”

Lydia pantas saja memberitahu, “Sebab awak perasan. Sebab awak ingat, mentang-mentang awak tu smart, siapa saja yang tegur awak, cuba buat baik dengan awak, mesti suka awak. Mungkin, ada yang jatuh cinta pun. Awak tak boleh terima sikap saya yang memang dah tak ingat awak langsung.”

Haikal mendekat. Terlalu dekat dengan Lydia sehingga hembusan nafas panasnya dapat gadis itu rasakan. Cepat-cepat Lydia menjauh menyebabkan Haikal tersengih sinis.

“Kau kata aku sombong. Kau kata aku perasan. Macam-macam kau kata aku. Apasal kau ni? Inikah cara kau nak dapat perhatian aku? Kau ni bijak. Kau tahu, kalau kau cuba mengurat aku, aku memang tak akan peduli pada kau sebab tu kau tukar strategi. Biar lain daripada perempuan lain. Betul tak? Buat-buat tak suka untuk tarik perhatian aku, kan?”

“Kenapa saya nak buat macam tu? Sebab awak handsome, segak, bergaya, anak orang kaya? Sebab saya ni perempuan biasa yang tak ada apa-apa? Encik Haikal, jangan tuduh ikut sedap mulut, okey! Untuk pengetahuan awak, saya tak minat awak. Saya tak suka awak. Saya tak teringin pun nak kahwin dengan awak.” Lydia tengok muka jam. Lagi lima minit pukul dua. Maksudnya, dia ada masa lima minit untuk halau lelaki di hadapannya ini. “Awak percaya atau tidak, suka hati awaklah tapi tolong pergi dari sini, ya. Saya takut, awak ni akan buat saya malang lagi. Saya tak boleh berhenti kerja. Tak boleh diberhentikan kerja lagi disebabkan awak. Kebulur kami sekeluarga nanti. Tolong pergi dari sini! Please!”

Haikal tersentak. Sepasang mata yang berkaca itu ditatap. Pelik melihat tingkah gadis itu yang serius menghalaunya. Gadis yang kini tidak peduli padanya. Langsung masuk ke dalam ruang pejabat di dalam.

Lama Haikal duduk di dalam kereta. Memerhati gadis itu melayani pelanggan. Hati entah mengapa dicuit iri melihat senyuman yang menguntum di bibir. Senyuman untuk insan lain, senyuman yang bukan untuknya.

“Is she playing hard to get?” dia menyoal diri. Mungkin, kut. Tapi, tak kisahlah! Aku pun bukannya berkenan sangat pada dia pun.

Bila Haikal bercerita kepada teman baiknya, Salih, Salih ketawa besar.

“Kau tak kisah? Kau tak berkenan pada dia? Habis tu, kenapa kau cari dia lagi?”

“Alah, aku cari dia sebab aku geram bila dia buat-buat tak kenal aku. Itu aje!”

“Kau kenalah percaya cakap dia. Bukan mustahil semua tu. Mungkin dia dah ada pakwe. Sebab itu kau ada ke, tak ada ke, tak bawak apa-apa makna pada dia. Kau faham tak ni apa aku cakap?”

Kenapa jantungnya berderau mendengar ayat yang baru Salih ucap? Kenapa susah hati? Kalau perempuan tu dah ada boyfriend, kenapa harus timbul rasa cemburu? Hisy, macam-macamlah!

Rupa-rupanya, memang betul apa yang Salih teka. Gadis itu memang sudah berpunya. Korek punya korek, banyak yang diketahui Haikal tentang teman lelaki Lydia. Namanya Shahdan. Umur 25 tahun. Kerja juruteknik. Segak, tinggi tetapi dia rasa jika dibandingkan di antara mereka berdua, dia lebih segala-gala. Jadi, Haikal nekad. Dia ingin merampas Lydia daripada Shahdan. Dia rasa, dia dah jatuh cinta pada Lydia jadi, dia akan cuba menggoda sehingga Lydia juga akhirnya mencintai dia. Ya, Lydia mesti dimiliki. Lydia tidak boleh dibiarkan terus bercinta dengan Shahdan bila kini ada insan yang lebih mencintainya. Lebih menyayangi dan mampu membahagiakannya!

“Kau dah gila? Tak baik kau kacau daun, Haikal! Biarlah dia. Kalau lelaki itu yang dia suka, kau tak ada hak nak ganggu! Tak baik!” marah Salih bila Haikal menyuarakan hasrat hati.

“Salih, aku tak pernah jatuh cinta. Kau pun tentu tahu tentang tu, kan? Sekarang, aku miliki rasa ni, takkan aku nak biarkan berlalu macam tu aje? Aku cinta dia. Aku nak jadikan si Lydia tu bini aku. Dan, aku yakin bila dengan aku dia akan lebih bahagia sebab aku ada semuanya.”

“Kau tak akan berjaya, punya!”

“Kau nak bertaruh dengan aku? Dia perempuanlah! Perempuan pasti cair bila lelaki macam aku mengurat dia!”

“Hmm.... aku nak Ducati kau tu.”

Haikal kerut kening tanda tidak memahami.

“Kan kau ajak aku bertaruh? So, kalau aku menang, aku nak Ducati kau. Deal?”

Haikal ketawa sambil menangkap tangan yang Salih hulur. Tangan mereka bergenggam erat. Haikal terus berkata lagi, “Kau bagi aku sebulan. InsyaAllah, dia akan jadi milik aku masa tu.”

“Yakinnya kau!”

“Aku percaya pada kebolehan dan diri aku ni. Macam kau tak kenal aku?”

Salih ketawa. Kesungguhan dalam ucapan dan tingkah Haikal sedikit menggusarkan dirinya tetapi dia sangat berharap agar apa yang dia rasa tentang Lydia adalah benar. Baginya, gadis itu bukan memandang harta atau rupa. Pasti Lydia akan menolak Haikal mentah-mentah!

