apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.6.11

bahasa SMS, chatting jejaskan mutu Bahasa Melayu. setuju?

1. askm, da mkn?  
2. lom g? 

1. nper?
2. x yah ty. x ske!
1. nper nk mrh2 nih?
2. ske ati sy rr.....

bayangkan kalau murid sekolah buat dialog di atas masa jawab soalan Bahasa Melayu SPM. buatnya pula si cikgu pemeriksa kertas tak pernah berSMS atau chatting di facebook mahupun laman sosial lain. rasa-rasanya, cikgu tu faham tak apa murid tu tulis? hmm, aku rasa...murid tu sengaja menempah 'kehilangan markah' dalam periksalah jawabnya. 

Fenomena murid  sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter. Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan murid terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.
Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah: 
Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).
gejala ini akan menyebabkan beban guru bertambah kerana perlu memberi tumpuan lebih kepada pelajar untuk menasihat dan menegur supaya tidak terus menggunakan bahasa SMS dalam penulisan formal. 

antara langkah membendung yang dilakukan guru ialah menghukum pelajar menulis semula bahasa SMS digunakan dengan perkataan formal bersesuaian sebanyak 100 kali sebagai pengajaran bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan.

selain menggunakan bahasa SMS, murid juga menulis ayat pendek, bahasa songsang dan bahasa rojak.
Ia amat mendukacitakan guru bahasa Melayu kerana pelajar bukan saja dikesan melakukan kesalahan ejaan, malah membina ayat pendek dan tergantung serta melanggar tatabahasa. Lebih teruk lagi ada pelajar mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau membuat ejaan baru dalam karangan yang akhirnya mewujudkan pelbagai versi ayat atau perkataan baru dalam penulisan mereka.
buatlah sesuatu supaya masalah tidak semakin teruk. kalau tidak dibendung sekarang, bila lagi? guru-guru BM kena sepakat mencari jalan supaya penggunaan singkatan ini tidak digunakan di dalam peperiksaan.


4 ulasan:

  1. SETUJU!!! sbb lepas tu dh keliru nak eja perkataan yang sebetulnya mcm mana.. lepas tu, bhs rojak..sakit telingaaa

    BalasPadam
  2. setuju sangat dengan puan penulis!(^_^)

    BalasPadam
  3. @Anonymous
    tp ada gak yg baiknya, ia mudahkan dan cepatkan tulisan hehe...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.