apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.6.11

e - coli sebutnya sebagai e - kolai, okey...


Empat orang lagi didiagnos dengan keracunan makanan yang dikaitkan dengan wabak akibat serangan bakteria e-coli di UK menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti ialah 11. semua pesakit ada kaitan dengan seseorang di German, tempat di mana wabak ini dimulai. 
19 orang dah mati, 18 daripada mereka di German dan 200 kes dilaporkan sejak beberapa hari lepas di negara itu, tempat di mana  wabak ini bermula.
MORE than 1800 people worldwide have been infected by a toxic new strain of E.coli which has now spread beyond Europe to affect a total of 12 countries.
aku ambil tu di sini


Return to home page
dah tengok dah bakteria e - coli?



Mungkin inilah menjadi wabak paling bahaya setakat ini dalam sejarah manusia.

Dengan punca sebenar masih kekal misteri, para pengguna di seluruh dunia kini berada dalam kebimbangan.


Dianggarkan seramai 1,624 orang di negara Eropah seperti Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat (AS) dikatakan sudah jatuh sakit, kemungkinan selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan ia merupakan bakteria E. coli yang baharu.

Bakteria E. coli normal yang menjadi punca kepada masalah keracunan makanan sebenarnya tidak terlalu berbahaya. Namun, bakteria jenis E. coli yang menyerang di Eropah mempunyai kemampuan untuk kekal pada dinding usus manusia dan mengeluarkan toksin yang dikenali sebagai Shiga (STEC). Shiga mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut.


Seorang pakar, Robert Tauxe dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS yang telah bekerjasama dengan pegawai kesihatan Jerman sejak minggu lalu mengakui E. coli itu sebagai jenis yang paling berbahaya jika dinilai daripada jumlah kematian. saat ini, para saintis juga bertungkus-lumus mengenal pasti punca pencemaran, sama ada tahap kebersihan yang teruk di ladang, transit atau di kedai di Jerman sebagai punca kewujudan bakteria baru itu.


Rakyat dihalang memakan sayur-sayuran mentah. jadi, salad tu... stop dululah!

Wabak itu juga membuatkan hubungan perdagangan antara negara Eropah menjadi tegang.
Rusia mengundang kritikan daripada Kesatuan Eropah (EU) selepas mengharamkan import sayur-sayuran mentah dari Eropah dengan mendakwa Belgium gagal menangani krisis tersebut. Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa bakteria itu berpunca daripada timun yang tercemar dari Sepanyol sebelum puncanya yang sebenar dari Jerman diketahui. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.