Dan tawanya semakin lepas. Haikal hanya menggelengkan kepala. Dia nekad untuk memiliki hati dan diri Lydia. Itu janjinya! Itu mahunya! Itu sumpahnya!
.................................

4

“Shah tak fahamlah. Kenapa Dea nak buat macam ni? Nak perdaya si Haikal tu? Shah rasa dia ikhlas dengan Dea.”

“Apa buktinya dia ikhlas? Bunga-bunga tu? Coklat yang dah penuh bakul tu? Atau SMS yang dia kirim? Belum lagi Dea ambil kira berapa kali Dea nak kena jawab panggilan telefon daripada dia? Kadang-kadang kan, Shah, Dea hairan dengan si Haikal tu. Tertanya-tanya bila masa dia bekerja kalau dah asyik hantar SMS dan call. Rimaslah!”

Masing-masing ketawa. Ketawakan Haikal dan sikap menggodanya. Kaedah mengurat yang stereotaip. Kirim bunga, ayat-ayat cinta, mesej, coklat...uweks, boring!

“Tak baik buat dia mengharap, Dea. Dan lebih tak baik Dea buat dia menyangka yang kita berdua ni ada apa-apa. Kesian dia! Kalau dia tahu yang Dea sengaja nak buat dia jadi burung pungguk, tentu dia marah.”

Lydia ketawa mendengar kata-kata Shahdan. Sengaja nak jadikan Haikal si burung pungguk yang merindukan bulan saban waktu?

Tapi, dia perlu lakukan begitu. Lelaki itu terlalu sombong. Dan dia tidak suka orang yang sombong. Allah juga tidak suka manusia yang sombong.

Biarlah orang sombong itu belajar merendah diri dan terpaksa merayu untuk merebut cintanya. Biarlah dia memberi sedikit kepayahan agar Haikal belajar menghargai dirinya untuk dimiliki. Biarlah Haikal bersusah payah memburu rindu dan menyangka dia terpaksa bersaing.

Yang mudah dapat akan mudah dilepaskan. Yang mudah dipikat akan mudah ditinggalkan. Yang mudah digoda akan mudah dilupakan.

Lydia tidak mahu dilepaskan setelah hatinya diikat. Lydia tidak mahu ditinggalkan setelah hatinya dipikat. Lydia tidak mahu dilupakan setelah dirinya digoda dan terjerumus dalam lubuk cinta.  

“Dia mesti marah kalau dia tahu kita berdua tak ada apa-apa hubungan.”

“Shah, jangan pandai-pandai nak buka rahsia. Biarkan saja dia. Dea nak tengok macam mana Haikal berusaha merampas Dea daripada Shah. Apa cara dia nak guna untuk memisahkan kita. Kalau dia guna cara kuno, kutuk-kutuk Shah, hmm, selamat jalan romeolah jawabnya. Dea tak suka lelaki yang hanya tahu mengutuk orang lain demi kepentingan diri dia.”

Shahdan merenung lembut wajah sepupunya. Ya, Lydia ialah sepupu Shahdan. Ayah mereka adik-beradik. Malah ayah Shahdan adalah wali kepada Lydia kerana ayah gadis itu sudah meninggal dunia.

“Shah  harap, Dea tak biarkan Haikal lama-lama begitu. Gila bayang pada Dea. Nanti kalau dia jemu, siapa yang susah? Dea juga! Dea ada janji yang perlu ditunaikan, tau!”

Lydia segera mengangguk. Ya, benar! Ada janji yang perlu ditunaikannya. Ada hutang yang perlu dilunaskan. Dan, tempoh yang diberi semakin hampir. Dia perlu pastikan Haikal menjadi miliknya sebelum saat itu tiba. Jika tidak....

“Kau suka bunga yang aku hantar tiap pagi?”

Angguk.

“Coklat?”

Angguk.

“Tapi bunga tu kau tak pernah bawak balik ke rumah. Kau biarkan layu di pejabat. Bubuh dalam pasu pun tidak.”

Lydia tersengih. “Awak marah?” soalnya.

“Bukan marah tapi sedih. Kau tak hargai apa yang aku bagi. Mungkin sebab kau tak suka aku. Tapi,”

“Tapi, kalau dah tahu lain kali jangan hantar lagi. Buat membazir aje.”

“Aku tak kisah!”

“Saya kisah! Saya tak suka orang yang boros buang duit hanya untuk bunga-bunga hidup yang akan layu. Buat apa?”

“Kau nak bunga plastik?”

Bulat mata Lydia memandang Haikal. “Bunga plastik? Bunga yang palsu. Eh, cinta awak pada saya palsu ya?”

“Tengok! Kau memang sengaja mengenakan aku. Bagi bunga hidup kau cakap cinta aku tak cukup segar untuk kau. Nak bagi bunga plastik, kau cakap cinta aku ni hanya palsu. Kau nak apa sebenarnya?”

Lydia merenung  ke luar. Lampu neon sudah menyala terang. Sinarnya menyeri Kuala Lumpur. Pemandangan cantik yang amat disukai setiap kali dia makan di tempat tinggi seperti malam ini.

“Aku cintakan kau, Lydia.”

“Tahu! Dah banyak kali awak cakap.”

“Habis, kenapa kau tetap dengan dia? Kenapa kau dengan dia masih bersama? Makan tengah hari sama-sama. Datang kerja berdua. Balik kerja berdua. Kau patut putuskan hubungan kau dengan dia supaya....” terhenti bicara bila Lydia memintanya berhenti.

“Awak, dia lebih dulu merebut hati saya.”

“Tapi, selagi antara korang berdua belum ada apa-apa ikatan, kau perlu bagi peluang pada aku.”

“Peluang untuk melukakan hati saya bila saya alihkan cinta dari dia kepada awak? Saya kecewakan dia dan lepas tu awak kecewakan saya. Itu kan lumrah alam?”

“Lydia, aku cintakan kau lebih daripada cinta, kasih, sayang dia yang dicampurkan pada kau!” bentak Haikal.

