keistimewaan

MOHD AIDIL hanya mengambil sup kosong dan Milo sebagai diet harian.
bila membaca kisah lelaki dalam gambar ini, cepat-cepatlah kita bersyukur kepada Tuhan akan nikmat yang diberi kepada kita yang mampu menikmati segalanya. kalau kita jadi dia, mungkinkah kita setabah dirinya? 


namanya Mohd Aidil Amri Saa’din, 25 tahun. 

Dia tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, jauh sekali menjamah rendang dan ketupat di pagi Aidilfitri kerana tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair sejak dilahirkan. 

Sebagai ganti, Mohd Aidil bergantung kepada minuman Milo, sup dan air kosong untuk mendapatkan tenaga dan zat. 

Setiap kali jatuh sakit, dia akan meminta doktor memberi ubat cecair gara-gara tidak boleh menelan pil.
Bukan saya tidak pernah cuba makan nasi, tetapi apabila ditelan, seakan-akan tekak tidak dapat menerima dan saya akan segera muntah. Makanan lain seperti roti, mi atau makanan yang dijual di restoran segera tidak pernah saya sentuh sepanjang hidup.
Mohd Aidil Amri yang bekerja sebagai Pengurus Web Tonton di Media Prima Bhd (Media Prima). dia berasal dari Alor Setar, Kedah. dia kata, tabiatnya mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak berusia setahun seperti diceritakan ibunya, Zaiton Hashim. 

dalam sehari, beliau akan mengambil sekurang-kurangnya 15 gelas Milo. Setiap kali menjamah sup, beliau akan mengasingkan isinya sebelum dihirup serta menganggap sajian yang diambil dua kali seminggu itu sebagai makanan ‘mewah’. 
“Adik-beradik saya normal, keluarga lain pun sama. Hanya saya yang mengalami keadaan ini dalam keluarga. Sejak kecil, saya sudah berjumpa ramai pengamal perubatan sama ada tradisional atau moden, namun mereka juga tidak tahu punca keadaan saya ini. Doktor memberitahu saya sihat saya anggap ini adalah takdir Allah SWT dan saya menerimanya dengan hati terbuka."
hanya yang dapat aku kata, Allah menguji insan yang dikasihiNYA. Dan, kita harus ingat, Dia Maha Mengetahui setiap anugerah yang diberi kepada hambaNYA. redha? itulah yang terbaik! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen