apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.6.11

Cerita Facebook Lagi

Assalamualaikum.....

Laman facebook bukan hanya tempat untuk orang-orang normal, malah jadi tempat orang-orang tidak berakal untuk meluah perasaan, atau buat sesuatu yang tidak senonoh. Carilah, namakan apa saja, pasti anda jumpa. Laman untuk pengkid, lesbian, gay.... macam-macam! 

Ada satu laman pengkid ni, siap tulis nama bini dia dan dia ada hampir 5 ribu kawan. Mungkinkah kawan-kawannya juga seperti dia, yang hidup dalam alam songsang? Bayangkan, kalau golongan ini berjumpa, bermesra dan paling.... bercinta? 

Itu baru satu. Bagaimana kalau ada 10, 100, 1000 laman yang sama? Maka sebenarnya, bukanlah sedikit golongan ini dalam dunia umumnya, dan Malaysia, amnya. Sedih! Menakutkan! 

Satu lagi aktiviti ditawarkan melalui facebook ialah khidmat ..... di rumah. Dan, yang melakukannya ialah murid sekolah, budak perempuan form 4/5. Sekali berkhidmat, tu dia dapat RM250 ke RM800. Memanglah boleh beli I-phone, I-pad, pakai pakaian berjenama. 

Okey, ini bukan cerita dongeng, ya. Anda masuk ke pikat dan  ke banyak duit. Nanti anda akan faham maksudku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.