apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.6.11

CCS - honeymooning


ms 122/123


“Kita nak ke mana pulak? Langkawi?” Nurul Hana bertanya. Dia tidak mahu terus melayan gurauan Taufik. Taufik kalau dilayan nanti... makin menjadi-jadi usikannya.

Nope!” balas Taufik sambil menghulurkan dua tiket penerbangan MAS.
Nurul Hana terpegun. Sungguh dia tidak menyangka sebaik terpandang destinasi pilihan Taufik. “Switzerland? Jauhnya!”
Wajah Nurul Hana benar-benar menunjukkan betapa dia terkejut. Dia rasa teruja. Seumur hidup, manalah pernah dia pergi ke luar negara. Segala pemandangan dan kecantikan negara lain hanya dikagumi melalui tontonan di kaca TV sahaja.
“Memang jauh tapi masa ni, seronok pergi sana. Musim salji. Sejuk,” bisik Taufik penuh romantis.
Nurul Hana yang masih malu-malu, merona merah pipinya.
“Waktu belajar dulu, abang dah pernah pergi sekali. Masa sampai kat atas gunung tu, abang dah pasang impian dah. Mesti nak bawak Ana pergi sana!”
“Bawak Ana?”
Taufik ketawa. “Maksud abang, bawak isteri abang pergi bulan madu di situ.”
“Switzerland...”
“Ya, sayang! Switzerland!”
“Dilwale...”
Taufik menjongketkan kening. Tidak memahami. Apa pulak bendanya ni?
Nurul Hana tersengih. “Cerita Hindustanlah! Dilwale? Shah Rukh Khan? Takkan tak kenal?” soalnya.
Taufik menggelengkan kepala. “Apa kaitannya antara Switzerland dengan cerita Hindustan tu?” soalnya, masih keliru.
“Teruknya! Shah Rukh Khan pun tak kenal! Dia orang pergi berlakon kat sana dalam cerita tu.” Nurul Hana menerangkan.
“Ooo...”
“Dia pandai menari, tau.” Nurul Hana memberitahu sambil menggoyang-goyangkan pinggulnya.
Ternganga mulut si suami memerhati dan akhirnya ketawa lalu bangun menghampiri.
“Macam ginilah!” Taufik pula bergelek lalu merangkul tubuh Nurul Hana. 
“Macam gini...”
--------------------------------
dah beli belum nih? hehe... kpd yang belum, di malaysia, RM20 aje, k! kat sabah sarawak, RM23. belilah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.