apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.6.11

jangan sisihkan mereka...


AIDS sejenis penyakit yang ditakuti. ubat untuknya belum lagi ditemui. sehingga kini, ramai yang merana kerananya. ramai yang ketakutan bila disahkan menghidapinya. ramai yang risau bila didekati pesakitnya. 

walaupun kita tahu bahawa virus HIV hanya berjangkit melalui: 

1. perkongsian jarum tercemar, 
2. hubungan seks tidak selamat dan 
3. daripada ibu kepada anak 

bukan 

melalui perkongsian tandas, berpegang tangan, berkongsi perkakas makanan dan minuman.....

tapi kenapa kita masih takut dihampiri mereka yang ada penyakit ini?

baca keluhan hati seorang isteri malang yang mendapat AIDS daripada suami yang sudah meninggal dunia. 

"Saya pernah disuruh oleh seorang kakitangan hospital untuk membawa perkakas sendiri seperti pinggan, cawan ketika berada di wad selepas bersalin," rintih seorang Ibu kepada empat orang anak yang berasa kecil hati apabila dijerkah begini....
EH, engkau ini ada HIV, kau ada bawa sudu? Kau ada bawa cawan? Kau ada bawa mangkuk sendiri?
Dia dijerkah begitu di hadapan pesakit lain yang sedang dikelilingi keluarga masing-masing, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang kepada mereka.

Paling menyedihkan apabila seorang kakitangan hospital bertindak acuh tidak acuh selepas mengetahui status penyakitnya itu ketika mendapatkan rawatan bagi keracunan makanan yang akhirnya menyebabkan komplikasi buah pinggang kepada beliau.

"Sekiranya kakitangan perubatan sendiri tidak boleh menunjukkan teladan baik kepada masyarakat supaya tidak sisihkan mereka yang dijangkiti HIV, bagaimana pula dengan masyarakat?" soalnya.

ya, memang betul. kita harus ingat bahawa sebahagian penghidap HIV tidak sengaja mendapatnya. mungkin nasib mereka malang bila berlaku pemindahan darah, atau kerana berhubungan dengan suami yang menghidapnya. salahkah mereka?
"Saya tidak minta layanan istimewa tetapi kami pun ada hati dan perasaan. kalau orang hospital bersikap dingin pada kami, tentu sahaja masyarakat akan mengandaikan tidak salah melayan golongan dijangkiti HIV seperti itu."
Sebenarnya, ia bukan disebabkan faktor pengetahuan atau kesedaran kerana semua itu sudah ada. Tetapi ia berbalik kepada soal hati dan perasaan kasih sesama manusia. Bila dua faktor penting itu ada, maka stigma dan diskriminasi boleh dihapuskan.

kawan-kawan, mereka bukannya meminta simpati. Golongan ini cuma mengharap sokongan kita sahaja. tidak bolehkah kita menghulurkannya?

rujukan: di sini

  

2 ulasan:

  1. manusia sering merasa takut dan waspada pada penghidap HIV, walaupun dorang tahu sebenarnya HIV itu sukar berjangkit kecuali melalui beberapa cara, namun stigma masyarakat masih sukar dibuang.

    salam kenal jugak dari AK! ^__^

    BalasPadam
  2. @aliesha kirana
    thanx AK. keep on coming here, k! hehe...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.