Langkau ke kandungan utama

Bandaraya penuh dosa?

Assalamualaikum.....

Tahukah anda terdapat beberapa buah bandar utama di Asia telah dilabel sebagai Bandaraya Penuh Dosa atau Bandaraya Maksiat? Hmm, actually, bukan bandarnyalah...tapi manusia yang tinggal di dalamnya. Cuba kita lihat di mana dan apakah dosa yang telah dibuat....

1. Taipei, Taiwan
- Di label sebagai bandar gila makan. Di mana-mana, pasti ada gerai menjual makanan. Murah-murah pula tu! Mengapa dosa? Sebab, orang asyik makan. Boleh sebabkan gemuk. Bila gemuk, sakit...

2. Seoul, Korea Selatan
- Tahukah anda bahawa penduduk Korea Selatan dicop sebagai pemalas? (rank 15 di dunia dan rank nombor 1 di Asia). Katanya, cop itu diberikan sebab majoriti warga Seoul duduk di hadapan monitor dan menumpukan kepada internet. Sebab itulah kerajaannya sentiasa berusaha memajukan sistem pengkomputerannya. Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2012, kelajuan internet di Korea Selatan dijangka naik ke 1000Mbps. 

3. Manila, Filipina
- Lelaki Filipina kan hensem-hensem? Tapi, kalau anda nak tahu, mereka ni semua perasan punya lelaki. 48% daripada lelaki Filipina mengaku bahawa diri mereka tu 'sexually attractive'. Hah... tak berkenan betul aku dengan mereka ni.....

4. Shenzhen, China
- Shenzhen ni merupakan bandaraya yang membangun terlalu pantas di dunia. Di dalamnya penuh dengan usahawan yang memburu duit. Shenzhen dikenali sebagai bandaraya tamak. Percaya atau tidak, ramai jutawan dilahirkan di bandaraya Shenzhen sejak dua menjak ini. Shenzhen's philosophy: If you can't make a million, make a billion.   

maid cafe
gambar ni berkaitan dengan 'maid cafe' nak tahu?  tekan aje maid cafe.
5. Tokyo, Jepun
- Terkenal sebagai 'Lust City'. Maksudnya? Bandar nafsu. Bandar seks. Seks merupakan industri kedua memberi pendapatan kepada Jepun selepas pemotoran. Anda boleh dapat apa saja berkaitan seks di bandaraya ini. 
Tokyo is like a dirty old man in a teenager's body.
6. New Delhi, India
- “The grass is greener”. Apa maksudnya? Bila anda percaya bahawa apa yang anda miliki kini, tidak lagi berbaloi, tidak lagi mencukupi lalu anda membuat pembaharuan; mungkin berhijrah dan mencari peluang di tempat-tempat baru. 

- Itulah yang dilakukan oleh rakyat India. Mereka merupakan kumpulan manusia teramai berhijrah meninggalkan negara sendiri (11.4 juta) dan membina hidup baru di tempat-tempat baru. 


Mungkin ada yang tanya, KL camne?


Hmm, kalau tak ada dalam senarai tu maknanya masih baiklah orang-orang yang menghuninya, kan? Tahniah orang Kolumpo....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…