apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.6.11

Kau bukan tulang rusukku!

Ketika mata bertentangan, sambil tersenyum, Raihana bertanya kepada kekasih hatinya. 


"Abang sayang Hana?" 

Akif membalas senyuman kekasihnya sambil mengangguk. Sungguh-sungguh dia mengangguk, mengharap kecurigaan hilang dari hati Raihana.

"Siapakah Hana dalam hati abang?"

Lama Akif memikir sebelum menjawab begini, "Hana tulang rusuk abang! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki  mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”

Bahagianya rasa hati mendengar jawapan Akif. 

Mereka berkahwin tidak lama kemudian. Di awal perkahwinan, memanglah bahagia namun lama kelamaan, masing-masing menjadi sibuk dengan karier masing-masing. Masa untuk suami dan isteri langsung hilang. Lepas tu mulalah pandai merasa bebal. Suami marah isteri, isteri marah suami. Hingga ke satu tahap, Raihana menjerit marah, 

"Hana nak keluar. Panas!" 

Raihana mengemas beg dan berlalu keluar. Fikirnya Akif hendak memujuk, malangnya, lain yang terjadi. 

Akif membalas penuh kemarahan, "Merajuklah tu. Ingat orang nak pujuk dia!" 

Raihana berhenti melangkah. "Abang tak nak pujuk Hana? Kenapa? Dah tak sayang Hana dah?" soalnya. 

Akif benci sebab dia rasa Raihana bersikap seperti budak-budak. Bila berkelahi, Raihana mesti merajuk. Menyampah betul dia! Lalu dia membalas, "Sayang? Tak! Abang menyesal kahwin dengan Hana. Tak matang. Hana ni bukan tulang rusuk abang dah!"

Perasaan seorang wanita terlalu sensitif. Mendengar Akif berkata begitu, hatinya terlalu terluka. Kalau tadi dia sekadar menguji, kini dia benar-benar ingin pergi. 

Biarlah berpisah! Kerana dia bukan tulang rusuk Akif. Dia bukan Hawa kepada Adamnya! 

Sedih sungguh!

Perpisahan menyedarkan Akif bahawa dia sudah mematahkan tulang rusuknya. Dia ingin mencantumkannya semula. Dia berusaha memujuk namun hati Raihana terlalu keras. 

Katanya pada Akif, "Janganlah dijilat ludah sendiri, bang!" 

Sakitnya dada Akif. Dia tahu, kesakitan itu kerana dalam tubuhnya, dia sudah tidak punya tulang rusuk yang menyempurnakannya. 

Satu hari Akif mendapat khabar bahawa Raihana dimasukkan ke hospital. Raihana sakit. Rupa-rupanya, bekas isteri Akif itu mengidap kanser. Seminggu Akif berulang-alik ke hospital  sehinggalah satu saat, Raihana dijemput pulang. 

Sebelum meninggal dititipkan pesan kepada Akif, 

"Jangan sedih bila mengenangi Hana. Hana bukan tulang rusuk abang. Satu hari nanti, abang pasti akan temui tulang rusuk yang baru."

Tahulah Akif betapa kecewa Raihana dengan kata-katanya dahulu tapi apa hendak dibuat lagi? 

Sayang semuanya sudah terlambat. Hiduplah bersama kesalan.....

4 ulasan:

  1. salam cikgu sofi... nk tanye, bila cikgu start jual cerpen? klu dah, tlg war2 kan ye... TQ! :-)

    BalasPadam
  2. adela, hai... smg terus bersama kak sofi

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.