apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.6.11

dah berlakon pulak dia??

BERBAKAT... Cikgu Shida berlakon dalam telemovie WWW.Cikgu Shida.Com.
wah,wah wah, cikgu shida.... memanglah! kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah cikgu shida? dah disunting berlakon filem. wow!

“Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” 

siapa cakap tu? tak lain, pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat. 

ada yang tak kenal cikgu shida? isy, oghang kampung teman tu! oghang peghak! 

dia kan kelakar orangnya, kan? gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.
“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi. Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” 
hmm, ada juga benda untuk ditengok di astro nanti. tak adalah asyik tengok cerita yang sama berulang-ulang..hehe... 

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.