lagi fasal penggodam...

Assalamualaikum.....


Awas kamu wahai penggodam! CyberSecurity Malaysia sudah mengenalpasti siapa kamu! 

itu kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri yang enggan mendedahkan maklumat lanjut. Dia kata, ia hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Kebanyakan laman web yang digodam kembali beroperasi dan hanya segelintir yang masih belum pulih. Bagaimanapun, portal kerajaan www.malaysia.gov.my sudah beroperasi seperti biasa,” 
Mengulas lanjut, Husin berkata, setakat ini, tiada maklumat atau data milik kerajaan hilang dan dirosakkan oleh penggodam. maklumat lanjut mengenai serangan penggodam hanya boleh diperoleh selepas ia dihentikan dan siasatan serta ‘post mortem’ dilakukan pihaknya. jadi, semua pemilik sistem/web mesti berwaspada bagi memastikan keselamatan laman sesawang mereka.

ini pula kata Rais Yatim:
90 peratus serangan dilakukan penggodam tempatan.
dan tuduhnya serangan itu seolah-olah mempunyai kaitan politik serta Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). 

iya ke tu?

ni pula cakap-cakap Zainol Fadzi Paharuddin (exco perak). 

"rakyat tempatan yang dikenal pasti terbabit menggodam laman web kerajaan, dilabel sebagai penderhaka negara kerana tindakan mereka bermatlamat menghancurkan kerajaan. pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pihak terbabit termasuk melucutkan taraf kewarganegaraan jika terbukti mereka melakukan perbuatan yang boleh dianggap tindakan subversif.

whoa! penderhaka tu! jangan main-main! 


rujuklah di bawah.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen