Langkau ke kandungan utama

Lydia, kau cuit hatiku! 2

2

“Bawak dulang tu baik-baik, Lydia. Jangan sampai terlanggar orang. Nanti kalau tertumpah air atas baju tetamu di sini, mati kau aku kerjakan kalau diorang mintak ganti rugi!”

Lydia tadah sahajalah telinga. Nak buat apa lagi? Dia pekerja, yang sedang pot-pet tu majikannya, Pak Engku. Bernanahlah sementara menunggu jam berdenting tengah malam nanti kerana waktu itulah baru mereka boleh berkemas barang-barang untuk dibawa pulang.

“Eh Lydia, kau dengarkah tidak cakap aku tu?”

“Err, dengar, Pak Engku.” Jawabnya tergagap-gagap.

“Habis tu? Yang kau berdiri macam tiang bendera tu, kenapa? Dah, pergi layan tetamu tu!”

“Baik, Pak Engku.”

Dengan tertib dia mengatur langkah meninggalkan lelaki pertengahan abad itu. Tapi memang kalau sudah ditakdirkan, tentu tidak boleh dielak. Waktu ini habis dulangnya terlangkup dengan gelas berderaian jatuh dan pecah. Kenapa? Sebab, dia sudah melanggar seseorang. Yang pasti, orang itu sudah kuyup disimbahi air pelbagai perisa.

“Kau ni buta, ya?” lelaki yang sudah berang itu terus menarik tangannya sehingga Lydia terdorong ke hadapan. Entah ke mana dia akan dibawa untuk menerima hukuman, Lydia tidak tahu tapi yang pasti, mereka sedang memasuki rumah agam tiga tingkat itu melalui pintu sisi.

“Mak Bedah!”

Jeritan lelaki itu begitu kuat sehingga rasa hendak pecah gegendang telinga Lydia.    

“Ya, tuan?”

Lydia kasihan melihat perempuan tua itu termengah-mengah menghampiri mereka.

“Kau naik atas, pergi ambil tuala aku!”

Tanpa banyak soal, perempuan itu memanjat tangga. Sebak rasa hati Lydia. Teganya lelaki ini memerintah perempuan itu begitu? Iyalah, tahulah perempuan itu orang gajinya, kut, tapi sudahlah biadap berengkau sahaja bila bercakap tadi, adakah patut menyuruhnya naik tangga yang tinggi itu? Sungguh tidak berperi kemanusiaan!

Dia cuba melepaskan tangan yang masih kemas dipegang namun tidak berjaya. Malah semakin kuat genggamannya.

“Lepaslah! Saya bukan nak lari ke manapun. Saya tahu saya salah dan awak nak menghukum saya tapi tak perlu pegang macam ni!”

“Argh, diamlah kau! Dah kau siram aku dengan air minum pelbagai rasa tu, lagi banyak cakap? Eh, kau tahu tak yang aku baru beli baju ni?”

“Alah, itu pun nak bising. Basuh nanti hilanglah semua kesan warna-warna tu semua!”

“Betullah tu! Aku nak suruh kau basuhlah ni! Sebab tu aku suruh Mak Bedah naik ambil tuala. Senang aku bagi kau suruh cuci sampai nampak sama macam masa aku beli, tau! Kalau tidak...”

“Tualanya, tuan!”

“Kau pegang tangan dia ni sementara aku nak salin pakaian.”

“Awak ni memang tak sopanlah! Pergilah salin baju tu dalam bilik air dan tinggalkan aje di situ. Nanti saya basuhlah!”

Lelaki itu tidak mengendahkan. Lydia yang malu dan memusingkan tubuhnya. Wajahnya mencuka. Benci melihat kelakuan lelaki itu.

Seluar dan baju dicampak di hadapan Lydia. “Pergi basuh sekarang!” perintahnya.

Lydia rasa terhina sungguh dengan perbuatan lelaki itu terhadapnya namun dia malas menjawab atau melawan. Lagi cepat beres kerjanya, lagi baik. Pak Engku mesti sedang mencarinya. Kalau dirinya dipecat oleh lelaki itu, tak ke haru? Saat ini, dia perlu bertahan. Dia sedang kesempitan wang. Gajinya malam ini amat perlu sebab esok dia akan gunakannya untuk membawa emak ke klinik. Emak kan sedang batuk-batuk di rumah? Keseorangan pula tu! Hai....

“Haikal? Apa hal kamu bertuala aje tu?”

Sempat dia mendengar suara lembut seorang wanita bertanya kepada lelaki itu. Oh, namanya Haikal. Huh, Haikal yang perangai macam lanun! Jahat! Dia mengutuk dalam hati.

“An idiot spilled some juice all over my shirt!”

