apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.6.11

Makanlah Pisang

Assalamualaikum.....


Anda suka makan pisang, tak? Tak suka? Eehh, jangan! Anda mesti suka tau! Kenapa? Okey... aku senaraikan kebaikan memakan pisang. 

1. PISANG senang didapati di Malaysia. Murah dan ada sepanjang tahun.

2. Sebiji pisang boleh mempunyai sehingga 600 mg potassium. Kandungan potasium yang tinggi dalam pisang  menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

3. Senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas. Ini membantu mengatasi masalah sembelit. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

4. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. 

5. Pisang membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

6. Penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

7. Pisang mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

8. Bagi orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

9. Wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. 

10. Mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.

11. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

Amacam? banyak kan khasiat pisang? Makan, ya! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.