Langkau ke kandungan utama

Lydia, kau cuit hatiku! 3

3

“Kenapa kau pura-pura tak kenal aku?”

Soalan lelaki itu menghentikan langkahnya. Dia berpaling. Wajah yang dia tidak suka itu ditatap seketika sebelum mengalihkan pandangan ke arah stesen minyak Petronas yang penuh dengan pelanggan. Nasib baik, belum tiba giliran dia bekerja. Hari ini dia datang awal pula. Kalau tidak, tentu kena jeling dengan Big Boss.

“Berapa kali saya nak cakap? Masa malam tu saya memang tak kenal awak. Tak kenal langsung. Ni, awak cakap yang kita pernah jumpa sebelum tu. Tiga bulan dulu. Awak cakap, awak pernah tumpang kereta saya. Tapi, saya betul-betul tak ingat. Sumpah! Saya tak ingat langsung. Boleh tak awak faham?”

Kenapakah lelaki ini sukar sungguh hendak percaya kata-katanya? Dia memang tidak ingat bahawa dia pernah menumpangkan lelaki ini satu masa dulu. Apa yang hendak dimarahkan sangat oleh mamat ni? Dia lupa! Dia tak ingat! Susah sangatkah hendak difahami?

“Kenapa awak lupa? Awak bukan perempuan tua! Orang muda mana boleh lupa benda-benda macam ni. Awak bukan jumpa sebarang lelaki. Awak jumpa saya. Awak yang jemput saya naik kereta awak. Tak masuk akal bila awak tak ingat saya,” lelaki itu mengeluh.

Lama Lydia merenung wajah di hadapannya. Mula-mula wajahnya serius tapi lepas tu dia mula tergelak kecil. Tingkah yang membuat Haikal mengerut dahi.

“Kenapa gelak?”

“Saya dah faham kenapa awak marah sangat pada saya.”

“Pulak?”

“Hmm!"

“Kenapa?”

Lydia pantas saja memberitahu, “Sebab awak perasan. Sebab awak ingat, mentang-mentang awak tu smart, siapa saja yang tegur awak, cuba buat baik dengan awak, mesti suka awak. Mungkin, ada yang jatuh cinta pun. Awak tak boleh terima sikap saya yang memang dah tak ingat awak langsung.”

Haikal mendekat. Terlalu dekat dengan Lydia sehingga hembusan nafas panasnya dapat gadis itu rasakan. Cepat-cepat Lydia menjauh menyebabkan Haikal tersengih sinis.

“Kau kata aku sombong. Kau kata aku perasan. Macam-macam kau kata aku. Apasal kau ni? Inikah cara kau nak dapat perhatian aku? Kau ni bijak. Kau tahu, kalau kau cuba mengurat aku, aku memang tak akan peduli pada kau sebab tu kau tukar strategi. Biar lain daripada perempuan lain. Betul tak? Buat-buat tak suka untuk tarik perhatian aku, kan?”

“Kenapa saya nak buat macam tu? Sebab awak handsome, segak, bergaya? Sebab awak anak orang kaya? Sebab saya ni perempuan biasa yang tak ada apa-apa? Encik Haikal, jangan tuduh ikut sedap mulut, okey! Untuk pengetahuan awak, saya tak minat awak. Saya tak suka awak. Saya tak teringin pun nak kahwin dengan awak.” Lydia tengok muka jam. Lagi lima minit pukul dua. Maksudnya, dia ada masa lima minit untuk halau lelaki di hadapannya ini. “Awak percaya atau tidak, suka hati awaklah tapi tolong pergi dari sini, ya. Saya takut, awak ni akan buat saya malang lagi. Saya tak boleh berhenti kerja. Tak boleh diberhentikan kerja lagi disebabkan awak. Kebulur kami sekeluarga nanti. Tolong pergi dari sini! Please!”

Haikal tersentak. Sepasang mata yang berkaca itu ditatap. Pelik melihat tingkah gadis itu yang serius menghalaunya. Gadis yang kini tidak peduli padanya. Langsung masuk ke dalam ruang pejabat di dalam.

Lama Haikal duduk di dalam kereta. Memerhati gadis itu melayani pelanggan. Hati entah mengapa dicuit iri melihat senyuman yang menguntum di bibir. Senyuman untuk insan lain, senyuman yang bukan untuknya.