“Pandailah awak! Belum dapat selalunya begitulah. Lautan api pun sanggup direnangi tapi cakap ajelah! Buatnya belum tentu!”

Haikal tergelak besar mendengar sindiran itu namun kemudian dengan wajah serius dia menuturkan penuh ketegasan.

“Seumur hidup aku, aku tak pernah peduli pada perempuan, Lydia. Cinta bagi aku hanya mainan perasaan. Tengok kawan-kawan aku yang selalu frust tiap kali gagal dalam bercinta buat aku menyampah memikirkannyapun! Tapi, dengan kau lain jadinya.”

“Lain? Oh, saya memang lain dari kawan-kawan awak yang lain. Saya...”

“Kau pekak? Kan aku dah cakap yang aku tak ada kawan perempuan?”

“Hmm, jadi yang pertama dalam hidup awak lagi susah saya nanti. Sebab lepas nombor 1 akan datang nombor 2, 3 dan seterusnya. Haikal, banyak perempuan di luar sana. Kenal-kenal dulu dengan mereka. cari yang sofistikated. Yang bergaya, yang boleh awak bawak keluar masuk majlis dinner ke hapa. Then, kalau awak rasa pasti yang diorang tu semua tak dapat menandingi saya, datang balik pada saya. Mungkin masa tu saya akan terima awak.”

“Lydia Amani binti Adam. Dengar sini! Aku tak perlu menagih cinta perempuan lain sebab hati aku ni dah jadi milik kau. Sekarang ni, aku  cuma nak kau mengaku, kau cintakan aku lebih dari cintakan Shahdan. Kalau kau nak aku berlutut depan Shahdan, meminta dia melepaskan kau, aku sanggup!”

“Kalau saya mengaku, awak tak akan kehilangan motosikal kesayangan awak tu, kan?”

Mata Haikal buntang.

Macam mana Lydia tahu? Ya! Bagaimana rahsia ini boleh bocor? Siapa yang membocorkannya? Siapa? 
...............................

5

“Kau tahu?”

“Tentang perjanjian antara awak dengan abang Salih? Tentulah! Macam Shahdan, dia sepupu saya. Jadi, apa-apa yang awak cakap tentang saya dan apa-apa yang dia cakap tentang saya pada awak, bukan rahsia.”

Dahi Haikal berkerut kerana dia tidak faham cerita yang sedang dikarang oleh Lydia.

“Encik Haikal, Salih tu abang sepupu saya. Shahdan pun sama. Kami...”

“Bersubahat mengenakan aku?”

“Awak marah? Kenapa? Sebab awak rasa tertipu?”

“Good question! Tertipu! Ya! Aku rasa tertipu tapi korang semua mesti ada sebab dan alasan kenapa korang tipu aku, kan?”

Lydia senyum. “Kalau awak nak tahu sebabnya, saya akan beritahu tapi bukan malam ni. Esok! Ya, esok kita semua akan berkumpul di rumah awak. Mak awak nak saya ceritakan semuanya bermula dari A sampai huruf Z. Jadi tentu akan ambil masa yang panjang, kan? Sabar ajelah.... esok awak akan tahu!” ujarnya penuh ketegasan.
...............................

Puan Noni hanya tersenyum memerhati Haikal yang asyik mundar mandir. Dahi berkerut tanda sedang berfikir-fikir. Semalam, sebaik sampai di rumah, Haikal beria-ia hendak mengetahui segala rahsia. Mujur dia tidak lentok mendengar rayuan demi rayuan anaknya ini. Kalau tidak? Hisy, tak saspenlah!

Sebaik Lydia melangkah memasuki rumah, dia segera bersalaman dengan Puan Noni. Renungan penuh keliru Haikal tidak dipedulikan. Rancak dia berbual dengan wanita itu. Mesra benar kelihatannya.

“Yang lain-lain mana? Tak datang sekali?” tanya Puan Noni.

Seperti Lydia, Haikal juga sudah tidak punya ayah. Ayah Haikal meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Sedangkan Lydia kehilangan ayahnya sudah lama tapi dia bernasib baik kerana adik-adik ayahnya, ke dua-duanya lelaki, amat menyayangi Lydia dan sentiasa menjaga dirinya bagaikan anak mereka sendiri.

Sebagai menjawab soalan Puan Noni, Lydia menggelengkan kepala.

“Alah! Kenapa? Diorang takut pada orang tu ke? Takut kena tembak dengan dia?”

Eh, eh, sejak bila mak aku ni pandai buat lawak? Hati Haikal bertanya. Keliru dah tu!

Tiba-tiba Salih dan Shahdan meluru masuk. “Lydia, Dea? Dea okey ke?”

Haikal menjegilkan mata kepada lelaki-lelaki itu yang kelihatan sangat risau. “Pasal apa pulak dia tak okey? Korang ingat aku nak bunuh dia?” marahnya.

“Bunuh tu, tidaklah. Tapi, takut juga kau tampar ke, jerkah ke! Kau tu bukan kira. Kalau datang angin sombong kau tu, lelaki perempuan kau sembur semacam aje!” balas Salih.

Lydia tenung wajah mencuka Haikal. Dia kemudian mula mengimbas kenangan 3 bulan dulu.

“Haikal, awak ingat tak lagi peristiwa awak tumpang kereta saya dulu tu?”

“Aku ingat! Engkau tu aje yang dah lupa!” balas Haikal dengan wajah masam.

“Tak, saya tak lupa. Tak pernah lupa. Macam mana nak lupa bila awak ugut saya yang bukan-bukan?”
............

Tetiba Haikal memegang stereng kereta. Tindakannya membuat Lydia menjerit ketakutan.

“Weh, lepaslah! Awak nak buat apa ni? Nak bunuh diri?”

“Kau mesti hantar aku balik ke rumah aku sekarang jugak! Jangan degil! Seumur hidup aku, tak siapa pernah bantah cakap aku, tau! Jadi, kau kena mengaku sekarang yang kau akan hantar aku balik ke rumah! Cepat!” ugut Haikal.

