apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.6.11

jenayah perang bosnia (1992 - 1995)


inilah wajah manusia yang didakwa membunuh 8,000 lelaki dan kanak-kanak Islam di bandar Srebrenica semasa Perang Bosnia pada 1992 hingga 1995. dia bekas jeneral Serb Bosnia. namanya ratko mladic. Mladic, 69, yang dilabel 'Penyembelih Bosnia' kerana didakwa mendalangi pembunuhan 100,000 orang dalam jenayah paling kejam sejak Perang Dunia KeduaMladic ditangkap di sebuah perkampungan di Serbia selepas diburu selama 16 tahun, diekstradisi ke ICTY pada Selasa lalu

ada dia menyesal? sedih? malu? kesiankah dia pada keluarga mangsa yang dibunuhnya dulu? 

haram! dia masih sombong hidup di bumi Allah ni! 

katanya:
"Seluruh dunia kenal siapa saya. Saya ialah Ratko Mladic. Saya mempertahankan bangsa saya, negara saya kini mempertahankan diri saya. Saya mahu hidup untuk melihat diri saya bebas,"
Malah, dia menyatakan tuduhan terhadapnya adalah menjelikkan dan tidak munasabah ketika dia dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Untuk Bekas Yugoslavia (ICTY) di sini kelmarin.

Seorang wanita yang berada di kamar mahkamah memandang ke arah Mladic dan membuat isyarat bahawa dia akan dihukum mati. apa dia buat? Mladic tersenyum sinis. malah ketika dia meninggalkan kamar perbicaraan ICTY, Mladic sempat berpaling kepada keluarga dan saudara-mara mangsa pembunuhannya dan memberikan tabik hormat kepada mereka sambil tersenyum. SADIS BETUL!  

lihat gambar di bawah untuk melihat kuburan beramai-ramai itu....




Mladic mengambil masa cuma tiga hari untuk membunuh beribu-ribu penduduk Bosnia tetapi kini dia menyatakan dia memerlukan dua bulan untuk membaca tuduhan terhadapnya.

Hakim menetapkan perbicaraan kes tersebut disambung semula pada 4 Julai depan.

- Agensi

hukuman dunia memanglah kau boleh lepas, Mladic .....tapi janji Allah? rasalah nanti bila kau mati. masa tu barulah kau tahu apa nilai keangkuhanmu itu!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.