Langkau ke kandungan utama

bila nafsu >>>> akal? apa terjadi?

anda tentu tahu tentang kisah seorang gadis sunti yang heboh memberitahu orang yang membaca blognya bahawa dia sudah tidak punya dara. begitu bangga bercerita namun selepas dikutuk, terus n3 itu dibuang. alhamdulillah. masih ada rasa malu. 

kemudian heboh juga tentang seorang wanita yang terkenal ni yang mahu para isteri bertindak bagai pelacur kelas pertama di atas katil demi mengikat suami agar setia dalam rumahtangga. 

semalam, aku terbaca kisah seorang artis indonesia yang mengaku di yahoo page, tentang dia baru lepas buat surgeri untuk ketatkan eh,,hmm.... taruh balik hymen (nak jadi anak dara semula) selepas dia merancang kahwin kali ketiga. dah dua kali kahwin cerai. dia beritahu media, dia tak mahulah nanti suami ketiga frust sebab tu dia bubuh 'hymen palsu' supaya rasa macam anak dara semula. 

macam-macam! yang pasti semua berkisar tentang seks dan kehidupan hari ini. 

kita, manusia memang ada nafsu. semua orang ada. tapi kita juga diberi akal. bila nafsu < akal, alhamdulillah. selamat. tapi, bila nafsu membuak-buak >>>> akal, itu dah sama macam haiwan. 

Nafsu yang gagal dikawal sentiasa mendesak untuk melakukan perkara yang luar biasa..terlalu  banyak  kes  yang menunjukkan keadaan nafsu >>>> akal. contohnya, suami 'makan luar', isteri gemarkan 'pucuk  muda',  guru  menodai pelajar, pensyarah paksa pelajar   buat  oral  seks  dan remaja belasan tahun ditangkap ketika asyik memadu kasih di taman permainan. tadi dalam hm, kisah suami orang memadu asmara dengan isteri orang, dalam kereta. 

bandingkan sikap manusia zaman kini dengan satu kejadian di zaman Rasullullah SAW dahulu...

pada zaman Rasulullah SAW, datang seorang lelaki dan berbicara dengan baginda mengenai perihal keinginannya untuk berzina. Sahabat lain ingin membunuhnya kerana sangat marah lantaran sikap kurang ajar yang dipamerkan lelaki berkenaan kepada baginda. Namun, Rasulullah SAW tetap  tenang dan  bertanya kepada pemuda itu: 
"Sukakah kamu jika orang berzina  dengan  ibumu?  Sukakah  kamu jika orang berzina dengan adikmu? Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu? Sukakah kamu jika orang berzina  dengan  anakmu?"  
Pemuda  itu marah dan menjawab tidak suka sama sekali.  

Rasulullah SAW berkata  yang bermaksud:
"Begitu jugalah orang yang kamu  ingin  berzina  itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik dan seorang  isteri."  
Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu  berdoa  untuk  hamba  Allah SWT berkenaan.  

apa terjadi kemudiannya?

Pemuda itu sangat terharu dengan  nasihat  yang  diberikan Rasulullah SAW. Sebelum itu dia sangat mahu  berzina,  tetapi  sekarang  tiada  yang  lebih  dibencinya  selain daripada perkara terkutuk itu. 

Cerita zina yang berlaku pada akhir zaman  ini  dianggap biasa bagi mereka yang hilang pedoman. Umat Islam sama ada lelaki atau wanita memang sedang dilanda lemah kawalan nafsu syahwat.

tapi, bagi yang menyedari setiap dosa yang dilakukan nescaya hati pasti terdetik mahu  bertaubat.  yakinlah bahawa Allah SWT pasti membantu mereka yang membulatkan tekadnya untuk berubah. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat  bagi  orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya  yang  kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka   itulah  yang  diterima  Allah  taubatnya 
( Surah an-Nisa ayat 17).

Kita perlu  sentiasa  benar-benar berharap Allah SWT akan pasti mengampunkan dosa   yang  pernah  dilakukan. 

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud:
"Hai hamba-Ku yang melampaui  batas  terhadap  diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus  asa  dari  rahmat  Allah.  Sesungguhnya  Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya  Dialah  Yang  Maha  Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(Surah  az-Zumar ayat 53).


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/04/kawal-nafsu-dengan-akal-dan-hati.html#ixzz1OdhAzkLV

Ulasan

  1. so true...manusia zmn sekarang kurang malu dah...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…