“Is she playing hard to get?” dia menyoal diri. Mungkin, kut. Tapi, tak kisahlah! Aku pun bukannya berkenan sangat pada dia pun.

Bila Haikal bercerita kepada teman baiknya, Salih, Salih ketawa besar.

“Kau tak kisah? Kau tak berkenan pada dia? Habis tu, kenapa kau cari dia lagi?”

“Alah, aku cari dia sebab aku geram bila dia buat-buat tak kenal aku. Itu aje!”

“Kau kenalah percaya cakap dia. Bukan mustahil semua tu. Mungkin dia dah ada pakwe. Sebab itu kau ada ke, tak ada ke, tak bawak apa-apa makna pada dia. Kau faham tak ni apa aku cakap?”

Kenapa jantungnya berderau mendengar ayat yang baru Salih ucap? Kenapa susah hati? Kalau perempuan tu dah ada boyfriend, kenapa harus timbul rasa cemburu? Hisy, macam-macamlah!

Rupa-rupanya, memang betul apa yang Salih teka. Gadis itu memang sudah berpunya. Korek punya korek, banyak yang diketahui Haikal tentang teman lelaki Lydia. 

Namanya Shahdan. Umur 25 tahun. Kerja juruteknik. Segak, tinggi tetapi dia rasa jika dibandingkan di antara mereka berdua, dia lebih segala-gala. 

Jadi, Haikal nekad. Dia ingin merampas Lydia daripada Shahdan. Dia rasa, dia dah jatuh cinta pada Lydia jadi, dia akan cuba menggoda sehingga Lydia juga akhirnya mencintai dia. Ya, Lydia mesti dimiliki. Lydia tidak boleh dibiarkan terus bercinta dengan Shahdan bila kini ada insan yang lebih mencintainya. Lebih menyayangi dan mampu membahagiakannya!

“Kau dah gila? Tak baik kau kacau daun, Haikal! Biarlah dia. Kalau lelaki itu yang dia suka, kau tak ada hak nak ganggu! Tak baik!” marah Salih bila Haikal menyuarakan hasrat hati.

“Salih, aku tak pernah jatuh cinta. Kau pun tentu tahu tentang tu, kan? Sekarang, aku miliki rasa ni, takkan aku nak biarkan berlalu macam tu aje? Aku cinta dia. Aku nak jadikan si Lydia tu bini aku. Dan, aku yakin bila dengan aku dia akan lebih bahagia sebab aku ada semuanya.”

“Kau tak akan berjaya, punya!”

“Kau nak bertaruh dengan aku? Dia perempuanlah! Perempuan pasti cair bila lelaki macam aku mengurat dia!”

“Hmm.... aku nak Ducati kau tu.”

Haikal kerut kening tanda tidak memahami.

“Kan kau ajak aku bertaruh? So, kalau aku menang, aku nak Ducati kau. Deal?”

Haikal ketawa sambil menangkap tangan yang Salih hulur. Tangan mereka bergenggam erat. Haikal terus berkata lagi, “Kau bagi aku sebulan. Insya-Allah, dia akan jadi milik aku masa tu.”

“Yakinnya kau!”

“Aku percaya pada kebolehan dan diri aku ni. Macam kau tak kenal aku?”

Salih ketawa. Kesungguhan dalam ucapan dan tingkah Haikal sedikit menggusarkan dirinya tetapi dia sangat berharap agar apa yang dia rasa tentang Lydia adalah benar. Baginya, gadis itu bukan memandang harta atau rupa. Pasti Lydia akan menolak Haikal mentah-mentah!

Dan tawanya semakin lepas. Haikal hanya menggelengkan kepala. Dia nekad untuk memiliki hati dan diri Lydia. Itu janjinya! Itu mahunya! Itu sumpahnya!

Ulasan

  1. best kak!! lydia makin mencuit hati!!!.........

    BalasPadam
  2. hahaha tak sabar nk tau plan haikal .. sambung lagi kak..
    mcm mana la dia nk pikat lydia..

    BalasPadam
  3. itulah lelaki..suka menjadikan kelemahan wanita sbgai pertaruhan

    --emo kejap kak sofi ehhe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…