Kerana cemas dengan tindakan lelaki itu yang tangannya masih mencengkam stereng, Lydia segera mengangguk.

“Bagus! Lain kali, jangan baik hati sangat! Nak tolong hantar ke stesen bas, konon! Apa bezanya kalau kau hantar aku balik pun? Bawak laju sikit! Yang kau terkemut-kemut ni, kenapa?”

“Saya.....saya...”

“Eh, aku cuma mintak kau hantar aku balik ke rumah. Bukan aku nak ajak kau pergi masuk dalam hutan, okey! Jangan risau! Aku pun tak ada selera tengok kau!”

“Awak??”

“Diam, boleh tak? Aku rimaslah dengar suara kau! Okey, rumah aku di BK 5. Kau cari sendiri rumah banglo 3 tingkat, Villa Bahagia. Senang aje kedudukannya. Kat hujung aje. Dah! Aku nak tidur! Pastikan kau hantar aku depan rumah! Kalau kau pusing ke lain misalnya kalau kau masuk ke balai polis ke...nanti aku cakap diorang yang kau ni tunang aku yang mengamuk sebab.........”
..................

“Saya benci awak masa tu. Saya hantar awak balik tapi hati saya meyumpah-nyumpah awak. Bila sampai depan rumah awak, saya terkejut tengok awak marah-marah emak awak yang lambat sambut awak. Saya marah bila awak maki-maki mak awak sebab dia cakap dia tak ada duit sepuluh ringgit. Dan saya sangat-sangat sakit hati bila awak campak duit seratus kena pada muka saya.”

Haikal menarik nafas dalam-dalam. Keterlanjuran dulu membuat diri rasa kecil di hadapan wanita ini. Dia malu. Sungguh-sungguh malu. Masih teringat apa yang gadis ini pernah katakan padanya dulu....
.................

“Awak! Awak ni manusia atau syaitan? Saya tak kisah awak tengking-tengking saya, tau! Tapi, bila awak jerkah mak awak macam budak kecil, tu memang buat saya naik hantu! Berapa orang mak yang awak ada hah? Satu? Sepuluh? Seratus?”

“Kau siapa nak tengking aku? Dia mak aku. Suka hati akulah nak jerkah ke, nak marah ke? Nak...”

Lima jari Lydia sudah melekat di pipi Haikal.

“Ini tangan saya. Suka hatilah kalau saya nak tampar pipi awak jugak, kan?”

“Kau! Kau!”

“Kau apa? Ingat saya takut pada awak? Piirah! Jantan sombong, tak sedar diri, derhaka macam awak ni, boleh buat apa aje pada orang lain dan diorang diam. Tapi, saya ada mulut dan mulut saya ni tak akan diam kalau nampak benda mungkar depan mata.”

“Nak...” Puan Noni mencelah.

“Tak apa, mak cik. Biar saya bercakap dengan anak mak cik yang tak cukup sifat ni.” Dia kemudian merenung tajam wajah Haikal yang masam. “Dah berapa lama awak ada sikap macam ni hah? Pada orang lain, pada emak sendiri? Kenapa? Awak ingat, dengan cakap menengking-nengking tu, orang takut pada awak? Tidak! Awak hanya akan buat kitorang semua hilang hormat pada awak. Itu aje! Allah benci orang yang sombong, awak! Jangan riaklah! Semua yang awak ada ni, bukan hak awak. Tengok macam tadi, motor awak rosak, tapi ada awak nak cakap elok-elok pada saya? Sebaliknya, awak tengking saya, paksa saya hantar awak balik ke rumah. Manja, kan? Naik bas pun tak pernah! Agaknya, kalau sekarang ni awak dihantar ke Sudan, kebulur awak!”

“Shut up!”

“No, you shut up! Dengar! Nikmat yang awak dapat sekarang ni semua hak Allah. Belajar menyayangi Dia kerana bila awak sayang Dia, baru awak sayang semua di sekeliling awak. Ada faham?”
..................

“Lydia tinggalkan rumah dengan soalan itu. Mak pulak, rasa betul-betul lega sebab buat pertama kali, ada orang yang berani menegur khilaf kamu. Tengok kamu macam ayam berak kapur kena marah dengan Lydia, mak tahu, mak perlu minta tolong dari dia untuk mengubah sikap buruk kamu tu.”

Lama Haikal cuba memahami apa yang disampaikan oleh ibunya. Dia rasa dirinya semakin keliru. Keliru dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.

“Apa yang mak cuba beritahu saya ni?” tanya dia.

“Haikal, dua hari lepas peristiwa tu, mak pergi cari Lydia dan mak mintak dia kahwin dengan kamu. Jadi isteri kamu!”

“Apa?”

.......................................

6

Haikal tersenyum. Boleh pula dia tersenyum? Tanya hati Lydia.

“Tapi, dia tolak mentah-mentah. Tak ingin dia kahwin dengan kamu, katanya.”

Senyuman hilang serta merta. Wajah Lydia ditatap tajam. “Begitu sekali benci kau pada aku? Sebab tu kau pura-pura tak kenal aku malam tu? Malam kami buat kenduri tu?”

“Malam tu, saya hanya pekerja Pak Engku. Itu aje. Walaupun saya sedar itu rumah awak, tapi saya anggap diri saya ni cuma kuli, tak layak nak tegur awak pun. Malangnya, sikap awak tak berubah langsung. Tu yang buat saya geram sangat. Makin bengang bila Pak Engku marah saya depan semua orang dan berhentikan saya. Jadi, saya telefon mak cik dan cakap yang kalau takdirnya, awak cari saya, saya akan cuba buat yang termampu walaupun saya tak punya keyakinan yang awak akan jatuh hati pada saya.” Cerita Lydia panjang lebar.

