apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

10.6.11

durian runtuh - udang harimau, udang kertas, ikan bawal putih timbul di pesisir pantai

PENDUDUK yang mencuba nasib memukat udang  di pantai Kampung Sungai Mengkuang, Endau, baru-baru ini.
di kawasan pesisir pantai Kg Sg Mengkuang, Teriang dan Teluk Sisek, penuh udang harimau dan kertas serta ikan bawal putih sejak awal minggu ini. 

Peluang meraih rezeki yang ibarat datang bergolek itu tidak dilepaskan. ada yang datang dari luar kawasan  untuk mencuba nasib memukat hidupan laut berkenaan, sekali gus berpeluang menikmati udang dan ikan segar.

Tinjauan ke Pantai Sungai Mengkuang mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang meraih rezeki itu walaupun dalam keadaan panas terik, terutama untuk menangkap udang yang dikatakan naik ke pesisir pantai hanya selama beberapa hari dalam setahun. 

udang yang ditangkap boleh dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15 sekilo mengikut saiz dan gred. harga ini jauh lebih murah daripada harga pasaran dan pasti akan laris dan memberi keuntungan. 

2 ulasan:

  1. Nak tsunami lagi ket? dulu pun ikan timbul jugakan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.