apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.6.11

Ibu mentuaku

Assalamualaikum.....
Baru terbaca satu artikel tentang sikap seorang ibu mentua, daripada pengamatan seorang menantu perempuan. Memang panas hati mendapat seorang mentua sebegini. 

Nak tahu kisahnya?

Ibu mentua ini tamak sangat orangnya. Anaknya mati disebabkan sakit kanser dan sejak itu dia nak tuntut harta yang ditinggalkan. Dia buta tak nampak cucu-cucu yang masih kecil dan menantu yang kesedihan akibat kehilangan suami. 

Macam mana anak menantu nak hormati wanita ini? Tak baik betullah! 

Tapi, aku kagum dengan menantu yang menulis artikel tu. Dia cakap, walaupun terpaksa, dia tetap kena hormat wanita angkuh tu seperti mana dia hormatkan ibunya. Dia tak mahu menjadi menantu yang mengheret suami menjadi anak derhaka. Iyalah, kan? Kalau suaminya dibiarkan membenci ibu sendiri, tak baguslah! Jahat macam manapun wanita itu, dia tetap seorang ibu yang telah penat bersusah payah mengandung dan beranak. 

Bertuah suami dapat isteri macam ni. 

Ya, kebencian tidak boleh diturutkan. Jadi, tukarkanlah rasa benci menjadi sayang. Hari ini, kita mengasihi ibu mahupun mentua kita, insyaallah nanti, bila kita tua, kita akan disayangi sebagai ibu dan mentua.

wslm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.