apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.6.11

lekaki perkasa malaysia, mana korang hah?

Assalamualaikum.....

tahukah anda apa itu pemerdagangan manusia? iya... betul tu! satu keadaan di mana manusia menjual manusia. bentuknya? macam-macam! 

contoh
1. ipts yang bawa masuk warga asing dengan menggunakan pas pelajar namun sebenarnya, warga asing itu bukan bakal belajar di ipts itu sebaliknya dia dibawa masuk untuk bekerja. di mana? mungkin di kilang, tapak pembinaan dll....


itu diberitahu oleh Ketua Sektor Operasi Unit Pemerdagangan Manusia Jabatan Imigresen, Abdul Hamid Ahmad, pada perbincangan meja bulat bengkel sistem dan prosedur penguatkuasaan pemerdangan manusia anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang. antara yang ada dalam perbincangan itu termasuk Ketua Polis Pulau Pinang - Datuk Ayub Yaakob, Pengarah SPRM negeri - Datuk Latifah Md Yatim, Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Pulau Pinang - Suhaimi Ibrahim dan Setiausaha Bahagian Anti Pemerdangan Orang KDN - Nasir Rahman Khiruddin. 

kata Abdul Hamid, baru-baru ini pihaknya menghalang sekumpulan warga India yang datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di IPTS. 

"Mereka sudah dapat kelulusan sebagai pelajar bagaimanapun mereka dihalang kerana selepas kita melakukan siasatan, kita dapati semua mereka tidak tahu membaca. Mereka bukan pelajar tetapi dibawa masuk oleh pihak tertentu untuk bekerja menggunakan pas pelajar," 

2. bawa masuk warga cina yang comel lote untuk kononnya bekerja di salon tapi sebenarnya untuk menjadi pelacur. 

kenapa suka sangat ambil orang luar? tengok saja warga afrika? wah, mamat-mamat ni cukup pandai mengayat wanita-wanita. itu ke tujuan diorang datang ke malaysia? sengaja nak menggoda? 

bagus ada perbincangan meja bulat ke, bujur ke, tapi bukankah lebih penting sekiranya dihalang masuk? cukuplah yang mana ada untuk buat kerja2 berat tu semua. 

dan kepada lelaki malaysia yang perkasa... janganlah malas benor... toksah memilih kerja. toksah nak goyang kaki cari jalan mudah untuk kaya. bekerja keras tu bagus untuk kesihatan. dapat keluarkan peluh dan paling best, boleh dapat tubuh sasa macam aaron aziz dan ady putra. tak nak ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.