Langkau ke kandungan utama

jika ingin menambah isi padu air mani berkualiti......

info ini ditujukan kepada semua lelaki, baik yang muda mahupun yang berumur dengan syarat mereka sudah berkahwin, okey! terutama yang belum dapat anak lagi tu.. cubalah praktiskan, mana tahu...rezeki?

jika anda ingin menambah isi padu air mani berkualiti dalam diri anda, tidak perlu cari ubat kuat dan sebagainya. cukup dengan memakan makanan-makanan berikut sahaja. ingat ya, no viagra please...

makanan-makanan  yang dikatakan mampu menambah isi padu air mani lelaki ialah:

1. air (tahu air bukan makanan tapi... dah doktor tulis camtu, aku ikutlah, ya!)
- Air mustahak kerana ia boleh mempengaruhi isi padu air mani. Perlu minum air yang cukup sekurang-kurangnya empat liter sehari.

2. daging 
- daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

3. tiram dan makanan laut
- tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. 

4. kekacang
- Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

5. bijirin
- Bijirin seperti oat dan granola, elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

6. sayur dan buah-buahan
- sayur bayam, brokoli, bendi dan asparagus serta buah-buahan citrus elok dimakan kerana mengandungi asid folik juga. nangka dan betik pula mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan.

7. herba tongkat ali
- herba akar tongkat ali sudah teruji secara saintifik oleh pakar tempatan bertujuan menambah isi padu air mani. 
Doktor Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby
sumber: sini

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…