apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.6.11

bekas suami nak jual rakaman 'sayang' ke laman web lucah. hmm...

aku bukan nak kutuklah, kan..tapi  kadang-kadang kita perempuan ni bertindak tak guna otak yang Allah dah bagi. lelaki dan kerenahnya sering menyebabkan kita buat sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran bahawa kita mampu lakukannya. terutama jika lelaki itu lelaki kesayangan kita waktu dan saat itu. ewah!

apa aku merepek ni?

tentang kitalah...

yang sanggup buat apa saja demi lelaki yang kita cintai. meskipun melakukan sesuatu di luar batas normal dan kesusilaan. meskipun disuruh sama ada paksa atau rela untuk berbogel dan gambar bogel itu dirakam. malah rela bervideo-cam ketika di ranjang dengan suami dan membiarkan perlakuan disimpan konon!

itu ketika sayang! bila cinta melayang?

hah, jadilah dan terimalah nasib seperti J-lo ni. yang terpaksa berhempas pulas, turun naik mahkamah semata-mata untuk menginjunksi pengedaran video yang ditangkap semasa berbulan madu dengan suami pertamanya, ojani noa yang dinikahi selama 11 bulan.
masa cinta tengah membara
bila cinta dah berkubur
     akupun tak fahamlah. gambar sendiri dirakam. buat apa? tak malukah? sudahnya, bekas suami yang gila duit ni nak jual rakaman itu ke laman web lucah. maka, berebut-rebutlah tuan punya laman web lucah tu nak beli. almaklumlah, yang berlakon tu ialah si jennifer lopez, penyanyi, pelakon yang memang terkenal seksi. 

ini peringatan untuk semua. sebab kita ni suka sangat bergambar, kan? janganlah dibenarkan suami / isteri ambil gambar kita dalam keadaan semula jadi. bahaya! kalau tersebar di internet?? siapa yang malu?

tentulah kita, kan?

berhati-hatilah! sayang macam manapun, jangan benarkan perlakuan sumbang dibuat!

wallahualam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.