apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.6.11

jodoh

Assalamualaikum.....

"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w"
seorang kawan mengeluh. dia belum berkahwin walau sudah mencecah umur 31 tahun. seorang perempuan yang berkerjaya, semua dah ada. rumah, kereta, malah akan naik haji juga mungkin tahun hadapan. 

tiap kali balik kampung, katanya, soalan pertama keluar dari mulut ibu dan ayah ialah;
bila lagi kamu nak kahwin?
dia bosan. benar-benar bosan! 

aku tanya dia, mengapa bosan?

jawabnya, sebab soalan itu tak relevan. dia seorang perempuan. takkan dirinya yang hendak buat banner...
hoi, ada sesiapa nak kahwin dengan aku?
kesian, kan? betul juga! takkan nak buat banner kut?

kau memilih sangat agaknya? dugaku.

balasnya, gila? kau ingat aku gila? kalau ada yang nak, tentu aku tak menolak di zaman yang mana perempuan terlalu ramai ni. masalahnya, diorang (lelaki) yang terlampau memilih. hendak yang cantik, yang bekerja, yang bergetah...

kata-katanya buat aku tengok dia. tak ada apa yang kurang di mataku. dia 'perfect!'

dia ketawa bila aku cakap dia perfect. katanya, kau tengok aku dari sudut pandangan seorang perempuan. mata orang perempuan dengan mata lelaki tidak sama. diorang lebih suka yang seksi...

betulkah lelaki mahukan perempuan yang seksi untuk jadi isteri? isy, takkan lah...

namun kata-kata seorang ustazah membisukan kami berdua. 

kau sebenarnya belum ada jodoh. belum masanya lagi untuk kau bernikah. nak dengar satu cerita?

ini kisah benar tentang seorang lelaki yang alim. dia ingin berkahwin lalu mengerjakan solat istikharah, meminta kepada Tuhan agar menunjukkan jodohnya. tahu apa mimpinya? 

tiga malam berturut-turut, pemuda warak ini bermimpikan satu lorong. di situ, dia diberitahu ada wanita yang bakal dinikahinya. dia berasa terlalu sedih. mengapa? 

kerana seluruh masyarakat tahu di situlah lorong di mana pelacur-pelacur bergelandangan. namun, desakan hati membawa dirinya ke lorong itu. fikirnya, kalau dengan menikahi pelacur itu, dia mampu membawa wanita itu kembali ke pangkal jalan, demi Allah, dia merelakan dirinya. 

di satu kedai, dia berhenti. di hadapannya, dia melihat seorang perempuan sedang membeli sesuatu. perempuan itu tidak kelihatan seperti seorang pelacur pun! menyedari dirinya direnung, perempuan itu memerhati sekeliling. dan bila mata bertembung, lelaki beriman itu tahu bahawa dia sudah ditemukan dengan jodohnya. 

dia tersenyum, mengucap syukur kepada Allah sewaktu menceritakan semula perkara itu kepada isteri yang dikahwini sebulan kemudian. ya, mungkin kerana keikhlasan hati, menyebabkan diri mendapat jodoh yang baik. sebenarnya, perempuan itu berada di lorong itu, kerana benda yang ingin dibeli hanya terdapat dalam kedai yang dimasukinya itu. 

ustazah sudah lama beredar meninggalkan kami tapi kami masih berbual lagi. tentang jodoh. tapi kali ini, kawanku kata, dia pasrah. kerana dia tahu, Allah sudah menetapkan jodohnya. satu hari jodoh itu akan tiba juga!

6 ulasan:

  1. yakin dgn perancangan Allah S.W.T. =)

    BalasPadam
  2. aku takkisah pun psal kawen nie...krana dlm pala otak haku...idup hnya sementara....impian aku hnya syurga....kalu kawen pun kita tetap mati....allah maha mngetahui... (YUIH IMMORTAL)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. t.kaseh krana tlong ingtkn....hpir tersasar (YUIH IMMORTAL)

      Padam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.