Langkau ke kandungan utama

anak-anak amanah untuk kita....


membaca kisah 'keberanian' budak perempuan di zaman ini yang masih berada di luar rumah walaupun jam dah pukul 4 pagi, menggerunkan aku. aku yang dah tua ni pun, tak berani nak keluar malam-malam camtu tapi remaja perempuan sekarang (tak semua) sanggup jadi burung hantu kerana ingin bersama-sama pakwe. sudahnya, diri sendiri tergadai. maruah tercemar. dara hilang......

ironinya, bila balik ke rumah dan bercerita kepada keluarga, maka.... mereka pun dianggap 'dirogol'.aduan polis dibuat supaya teman-lelaki ditangkap. 

baca kisah di bawah:


Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa. sebelum kejadian, dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi. kerana seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.
“Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” 
Mangsa kemudian dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ. sampai di rumah, mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek. Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian. kedua-dua suspek terbabit kemudian ditahan. 

bagi akulah.... menjaga anak perempuan bukan mudah. sebab, perempuan ni ada 'harta' yang perlu dijaga. hilang harta tu, malu jadinya. macam-macam fitnah akan timbul. sebab tu mak pak tak boleh terlalu berlembut dengan anak perempuan. toksahlah dibenarkan keluar sampai larut malam malah... senang cakap, jangan bagi keluar malam. 

biar diorang marah kita kerana terlalu bertegas jangan dia orang benci kita kerana membiarkan dia orang hanyut dalam godaan yang ada di sekeliling mereka. kalau benda buruk dah terjadi, dah tak guna dah. menangis air mata darah ke, air apa ke... tak  boleh mengembalikan maruah yang hilang. 

kita terlalu leka mengejar dunia di zaman serba mahal ini. tapi, Allah amanahkan kita anak-anak yang perlu diberi perhatian dan didikan. jangan taksub mencari rezeki sehingga anak tidak kenal kita. jangan taksub mencari rezeki sampai anak terbiar. jangan taksub mencari rezeki sampai tak tahu apa yang anak-anak buat di belakang kita. 

esok-esok bila kita mati, apa kita nak jawab bila Allah tanya tentang amanah yang diberiNya kepada kita?!!!

wallahualam.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…