apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.6.11

kenali salah seorang pereka i phone 4...


ni gambar masa umurnya 17 tahun. (tahun 2005). masa tu pun, Timothy Lim Seng Yen dah buat jauh lebih banyak perkara daripada orang lain. 


dia pernah panjat Gunung Kiilimanjaro di Tanzania, pernah mengajar English kepada anak-anak jalanan dt Kemboja dan pernah membuat pertunjukan di satu konsert jazz bersama-sama Al Jarreau.
sebaik menamatkan peperiksaan O - level, tiga buah universiti terkemuka menawarkan tempat belajar untuknya. bukan calang-calang universiti pula, tapi dia memiih untuk ke Stanford Universiti dan menolak tawaran Harvard dan Oxford. 
anda kenal dia? dia orang malaysia, anak malaysia tapi mengikut ibu dan ayah menetap di england. 
kenapa dengan dia? sebelum tu....meh tengok wajahnya kini...
kisah kejayaan Timothy tidak berakhir pada tahun 2005. selepas 7 tahun, dia mencipta satu lagi kegemilangan. 
untuk pengetahuan anda, Timothy (24 tahun)  ialah salah seorang daripada pereka telefon pintar, I-phone 4. 
hebat, bukan?
Anak muda itu terlibat khususnya dalam bahagian reka bentuk telefon berkenaan bagi memastikan ia mencapai kualiti yang diperlukan.
"Ia satu pengalaman yang cukup menarik (bekerja di Apple) kerana diberikan sepenuhnya kebebasan dalam menjana idea baru dalam reka bentuk iPhone 4. Kemahiran tersebut sememangnya cukup berguna dalam menghasilkan produk telefon bimbit sendiri jika diberikan kesempatan pada masa depan."
Lim sedang bercuti di Malaysia. jka nak baca lagi tentang dia, bukak sini. memang, dia istimewa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.