apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.6.11

lima petunjuk sidia dah bosan dengan anda dan dia hendak putuskan hubungan


teman lelaki anda dah bosan dengan anda. baginya, anda bukan dan tidak mampu menjadi isteri idamannya jadi, dia nak out. tak nak jadi boyfriend anda lagi. so, apa dia akan buat? 

ketahuilah lima petunjuk bahawa si dia sudah bosan dan dia hendak putuskan hubungan dengan anda.

1. date jadi kumpulan
- anda ajak dia pergi keluar dating, macam selalu..... dalam telefon dia setuju aje tapi alamak..... bila sampai ke destinasi, tengok-tengok dah ada gang dia dah. masa tu, dia tak bagi tumpuan pada anda pun malah dia asyik bersembang dengan kawan-kawan dia. dan sekiranya dalam kumpulan tu ada perempuan yang baru dikenali, dia akan flirt dengan perempuan tu. sengaja nak buat anda jeles!

2. penampilannya berubah 100%
- dia dah berangan nak cari yang baru jadi dia akan pakai smart-smart walaupun ketika bersama anda. baginya, dia pakai begitu untuk menarik perhatian gadis lain yang mungkin melintasi tempat anda berdua duduk huhu...

3. dia asyik suka mengkritik
- anda cakap begini, salah. anda buat begini salah. anda cakap begitu, tak kena. anda buat begitu, tak boleh. itu tandanya dia dah jemu. hati-hati...

4. bahasa tubuhnya
- dia cakap sesuatu yang romantis tapi sepasang mata tidak merenung anda. atau dia cakap dia cinta anda tetapi nampak benar dia menipu bila senyumannya sinis sekali. 

5. dia susah dihubungi
- yang ni yang paling common. lelaki dambaan jiwa anda itu sukar dihubungi. malah kalau dulu dia akan hantar SMS selang seminit, kini, sehari sekali pun payah! hmmm

dah mengalami? atau masih ragu2? cari kepastiannya di sini!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.