Puan Noni menyambung, “Lydia bagi syarat. Dia tak mahu mak ulang suruh dia kahwin dengan kamu. Dia cakap, jodoh kamu, biar kamu pilih sendiri. Jangan dipaksa.”

Haikal menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. “Tapi, pun, kau sentiasa mengelak aku selepas malam tu. Tiap kali aku datang dekat kau, kau lari jauh-jauh tinggalkan aku. Kau pura-pura berkasih dengan dia ni, Shahdan. Apa tujuannya? Sengaja nak mendera hati dan perasaan aku? Tak baiknya kau ni! Dahlah cakap lepas, garang, dah tu, sengaja menolak aku. Kau tak yakin dengan aku, kan? Kau tak anggap aku serius cintakan kau?” soalnya.

“Saya minta maaf.”

“Aku tak nak kau minta maaf, Lydia. Aku nak kau cakap kau cintakan aku. Aku nak kau balas cinta aku.”

“Encik Haikal, buat masa sekarang, cinta untuk awak tak bercambah dalam hati saya ni. Terima kasih kerana sayangkan saya. Saya sangat-sangat hargainya tapi saya tak dapat membalasnya. Sorry!”

“Okey, tawaran  baru! Kita berkawan aje. Aku janji, aku tak akan sebut tentang cinta, kasih, sayang...segala! Just friends....”

Lydia ketawa. Begitu juga Salih dan Shahdan. Puan Noni tersenyum simpul melihat gelagat anak yang cuba menagih simpati dari Lydia.

“Kamu nak berkawan macam mana dengan si Lydia tu? Dia nak pergi ke Dubai.”

“Dubai? Buat apa?”

“Kerja di syarikat ayah aku di sana.” Kata Salih.

“Kau tak pernah bagi tahu aku pun?”

Lydia ketawa. Macam-macam mamat ni! Semuanya hendak diambil tahu. Haihh....

“Bila pergi? Berapa lama? Dah ada tempat tinggal ke? Duduk dengan siapa?” bertubi-tubi pertanyaan keluar daripada mulut Haikal.

“Perginya lusa. Mungkin 3 tahun kut. Dah ada tempat tinggal dah. Duduk dengan mak sebab mak saya ikut saya pergi sekali. Puas hati?”

Haikal mengeluh. “Habis aku?” tanya dia.

Lydia tersenyum manis. “Apa masalah awak? Awak tinggal sini ajelah.” Ujarnya.

“Lydia, macam mana kalau kau jatuh cinta pada mat Arab yang hensem-hensem di sana? Macam mana aku nanti?”

“Beraganlah kau!” usik Salih.

“Kau jangan gelakkan aku, Salih. Aku lepuk kau kang!”

“Saya akan jaga Lydia di sana. Akan tengok-tengokkan dia untuk abang.” Tiba-tiba Shahdan bersuara. Haikal jegil tengok lelaki itu. Dia menggeleng.
   
“Kau? Kau pun pergi juga?”

Shahdan angguk!

“Mana boleh! Kau, lagilah aku tak percaya! Aduh! Lydia, tak boleh macam ni! Kau tak boleh pergi!”

“Encik Haikal, ini hal saya. Diri saya. Masa depan saya. Saya berhak buat apa aje yang saya rasa nak buat. Awak tak ada hak melarang.”

“Kal, biarlah Lydia pergi. Kamu masih boleh hubungi dia. Masih boleh mengurat dia. Dekati dia. Dia tak nak dekat kamu sekarang, mak faham. Bagi Lydia, dia tak kenal sangat dengan kamu. Bagi dia masa. Bagi dia peluang untuk....”

“Hidup sendiri, merantau, manjakan diri sendiri sebelum saya bagi hati saya ni kepada orang lain. Saya ingin bebas dulu. Bebas tanpa ikatan hati. Bila saya puas jadi anak dara nanti, dan kalau masa tu hati saya dah terbuka, saya akan cari awak balik. Boleh macam tu?”

Haikal menarik nafas dalam-dalam.

“Berapa lama?” tanya dia.


“Entah, saya tak tahu. Mungkin lama, mungkin sekejap. Entah...”


Macam mana kalau bila hati awak terbuka, saya pulak ada orang lain?” Haikal menduga.

Lydia ketawa. “Tak apa! Awak boleh kahwin dengan dia. Saya rela.”

“Betul ni? Tak menyesal nanti?”

Dahi Lydia berkerut-kerut. Macam-macam mamat ni. Ingatnya dia aje yang boleh jumpa minah lain...eleh, aku pun nanti akan jumpa lelaki lain jugak. Yang lebih kacak, yang lebih gaya, yang lebih kaya malah yang jauh lebih baik daripada dia ni...

Apa nak dihairankan?
...........................

7

Bila berjauhan, hanya emel mengganti diri. Hanya suara dapat didengar. Hanya MMS mengganti jasad. Hanya SMS meluahkan hasrat. Rindu makin mencengkam. Resah makin menggila.

Sudah hampir dua tahun, saling berhubung. Mana jiwa yang tidak terusik? Mana hati tidak tercuit? Bila rasa sememangnya ada sedari mula namun dinafikan kerana merasakan si dia bukan lelaki terbaik untuk dirinya.

“Padan muka kau, Lydia. Bila dia senyap sunyi, tahu pulak kau merindukan dia?” diri dimarahi.

Mahu tak marah? Bila siang malam, pagi, petang, tiap saat, tiap minit, wajah itu asyik menerpa pandangan?

“Dea, abang Salih nak cakap sikit.” Teringat panggilan telefon yang diterima daripada Salih beberapa jam yang lepas.

“Banyak pun boleh, bang.” Lydia berlucu.

“Tentang Haikal,” kata Salih.

“Kenapa dengan dia? Sakit?” suara Lydia sedikit cemas.

“Sakit tu tidaklah. Tapi mata abang ni yang sakit tengok dia sekarang.”

