apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.6.11

Isteri = pelacur? gila ke hapa?


ada satu artikel dalam paper ini yang bikin hati panas. baca:- 
Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. 
Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

di bawah ialah gambar Dr Rohaya Mohamed.


Dr Rohaya Mohamed


seorang doktor (rasanya orang PhD ni,) cakap macam tu. pergghhh, di atas ranjang, isteri mesti jadi pelacur kelas pertama? what the fish??
Dr.. istilah LAYAN MACAM PELACUR TU tak sesuai dengan syariat Islam..mungkin boleh guna istilah yang lebih manis dan menepati maksud sebenarnya..wallahuallam.. (komen oleh salim Jono)
rasanya, semua wanita tahu bahawa tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. 

tapi ayat ni tak boleh blah....
Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. 
Dr Rohaya....
kalau lelaki yang baik, dia tentu tak pernah melanggan pelacur, right? kalau gitu, macam mana dia tahu layanan pelacur baik first class atau kelas apa sekalipun? cubalah cakap tu baik-baik sikit! gunalah akal yang pandai tu untuk buat perbandingan, okey!
katanya lagi, 

Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. 

aku nak komen lagi....

apakah istilah taat di sini mesti merujuk adegan kat atas katil aje? fulamak! macamlah dalam sesebuah rumahtangga tu, seks merupakan perkara terrrrr nombor 1! 

pandai pulak keluarkan ayat ni....
Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga: i. menunaikan solat wajib, ii. berpuasa ketika Ramadan, iii. melindungi maruah dirinya dan iv. taatkan suami
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 

entahlah, susah nak cakap, kan? bagi aku, semua terletak pada hati dan iman. lelaki ni kalau dilayan macam raja sekalipun, tapi bila dia jenis yang suka 'makan luar' dia tetap buat jugak. 'makan luar' memang best! usah cakaplah! isteri layan baik punya pun, tapi yang di 'luar' tu lebih umphh bagi jantan-jantan ni. nak tahu kenapa? 

mudah aje jawapannya.

sebab bila main dengan yang haram, syaitan ada di tengah-tengah. syaitan memberi perisa kelazatan tidak terhingga. syaitan sukakan zina. tapi kalau anda (lelaki) main dengan bini sendiri, memanglah biasa-biasa aje rasanya. sebab syaitan sedih. dia tak boleh mencelah. macam mana syaitan nak dekat bila si suami baca ayat ni sebelum jimak.... 

Doa sebelum bersetubuh atau yang di dalam Islam disebut jima', adalah doa agar saat kita bersetubuh dijauhkan dari gangguan setan dan berharap hasil atau anak yang kita harapkan menjadi anak yang soleh dan pastinya berbakti kepada orang tua.

Doanya sebagai berikut :

Bismillaahi, Alloohumma jannibnaashshaythoona wa jannibishaiythoona maa rijaktanaa
"Dengan Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau rizkikan kepada kami."
- HR.Abu Dawud no,2160, Ibnu Majah no.1918 dan lihatlah shahih Ibnu Majah I/324 dan Aadaabuz Zifaaf fis Sunnah al-Muthahharah hal 93 oleh Syaikh al-Albani.

HR.Al-Bukhari no 141, 3271, 5165, dan 6388, dan Muslim no 1434, dari 'Abbas. Sabda Nabi:-
"Apabila ditakdirkan mendapatkan anak, maka ia (anak itu) tidak akan diganggu oleh syaitan selama-lamanya."
ingatlah... kecurangan tak ada kena mengena dengan layanan isteri sangat. yang curang, suami. janganlah salahkan isteri pulak atas kecurangan suami tu! grr.... asyik2 nak salahkan perempuan aje! berasap kepala aku dah ni!


ada yang tak setuju? komen pleasee!



24 ulasan:

  1. bodoh betul ayat ni

    "Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’" Dr Rohaya Mohamed.

    isteri bukan pelacur bodoh...!

    nauzubillahi ( kami memohon perlindungan Allah) min (daripada) zalik (perkara itu)


    tq... tuan rumah...

    BalasPadam
  2. aper kes..cam hampes tul komen dia...menjatuhkan martabat seorang isteri...
    mayb dr tak tau kot yg benda haram tu mmg sedap dari benda halal...
    mesti layanan dr ni 1st class punya..
    ahkss

    BalasPadam
  3. @ummifarisha ahakss hahahah... buek malu islam je.... stupid punya dr....

    BalasPadam
  4. bljar Tinggi tp fikiran cam katak bwh tempurung....mana tahu camna layanan pelacur 1fst class pernah jadi plcur 1fst ke? benda haram ni semuanya sedap, kalau halal mana sedapnya, melainkan yg tahu bsyukur dgn apa yg dia ada, jgn asyik tunding jari kat isteri je suami pun ada yg x mampu nak puaskan isteri drajangkan

    BalasPadam
  5. dgn kenyataan dr rohaya tu mmg melambangkan diri die yg tk reti n tk phm ttg basic in Islam...patutla bersama global ikhwan...ko tk bg nasehat pon tkpe dr oi...tk hingin pon dgr dr org yg buta hati cam ko...

    BalasPadam
  6. @Anonymous

    mujur ada yang marah, kan? sekurang-kurangnya kita tahu siapa diri kita ni. yang tentunya bukan si p, tak kira kelas berapapun! sama-sama!

    BalasPadam
  7. @ummifarisha
    bila dr buat kenyataan ikut perasaan, ikut logik dan kurang berfikir...

    BalasPadam
  8. @Anonymous
    bila sorang perempuan menyalahkan perempuan dlm soal suami curang memang akak melenting, ahaks... sakit hati!

    BalasPadam
  9. @Herbseekers
    kenapa global ikhwan tu? boleh highlight sikit tak?

    BalasPadam
  10. idiot!! wonder where's her Dr. title came from?!!

    BalasPadam
  11. hish.... geram btul dgn artikel Dr tu.. orang fikir dulu baru buat kenyataan nie tak ikut sedap mulut je bercakap..

    BalasPadam
  12. @dontbelong2u
    tu dah perasan terlebih pandai agaknyerr...

    BalasPadam
  13. Kutuk-kutuk nanti ... kaorang daftar juga dalam kelab ni....

    BalasPadam
  14. @Anonymous
    insyaallah, siapa tak nak jadi isteri yang taat, kan?

    BalasPadam
  15. nak tanya Dr Rohaya, malam-malam dia pakai apa? catwoman's uniform ke french maid?

    BalasPadam
  16. aduh.... ini orang apa? dia perempuan ke? tak tau malu atau tak ada harga diri? kenapa dia cakap macam ni? lagipun PHD.. aku memang tak tau dia macam mana dapat phd tu...

    BalasPadam
  17. @Ocean
    nak tiru fasha sandha jawab....
    no comments!

    BalasPadam
  18. Kalau isteri = pelacur first class, suami = ?????

    BalasPadam
  19. Nak layan macam mana pun x payahlah dedahkan.. rahsia dlm kelambu...buat malu aje didebat seantero alam.. ini ke orang berilmu. Setiap orang ada cara dan kesukaannya.. bukan semua suami nak wife macam 1st class p... disgusting....

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.