apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.6.11

hinanya cara dia mati....haihh!!

Assalamualaikum.....
Lelaki mati semasa merogol wanita tua


tajuk berita yang baru aku baca. aduhai! dahlah tengah buat jahat, mati pulak tu! kalau islam, sempat ke tidak bertaubat? baca ya....
CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan. Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.
Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat. Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.
Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.
Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.
Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas. - AFP
jadikanlah peringatan bahawa kematian mengejar anda. alangkah memalukan jika mati cara sebegitu, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.