Lydia sudah tidak sedap hati. Jantung laju berdenyut. Mungkin ayat Salih itu yang menyebabkannya. Menyebabkan rasa risau melanda.

“Lydia, mungkin Haikal dah berubah hati, kut. Dia....”

“Dia ada makwe baru?”

“Begitulah kira-kiranya. Istimewa kut sebab hari-hari berdua pergi lunch, dinner. Hujung minggu pun diorang dating juga.”

Lydia ketawa. “Abang ni... Macam mana abang tahu hujung minggu pun diorang dating? Abang dok ikut Haikal sepanjang masakah?” soalnya.

“Gelak nampak? Macam orang tak ada jiwa aje kau ni, Dea! Pakwe dah ada girlfriend baru pun, boleh lagi ketawa? Tak takut Haikal tinggalkan kau?”

“Jodoh pertemuan kan di tangan Allah. Kalau takdir dah tertulis antara kami tak ada jodoh, nak buat macam mana?” dia menanya Salih.

Salih terdiam. Memang tak ada perasaan perempuan ni, bentak hatinya.

“Iya jugak, kan? Kalau tak ada jodoh, apo nak dikato? Gigit jarilah ekau...” sindir Salih sebelum menghempas gagang.

Sejak itu, fikiran Lydia kacau bilau. Tak boleh tumpu kepada apa yang sedang dibuat sama sekali. Wajah Haikal ada di mana-mana menggayut pada bola matanya. Nampak sangat dia susah hati. Nampak sangat dia risau. Nampak sangat dia sudah tidak tentu arah.

“Macam mana nak buat ni? Kalau dia benar-benar jatuh cinta dengan perempuan lain? Aku? Apa jadi pada aku?”

“Gigit jarilah!!!”

Kata-kata Salih menggigit perasaan.
.........................

“Mak, jom kita pergi jumpa Lydia?”

Puan Noni macam tak percaya mendengar kata-kata anaknya. Selama ni, bila dia yang mengajak, macam-macam alasan Haikal bagi. Tak nak ganggu Lydialah. Tak nak beri tekanan pada Lydia. Tak apa, biar jangan berjumpa supaya nanti Lydia rindukan dia. Tapi, ni, angin tak ada, ribut tak melanda, tetiba ajak dirinya mencari buah hati. Ajak ke Dubai. Apasal pula?

“Ada benda yang perlu saya selesaikan dengan dia. Hubungan kami ni dah lama tergantung. Saya rasa, dah sampai masa untuk saya noktahkan semua. Daripada menunggu macam pungguk rindukan bulan, baik saya naik shuttle, terus ke angkasa. Senang!”

Puan Noni mengerut dahi. Langsung tak faham apa anak teruna dia sedang mengarut ni, fikirnya.

“Bila nak pergi?”

“Ahad?”

“Lusa?”

Ni memang kes terdesak ni!

“Tapi kenapa? Dah dua tahun kamu okey aje mak tengok. Kenapa pulak tetiba aje nak jumpa Lydia? Rindu dah?” usik si ibu.

Haikal menjuih bibir. “Saya sorang aje rindu-rinduan, tak jadi juga, kan? Lydia tu, mak... semua saya kena mulakan dulu. Saya SMS dia, baru dia balas. Kalau saya tak SMS, jangan harap dia nak mulakan. Tiap kali telefon pun macam tu juga. Ada dia nak tanya khabar saya? Tak! Bil telefon saya melambung tak apa. Dia? Bila tanya kenapa tak call, dia jawab, tak nak ganggu. Bosanlah macam ni, mak!” bebelnya.

Puan Noni renung raut wajah tampan di hadapannya lama-lama. Dia tahu ada maksud tersirat cuba disampaikan. Tapi apa? Haikal nak putuskan hubungan dengan Lydiakah?

Risaulah pula. Terutama bila saat ini, Haikal sedang menyambut panggilan daripada seseorang dan kelihatan gembira, tergelak-gelak mendengar omelan orang di hujung talian.

Hati resah. Sebagai ibu, dapat dirasakan anaknya kian berubah. Aduhai, dah tak rindu pada yang jauh kerana dah ada yang di hadapan mata? Yang lebih manja dan mesra? Bukan macam kayu yang di Dubai tu?

Bila talian dimatikan, Puan Noni segera berkata, “Okey, lusa, kita ke Dubai. Mak pun dah rindu pada Lydia.”

Haikal renung wajah ibu tanpa perasaan. Membuat sekeping hati tua itu menjadi semakin gundah.
..................................

Di Dubai.....,

Lydia tidak banyak bercakap. Dia diam malah malas menegur Haikal. Dia terasa hati bila Haikal bagai mengelak dirinya. Tanya khabar pun tidak. Main angguk-angguk kepala macam orang Jepun sahaja.

“Lydia sihat?” tanya Puan Noni.

“Alhamdulillah, mak cik. Mak cik pun nampak sihat, ya?”

“Iya. Tu yang bila Haikal ajak datang sini, cepat aje mak cik setuju.” Balas Puan Noni.

“Awak ajak mak cik? Datang sini?”

“Hmm,”

Laa, kenapa jawab hmm aje? Budak Haikal ni dah kena sampuk ke hapa? Bisik hati Puan Noni.

“Kau macam tak suka aku datang sini? Kenapa? Aku ganggu jadual hidup kau ke?”

Lydia tatap wajah Haikal yang merah. Tidak memahami kenapa lelaki itu seakan-akan marah. Bukankah dia yang sepatutnya naik hantu sekarang? Berita yang Salih sampaikan dulu masih menyengat tangkai hatinya. Masih berbekam rasa geram. Ingatkan lelaki ini datang sini sebab rindukan dia tapi datang nak marah-marah pula. Muka tu.... kelat mengalahkan pucuk putat!

“Awak tu kut yang menyesal datang ke sini? Mana tahu kut-kut hati tertinggal di Malaysia?” Lydia menggiat.

