background img

Catatan Baharu

Kawanku, maduku. Aduh, sakitnya!

Assalamualaikum.....


Apakah perasaan anda jika anda berkawan dengan seorang perempuan, baik sangat...tapi tetiba terbongkar satu rahsia yang anda tidak sangka sama sekali. Iaitu, dia ialah madu anda. Mahu terbalik dunia ini, kan? 

Entah kenapa tetiba teringat cerita ini - Dil Kya Kare. Cerita lakonan Kajol dan suaminya Ajay Devgan. Tapi, Kajol bukan heroin. Dia ialah wanita malang yang terpaksa hidup dalam bayangan cinta suami orang. Dan, kerana anak mereka dijaga oleh lelaki itu, dia cuba menjadi sahabat kepada si isteri. Memang sedih! Dan menyakitkan....

Tapi, aku cuma nak dengar lagu ni saja. Lagu dari cerita dengan tajuk yang sama. Layanzzz....


Lepas dengar lagu ni aku pun google, kut-kutlah ada kisah yang hampir sama. Tup-tup, aku dapat cerita ini. Maka menitislah sikit air mataku. Haih....



"Saya berkahwin selama 20 tahun dengan seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Disebabkan anak belajar di luar negara, saya menyertai sebuah kelab wanita untuk menghilangkan rasa bosan. Tidak pula saya sangka, kehadiran saya di kelab itu telah menjadi tamparan hebat buat saya untuk terus hidup. Melalui kelab inilah, saya mengetahui suami telah menduakan saya tanpa pengetahuan saya.


"Semuanya bermula apabila ketua kelab ini menjemput seorang tetamu khas untuk mengajar kami membuat masakan Arab. Perempuan ini seorang yang bergaya, cantik dan bijak berbicara. Saya juga terpegun dengan penampilannya. Entah macam mana di antara ramai ahli, dia memilih saya sebagai teman rapatnya. 


"Satu hari kami ke sebuah restoran kuih muih tradisional di sebuah kompleks membeli-belah dan dia memesan beberapa jenis kuih tradisional untuk satu majlis katanya. Peliknya kuih tersebut sama seperti yang saya selalu beli untuk suami, kedai juga sama. Hendak dijadikan cerita pada petang yang sama, saya ke kediamannya untuk mengambil biskut Arab yang saya tempah. 


"Itulah kali pertama saya ke rumahnya. Memang kondo itu sangat cantik dengan dekorasi yang kreatif. Secara kebetulan, petang itu hujan lebat. Semasa dia menyediakan kopi, saya ke beranda untuk melihat pemandangan Lembah Klang.


"Tiba-tiba saya ternampak tiga helai baju berjenama dan baju Melayu warna mustard tersidai di situ, semuanya warna yang terang. Saya membelek saiznya, di dalam hati berdetik, ini baju yang saya beli untuk suami. Saya cam sangat baju Melayu ini kerana ia memang baju kegemaran suami saya setiap kali dia hendak bersolat Jumaat. Saya yakin 100 peratus ia baju kepunyaan suami, kerana saya yang membelinya. 


"Di dalam perbualan kami, dia memberitahu telah berkahwin 10 tahun dan merahsiakan perkahwinannya kerana tidak mahu popularitinya terjejas.


"Apabila suami balik, saya buat seperti biasa dan bertanya di mana baju-bajunya. Jawab dia, tertinggal di rumah kakaknya dengan alasan senang apabila hendak solat Jumaat. Dia masih berlakon di hadapan saya setiap kali saya ajukan soalan. Bila dikenang kembali katanya yang tiap-tiap minggu dia berada di utara, hati saya menjadi hancur sebab selama ini rupanya dia berada di rumah teman saya yang kini telah sah menjadi madu saya.


"Lalu teringat saya kenapa dia minat sangat dengan drama TV sebab isterinya berlakon, begitu juga majalah, rupanya gambar isterinya ada terpampang di dalamnya. Memang orangnya cantik tidak dinafikan berbanding dengan saya, macam langit dengan bumi jauh berbeza.


"Bagi mengubat hati yang lara, saya bercuti ke luar negara. Saya amat sedih dan kecewa kerana telah ditipu suami selama 10 tahun. Saya tidak salahkan madu saya. 


kalau anda nak baca kisah penuh, tekan teman baharuku, maduku...


sofi mengeluh, hai lelaki....

0 komen:

Post a Comment

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Novel 5: Suami Sebelah Rumah

Novel 4 : Tiada Yang Lain

Novel 2 : Cintamu Cintaku Satu

Novel 1 : Tak Mungkin Kuhindar

cintamu cintaku satu


Novel TMKH telah mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Editor Berita Harian 2010. Cetakan yang ke-6. Anda juga boleh melayari LINK INI untuk membaca bab-bab 1 -15

Novel-novel dalam Bikinan

Followers