apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.6.11

Cinta abadi? Bohong!

Kali pertama melihat dia
Hati bergetar tak ketahuan punca
Mata melekat tidak mahu berkalih
Sempurna sungguh dirinya
Senyumnya, lirikan matanya, liuk-lentuk tubuhnya...
Aduh.....mempesona!

Saat bercinta,
Keindahan saja yang nampak di mata,
Serba-serbi sempurna
Tiada cacat cela
Marahkah dia?
Anda sambut dengan pujukan mesra
Menangiskah dia?
Anda pujuk beri bunga
Merajuk?
Uisy, intan permata jadi ganjarannya
Aduh..... semuanya tidak mengapa!

Namun,
Kenapa lesu setelah berumah-tangga?
Kenapa layu bebunga cinta setelah diijabkabul?
Ke mana kemesraan?
Ke mana pujukan?
Ke mana menghilang kelembutan? 
Ke mana pergi kasih sayang?

Dia, dia isteri kamu
Kekasih, ibu, sahabat, rakan, penasihat
Dia, dia isteri kamu
Ibu kepada anak-anak kamu yang nakal dan banyak perangai
Dia, dia yang telah bersama-sama dengan kamu
Membina rumah tangga ini
Susah kamu, dia bantu
Sakit kamu, dia rawat
Sesak kamu, dia tampung

Mengapa,
Setelah sekian lama bersama,
Baru berkata,"Ah, kita tidak serasi!!"

Mengapa,
Setelah bertahun melayari bahtera rumah tangga,
Baru berkata, "Kau bukan seperti yang aku mahu dulu!!

Mengapa? Mengapa? Mengapa?

Adakah kerana dia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.