“Organ aku semua masih elok berfungsi dalam badan aku ni. Tak ada bagi-bagi pada orang lain. Kau kut yang tak ada hati dah. Dengarnya, dah macam belangkas, siang malam asyik berkepit.” Bidas Haikal. Ingat nak bagi jiwa sejuk dulu baru nak tembak. Tapi, dah tahan dah. Sakit hati! Tambah bila tengok gambar MMS yang dia terima beberapa hari lepas. Memang tak boleh tanggung lagi. Lahar nak meletup, dah tak dan-dan!

Di muka pintu, Shahdan yang baru sampai tersenyum lebar. Pelik! Orang di dalam rumah sedang zip mulut, tak berani hendak bersuara kerana ketika ini pasangan Haikal dan Lydia sedang naik angin dan saling berbalas kata, dia pula baik punya tarik sengih. Siap mengusik lagi...

“Aik, baru sampai dah marah-marah, bang? Relakslah, bang!” Shahdan memerhati sekeliling. Matanya terpaku ke wajah orang gaji. “Munni, mana air? Cepat ambil air sejuk. Bagi abang Haikal cool sikit!” katanya sambil tersengih melihat Munni bergerak laju menuju ke dapur.

“Betul juga tu, Dea. Yang kamu ni pun.... cuba senyum sikit! Haikal tu datang dari jauh nak jumpa kamu. Kalau senyum, hilang juga rindu dia pada kamu.”

Rindu konon? Rimdu apa macam tu? Tahu nak marah aje? Cakap entah apa-apa? Belangkas, cicak, biawak semua keluar daripada mulut dia. Entah angin apa yang dia bawa dari KL?

“Kita makan dululah. Boleh kan, mak su?” tanya Shahdan.

“Lydia kenyang lagi.”

“Saya tak lapar lagi, mak cik.”

Serentak kedua-dua mereka menolak. Lepas tu saling pandang memandang. Jeling-menjeling.

“Kenapa tak nak makan? Kau ada temujanji, ya? Ada date dengan pakwe? Jadi betullah kau dah ada lelaki lain dalam hidup kau? Habis aku ni siapa? Punya lama aku tunggu kau, mudah aje kau curang dengan aku?” suara Haikal tinggi melengking, menjerkah menyebabkan suasana sepi, sesepinya di dalam rumah agam yang didiami seluruh kerabat Lydia.

Lydia sudah panas. Panas! Salah dia? Dia curang? Haikal memang nak kena. Dia buka inbox. Terus letak screen iphone 4 nya depan muka Haikal.

“Ini siapa? Siapa? Bukan awak ke? Hah? Pandai nak tuduh orang! Diri sendiri yang khianat, tak nak mengaku. Benci!”

Haikal tergamam. Gambar yang menjadi bukti ditatap betul-betul. Memang itu wajahnya. Memang itu dirinya. Tidak silap lagi. Dia sedang tersenyum kerana di sisinya, seorang gadis manis sedang membisikkan sesuatu di telinga. Penuh romantis. Dan, memang, apa yang terlihat itu bisa membuat hati yang melihat mengesyaki sesuatu.

Tapi, kenapa? Macam mana? Keliru! Tertipu! Siapa yang dah ada orang lain ni? Lydia atau dirinya?

Dia sendiripun tak tahu!
................................  
   
8

Lydia mengelap air mata yang tumpah di pipi. Rasa sakit hati menyebabkan dia menangis, isy... kalau boleh nak meraung, melepaskan geram. Biar terlontar semua kemarahan yang ada dalam hati.

Kenapa sakit sungguh rasanya bila dipermainkan? Kenapa pedih sangat dalam hati bila ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu? Bukanlah lelaki bernama Haikal Halim itu sesiapa di dalam hatinya? Dulu dia sendiri pernah berkata bahawa sekiranya lelaki itu sudah punya insan lain di hati tika dia jatuh cinta kepada lelaki itu, dia rela beralah. Namun, mengapa kini, dia menangis seolah-olah dia sudahpun kehilangan lelaki itu daripada hidupnya?

“Bak telefon kau!”

Suara garau itu kasar sekali memberi arahan, membuat dia tidak mempunyai pilihan selain menyerahkan telefon kesayangannya kepada lelaki itu. Dia melihat sahaja lagak Haikal yang seakan-akan mencari sesuatu. Kemudian Haikal dilihatnya menggeleng-gelengkan kepala. Mungkin terpegun agaknya melihat gambar candid yang ditangkap oleh penyampai maklumat misteri itu.

Ya, sejak dua menjak ini, dia menerima banyak sekali kiriman SMS dan MMS daripada seseorang. Setiap patah yang tertulis menghiris hati. Setiap gambar yang tertera mendera perasaan. Semua tentang Haikal. Tentang cintanya yang baru. Dan, hati Lydia tentulah remuk redam, duka, nestapa dengan api cemburu marak menyala bila melihat semuanya. Kekecewaan yang dirasai tidak terungkap. Sungguh, hancur lebur hatinya. Punah ranah cinta yang baru hendak berputik. Dia terlalu kecewa.

“Sejak bila kau dapat mesej-mesej ni semua?”

“Buat apa awak nak tahu?”

“Jangan degillah, Lydia. Jawab aje soalan aku tu!” Haikal bersuara tegas.  
  
“Dalam seminggu dua ni....”

“Aku dah agak dah! Aku pun sama jugak. Aku terima gambar-gambar kau dengan mamat ni dalam tempoh seminggu ni juga.” Haikal memberitahu sambil menunjukkan skrin telefon omnianya kepada Lydia.

Bulat mata Lydia memerhati dirinya yang kelihatan amat ceria di setiap paparan skrin. Terkejut beruk! Tidak berkelip-kelip matanya merenung.

“Siapa yang tangkap gambar tu?”

“You tell me!”

“Awak, sekali tu sajalah kami, maksud saya, saya dengan budak tu keluar. Itupun sebab kerja. Pak Ngah yang suruh. Nama dia Arman, dia tu syarikat kitorang punya akauntan. Kitorang tak ada apa-apalah! Sumpah!”

