apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.6.11

dendam sudah terlerai...


assalamualaikum....

kisah menyayat hati ini berlaku pada ogos, 2009. kerana mendendami bekas suami, wanita berhati kering yang bernama Nasra Al Enezi, 24, telah menyimbah petrol dan membakar sebuah khemah yang dipenuhi tetamu perempuan dan anak-anak mereka menyebabkan 43 mati pada hari kejadian. satu angkara yang disifatkan sebagai kebakaran terburuk dalam sejarah kuwait. yang dibakar itu ialah khemah tetamu di hari perkahwinan suaminya dengan perempuan lain. sila rujuk sini 

selepas 2 tahun, akhirnya mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap Nasra Al Enezi, iyalah, kan. perbuatannya itu sungguh kejam. jumlah kematian sebenar ialah 57 orang wanita dan kanak-kanak telah 
terbunuh. 


Akhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua. suami dan bakal madunya tak ada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.
 – Agensi 



ingin menyelami perasaan wanita ini setelah melakukan pembunuhan itu. bahagiakah dia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.