apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.6.11

KL Gangster

Pengarah : Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Genre : Aksi

anda dah tengok citer ni? alah.... belum? ada aaron aziz tu! pastu, ada adyputra lagi, hmm, dua hero kesukaan ramai tambah-tambah si aaron yang kini sedang meletup dalam nora elena di TV3. bestnyerr...

cerita tentang gangster tapi anak aku kata, banyak aksi, tu yang best. entahlah..mungkin sebab dapat tengok dada bidang adyputra. huhu...

Sinopsis:
Mengisahkan dua beradik yang terjebak dalam dunia gangster, Malek dan Jai. Malek baru keluar penjara selepas 5 tahun merengkok di dalam, akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. 

senang cakap, malek nak insaf tapi dia asyik diganggu oleh gangster-gangster lain. Shark masih dengki pada malek. jai, si adik (adyputra) pula gila duit, gila mewah hingga sanggup ikut cakap shark nak bunuh abang dia sendiri, malek (aaron aziz). 

dah kutip 1.5 juta ringgit dalam 2 hari..hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.