Langkau ke kandungan utama

Lydia, kau cuit hatiku! 5

5


“Kau tahu?”

“Tentang perjanjian antara awak dengan abang Salih? Tentulah! Macam Shahdan, dia sepupu saya. Jadi, apa-apa yang awak cakap tentang saya dan apa-apa yang dia cakap tentang saya pada awak, bukan rahsia.”

Dahi Haikal berkerut kerana dia tidak faham cerita yang sedang dikarang oleh Lydia.

“Encik Haikal, Salih tu abang sepupu saya. Shahdan pun sama. Kami...”

“Bersubahat mengenakan aku?”

“Awak marah? Kenapa? Sebab awak rasa tertipu?”

“Good question! Tertipu! Ya! Aku rasa tertipu tapi korang semua mesti ada sebab dan alasan kenapa korang tipu aku, kan?”

Lydia senyum. “Kalau awak nak tahu sebabnya, saya akan beritahu tapi bukan malam ni. Esok! Ya, esok kita semua akan berkumpul di rumah awak. Mak awak nak saya ceritakan semuanya bermula dari A sampai huruf Z. Jadi tentu akan ambil masa yang panjang, kan? Sabar ajelah.... esok awak akan tahu!” ujarnya penuh ketegasan.
...............................

Esoknya, Puan Noni hanya tersenyum memerhati Haikal yang asyik mundar mandir. Dahi berkerut tanda sedang berfikir-fikir. Semalam, sebaik sampai di rumah, Haikal beria-ia hendak mengetahui segala rahsia. Mujur dia tidak lentok mendengar rayuan demi rayuan anaknya ini. Kalau tidak? Hisy, tak saspenlah!

Sebaik Lydia melangkah memasuki rumah, dia segera bersalaman dengan Puan Noni. Renungan penuh keliru Haikal tidak dipedulikan. Rancak dia berbual dengan wanita itu. Mesra benar kelihatannya.

“Yang lain-lain mana? Tak datang sekali?” tanya Puan Noni.

Seperti Lydia, Haikal juga sudah tidak punya ayah. Ayah Haikal meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Sedangkan Lydia kehilangan ayahnya sudah lama tapi dia bernasib baik kerana adik-adik ayahnya, kedua-duanya lelaki, amat menyayangi Lydia dan sentiasa menjaga dirinya bagaikan anak mereka sendiri.

Sebagai menjawab soalan Puan Noni, Lydia menggelengkan kepala.

“Alah! Kenapa? Diorang takut pada orang tu ke? Takut kena tembak dengan dia?”

Eh, eh, sejak bila mak aku ni pandai buat lawak? Hati Haikal bertanya. Keliru dah tu!

Tiba-tiba Salih dan Shahdan meluru masuk. “Lydia, Dea? Dea okey ke?”

Haikal menjegilkan mata kepada lelaki-lelaki itu yang kelihatan sangat risau. “Pasal apa pulak dia tak okey? Korang ingat aku nak bunuh dia?” marahnya.

“Bunuh tu, tidaklah. Tapi, takut juga kau tampar ke, jerkah ke! Kau tu bukan kira. Kalau datang angin sombong kau tu, lelaki perempuan kau sembur semacam aje!” balas Salih.

Lydia tenung wajah mencuka Haikal. Dia kemudian mula mengimbas kenangan 3 bulan dulu.

“Haikal, awak ingat tak lagi peristiwa awak tumpang kereta saya dulu tu?”

“Aku ingat! Engkau tu aje yang dah lupa!” balas Haikal dengan wajah masam.

“Tak, saya tak lupa. Tak pernah lupa. Macam mana nak lupa bila awak ugut saya yang bukan-bukan?”
............

Tetiba Haikal memegang stereng kereta. Tindakannya membuat Lydia menjerit ketakutan.

“Weh, lepaslah! Awak nak buat apa ni? Nak bunuh diri?”

“Kau mesti hantar aku balik ke rumah aku sekarang jugak! Jangan degil! Seumur hidup aku, tak siapa pernah bantah cakap aku, tau! Jadi, kau kena mengaku sekarang yang kau akan hantar aku balik ke rumah! Cepat!” ugut Haikal.

Kerana cemas dengan tindakan lelaki itu yang tangannya masih mencengkam stereng, Lydia segera mengangguk.

“Bagus! Lain kali, jangan baik hati sangat! Nak tolong hantar ke stesen bas, konon! Apa bezanya kalau kau hantar aku balik pun? Bawak laju sikit! Yang kau terkemut-kemut ni, kenapa?”

“Saya.....saya...”

“Eh, aku cuma mintak kau hantar aku balik ke rumah. Bukan aku nak ajak kau pergi masuk dalam hutan, okey! Jangan risau! Aku pun tak ada selera tengok kau!”

“Awak??”

“Diam, boleh tak? Aku rimaslah dengar suara kau! Okey, rumah aku di BK 5. Kau cari sendiri rumah banglo 3 tingkat, Villa Bahagia. Senang aje kedudukannya. Kat hujung aje. Dah! Aku nak tidur! Pastikan kau hantar aku depan rumah! Kalau kau pusing ke lain misalnya kalau kau masuk ke balai polis ke...nanti aku cakap diorang yang kau ni tunang aku yang mengamuk sebab.........”
..................

“Saya benci awak masa tu. Saya hantar awak balik tapi hati saya meyumpah-nyumpah awak. Bila sampai depan rumah awak, saya terkejut tengok awak marah-marah emak awak yang lambat sambut awak. Saya marah bila awak maki-maki mak awak sebab dia cakap dia tak ada duit sepuluh ringgit. Dan saya sangat-sangat sakit hati bila awak campak duit seratus kena pada muka saya.”

Haikal menarik nafas dalam-dalam. Keterlanjuran dulu membuat diri rasa kecil di hadapan wanita ini. Dia malu. Sungguh-sungguh malu. Masih teringat apa yang gadis ini pernah katakan padanya dulu....
.................

“Awak! Awak ni manusia atau syaitan? Saya tak kisah awak tengking-tengking saya, tau! Tapi, bila awak jerkah mak awak macam budak kecil, tu memang buat saya naik hantu! Berapa orang mak yang awak ada hah? Satu? Sepuluh? Seratus?”

“Kau siapa nak tengking aku? Dia mak aku. Suka hati akulah nak jerkah ke, nak marah ke? Nak...”

Lima jari Lydia sudah melekat di pipi Haikal.

“Ini tangan saya. Suka hatilah kalau saya nak tampar pipi awak jugak, kan?”

“Kau! Kau!”

“Kau apa? Ingat saya takut pada awak? Piirah! Jantan sombong, tak sedar diri, derhaka macam awak ni, boleh buat apa aje pada orang lain dan diorang diam. Tapi, saya ada mulut dan mulut saya ni tak akan diam kalau nampak benda mungkar depan mata.”

“Nak...” Puan Noni mencelah.

“Tak apa, mak cik. Biar saya bercakap dengan anak mak cik yang tak cukup sifat ni.” Dia kemudian merenung tajam wajah Haikal yang mencuka. “Dah berapa lama awak ada sikap macam ni hah? Pada orang lain, pada emak sendiri? Kenapa? Awak ingat, dengan cakap menengking-nengking tu, orang takut pada awak? Tidak! Awak hanya akan buat kitorang semua hilang hormat pada awak. Itu aje! Allah benci orang yang sombong, awak! Jangan riaklah! Semua yang awak ada ni, bukan hak awak. Tengok macam tadi, motor awak rosak, tapi ada awak nak cakap elok-elok pada saya? Sebaliknya, awak tengking saya, paksa saya hantar awak balik ke rumah. Manja, kan? Naik bas pun tak pernah! Agaknya, kalau sekarang ni awak dihantar ke Sudan, kebulur awak!”

“Shut up!”

“No, you shut up! Dengar! Nikmat yang awak dapat sekarang ni semua hak Allah. Belajar menyayangi Dia kerana bila awak sayang Dia, baru awak sayang semua di sekeliling awak. Ada faham?”
..................

“Lydia tinggalkan rumah dengan soalan itu. Mak pulak, rasa betul-betul lega sebab buat pertama kali, ada orang yang berani menegur khilaf kamu. Tengok kamu macam ayam berak kapur kena marah dengan Lydia, mak tahu, mak perlu minta tolong dari dia untuk mengubah sikap buruk kamu tu.”

Lama Haikal cuba memahami apa yang disampaikan oleh ibunya. Dia rasa dirinya semakin keliru. Keliru dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.

“Apa yang mak cuba beritahu saya ni?” tanya dia.

“Haikal, dua hari lepas peristiwa tu, mak pergi cari Lydia dan mak mintak dia kahwin dengan kamu. Jadi isteri kamu!”

“Apa?”

.......................................

Nantikan sambungannya, hehe...  

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…