“Sama macam aku juga! Rina tu just staff kat pejabat. Dua kali aje kami keluar sama, itupun dengan beberapa kawan lain. Apa yang kau nampak dalam gambar tu, memang nampak macam kami berdua rapat. Tapi sebenarnya, tidak! Aku tahu batas pergaulan. Aku tahu, hati aku ni ada jauh dibawa ke sini.”

Lama Lydia menatap wajah Haikal. Seolah-olah inginkan kepastian. Menunggu lagi apa yang akan dikatakan lelaki itu. Namun Haikal mula mengukir senyum. Manisnya!

“You are jealous!”

“Sebab, saya sayang awak.”

“Wow! Ulang! Ulangkan, Lydia. Tolong ulang balik cakap awak tadi.  I need to hear it again. Please!”

Saya sayang awak. Saya dah jatuh cinta pada awak, Haikal. Saya tak tahu bila, tapi saya memang yakin, rasa itu dah memenuhi ruang hati ini, awak...”

“Kau tahu berapa lama aku tunggu kau ucapkannya pada aku, kan?”

Lydia mengangguk.

“Dekat 2 tahun, Lydia. Dekat dua tahun aku tunggu kau luahkan isi hati kau pada aku. Akhirnya, kau ucapkan juga. Kau buat aku bahagia. Terima kasih, Lydia. Terima kasih kerana sudi membalas cinta ini. Oh ya, aku masih cintakan kau. Cinta aku tak pernah berubah.  Hati aku ni dah terpateri hak milik kekal, Lydia Amani binti Adam. Hanya milik kau.”

Pengakuan Haikal menyebabkan pipi Lydia merona merah. Suka bercampur malu bila dirinya ditatap penuh asyik oleh sepasang mata Haikal yang redup.  

“Tapi...”

“Hmm....aku faham. Kau mesti terfikir macam aku juga. Tertanya-tanya siapa yang hendak pisahkan kita. Betul tak?”

Lydia mengangguk laju.

“Tak ada sesiapa, sayang. Semua tu bukan bertujuan nak pisahkan kita. Malah aku yakin, orang tu buat macam tu supaya kau declare perasaan kau pada aku dan supaya aku propose pada kau dengan kadar segera.”

Sedikitpun Lydia tidak memahami apa yang dikatakan oleh Haikal kerana dahinya berkerut-kerut. Kepala pula tergeleng-geleng.

“Ni semua kerja Shahdan dengan Salih!”

“Hah? Iya ke? Tapi,”

“Nombor yang hantar semua tentang aku tu, nombor telefon Salih. Itu nombor baru tapi aku pernah pinjam fon dia tu untuk cari handset aku ni, yang aku salah letak. Bila dah jumpa dia ambil handset aku dan delete nombor dia, baru aku ingat! Tapi aku tak tanya apa-apa. Aku dah hafal nombor tu so aku simpan aje tanpa pengetahuan dia. Tadi, bila aku nampak nombor tu tadi, aku tahu dah yang Salih sengaja nak kenakan kita. Dan tentu saja, rakan subahat dia ialah Shahdan.” Terang Haikal panjang lebar.

“Bertuah betul diorang berdua tu!”

Tetiba ada suara ketawa-ketawa di sekeliling mereka berdua. Rupa-rupanya segala-gala sudah menjadi tontonan awam. Semua bukan rahsia lagi. Drama rajuk dan luahan perasaan antara Haikal dan Lydia di dalam pengetahuan, penglihatan dan pendengaran semua ahli keluarga. Dan saat ini, Puan Noni memeluk rapat bakal menantunya.

“Korang mesti cepat-cepat kahwin. Mak dah tak sabar nak timang cucu.” Ucapnya, menggegarkan ruang yang tadi sunyi sepi. Buat si Lydia tersipu-sipu malu.

“Boleh, mak. Dengan syarat, mak nikahkan kami berdua di sini. Amacam, setuju?”

“Eleh, tadi bukan main melenting. Sekarang dah gatal nak kahwin.” Usik Shahdan.

Haikal ketawa besar. “Terima kasih, sepupu. Kalau tak disebabkan kau dengan Salih buat macam tu, sampai ke sudah aku tak tahu isi hati Lydia.”

“Sama-sama, bang. Semoga abang dapat jinakkan hati dia ni. Tapi, Shah yakin, abang akan menghargai bunga nan sekuntum dalam famili kami ni. Dan, Shah rasa.... abang tak payah susah hati tentang tarikh kahwin dan semua berkaitannya. Sebab, semua kitorang dah plan siap dah. Malah, tempat untuk korang berbulan madupun, dah kami tempah. Ehsan daripada pak ngah.”

“Really?”

Lydia dan Haikal saling berpandangan. “Kat mana?”

Shahdan ketawa. “Rahsialah! Kahwinlah dulu!”

Lydia menekap muka dengan tapak tangan. Haikal tersengih lebar. “Let me guess! Di Bujr? Betul?”

“Betul ke Shah? Kitorang honeymoon di Bujr? Suite yang pernah David Beckham tidur dulu tu?”

Pak ngah yang baru masuk, menyampuk. “Betullah tu! Kan kau juga yang pernah cakap pada Shahdan dengan Salih dulu yang kau nak duduk di suite tu?”

Haikal geleng kepala. “Mahal tu, pak ngah.” Dia kemudian merenung raut wajah jelita di sisinya. “Tinggi juga taste cik adik, ya?” usiknya.

“Bukan duit pak ngah yang bayar. Pak ngah tolak 20% gaji Lydia.”

“Pak ngah??? Sampai hati!”

Keriuhan, kegembiraan berterusan. Begitulah, jika sudah ada jodoh! Larilah! Menyoroklah... akhirnya, bila saat itu tiba, dia tetap jadi milikmu juga.

.............................

Thanx. Harap anda suka.  
      

8 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.