‘Idiot dipanggilnya aku? Sakitnya hati!'

Dan semakin geram bila mendengar suara ketawa-ketawa yang ditinggalkannya.

Mak Bedah begitu setia menunggu dia membasuh baju dan seluar lelaki itu. Bimbang benar agaknya dia guna sabun yang banyak.. sepasang matanya itu bagaikan helang. Lagak bukan main pula...pandai suruh sabun sana, sabun sini...uisy, sebiji ditirunya gaya tuannya mengherdik tadi. Hmm, like boss, like maid! Grr....

Hampir 15 minit, Lydia hendak bergegas keluar dah. Bimbang nanti Pak Engku cakap dia curi tulang. Tapi, agaknya malam ini malam malang si Lydia. Sebaik Pak Engku nampak muka dia, terus saja lelaki tua itu mengamuk.

“Ke mana kamu tadi? Pandai curi tulang, ya!”

“Saya tak curi tulang, Pak Engku! Saya...”

“Dah, tak payah nak terangkan! Aku tak nak dengar!” terus saja lelaki itu beri wang RM50 kepada Lydia. “Ambil ni! Pergi balik! Tak payah tolong aku dah!”

Lydia terkedu. Pak Engku ni.... sampainya hati! Tapi... dia tahu benar dengan sikap Pak Engku yang panas baran. Dah kena berhenti ni, tak payah rayu-rayu dah! Tak kan berkesan punya!

Satu keluhan dilepaskan. Namun saat itu dia terpandang mamat sombong yang kini sedang gelak sakan bersama-sama kawan-kawannya. Dia rasa marah. Lama Lydia merenung, memikir cara untuk membalas dendam. Geram...

Tetiba idea gilanya muncul. Hmm, dia tak rugi apa-apa kalau dia jayakan idea gilanya ini. Sekurang-kurangnya, dapatlah dia membalas dendam pada orang yang menyebabkan dia hilang jawatan sebagai pembantu pelayan, syarikat katering Engku Ahmad Wazir. Dan yang bestnya, dia hendak malukan tuan rumah yang muda itu.

Lydia melangkah bersama senyuman di bibir. Satu, dua... tiga...

“Sayang, you kat sini rupanya? Kenapa you tinggalkan I dengan Datin Hani tu?” Tangan lelaki yang sedang terkejut itu dipautnya kemas. Kepada beberapa orang lelaki muda itu, Lydia tersenyum manis sambil berkata, “Sorry, guys. Can I borrow Haikal for a while?”

“Hey...kau...”

“Tolonglah... kejappp aje...ya! Ya!”

Agaknya si Haikal sudah tersampuk kerana saat ini, diri Lydia sedang diperhati penuh asyik. Tajam sungguh renungannya. Macam baru nampak buat kali pertama. Macam tadi tu bukan Lydia yang ditarik dan disuruh membasuh pakaiannya.

Lydia tarik nafas lega. Sampai sahaja di satu kawasan yang dirasakannya jauh daripada pendengaran orang, dia terus sahaja menyerang si Haikal.

“Awak, dengar sini, ya! Saya nak luah rasa sakit hati saya pada awak. 1. Saya benci perangai sombong awak tu! Sebab, sekarang ni Pak Engku dah pecat saya sebab dia ingat saya curi tulang pada hal, saya masa tu kena cuci pakaian awak. 2. Saya nak awak bayar saya RM 20 sebagai ganti rugi. Sebab Pak Engku janji nak bayar saya RM70 tapi dia cuma bayar RM 50 saja. Saya perlukan duit belanja sebab esok saya nak bawa emak saya ke hospital.”

Tetiba sahaja Haikal menjungket kening tapi tidak sepatahpun dia menyampuk. Dia hanya memerhati sahaja gadis itu terus menerus bersuara..

“Awak dengar tak ni apa saya cakap?”

“Dua saja benda yang awak nak beritahu? Ingatkan berjela tadi?” sindir Haikal.

“Saya dah habis cakap! Kasi saya RM20.”

Haikal tanpa banyak cakap, terus seluk poket, keluarkan wallet dan beri sejumlah yang diminta.

“Okey, terima kasih.”

Haikal tidak menjawab. Dia hanya merenung gadis itu meninggalkannya. Tidak mengerti kenapa gadis itu bagai tidak mengenali dirinya tapi... dia pun baru saja camnya tadi. Tu yang tengok sampai melekat tu! Penampilan tetap sama, macam dulu. Cuma, tanpa cermin mata besar itu, dia hampir tidak mengenali. Tapi, dia memang tak kenalpun perempuan tu. Siapa namanya? Orang mana?

Argh.... Pak Engku!! Pak Engku kan ada?
............................

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…