apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.6.11

Aku ada Kamu

_____________________



“Nad....”

“Apa lagi?”

“Kenapa kau tak kahwin lagi?”

Wajah Zulfi yang bertanya ditenung macam nak telan.

“None of your business!”

“Sebab kau masih rindukan Zul, kan?” tanya Husna.

Bulat mata Fatin Nadia.

“Kau masih cintakan Zul?”

Fatin Nadia menahan nafas. Badannya dirasakan bergegar. Suaranya bergetar bila dia bercakap, “Korang bawak aku ke sini sebab nak tahu perasaan aku? Kenapa? Kenapa kalau aku masih rindukan Zul? Cakap, Husna! Kalau aku masih cintakan Zul, kau nak buat apa? Nak aku jadi madu kau? Kau nak aku kahwin dengan Zul?”

Sahabat-sahabat baiknya itu saling berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk. Dan berkata serentak.

“Ya!”

Air mata yang ditahan mengalir laju menuruni pipi bila Fatin Nadia mendengar pengakuan itu. Sebak sungguh perasaan.

“Zul tak pernah berhenti mencintai kau, Nadia. Zul tak pernah berhenti mengingati kau. Dan aku yakin, kau juga tak pernah berhenti mencintai Zul. Sebab itu, aku ingin kembalikan Zul pada kau. Aku pinjam dia sekejap. Sekarang kau dah balik, jadi, kau berhak bahagia dengan dia. Cuma, aku harap, kau beri aku ruang untuk menumpang satu sudut dalam kehidupan korang berdua nanti. Aku janji, aku tak akan kacau kau. Cuma, aku harap Zul tak ceraikan aku, itu saja.”

Fatin Nadia bangun tergesa-gesa. Habis jatuh kerusi yang baru didudukinya. Dia ingin pergi dari situ. Ingin segera pergi meninggalkan dua orang insan yang gila di hadapannya ini.

“I am not that desperate nak rampas suami kawan baik aku sendiri!” 
________________________

Tak boleh panjang-panjang! Itu ialah petikan cerpen ke 45 yang akan aku selitkan dalam e-cerpen Ana Sofiya. Sesiapa yang mahu tahu kisah selanjutnya, kenalah beli e-cerpen tu. hehe.....

oh ya, itu ialah sambungan cerpen Antara Dua. Ingat lagi pada Fatin Nadia, Zulfi Rahimi dan Husna Kamilla? 

8 ulasan:

  1. ala kak..da siap ke..
    nnti bgth ya

    BalasPadam
  2. kak sofi ni saje ye,nak bagi kitaorg suspen...kuikuikui..

    BalasPadam
  3. @MaY_LiN

    may lin belum lagi, sabar ya..hehe

    BalasPadam
  4. xpa..janji akak sambung..
    sambung jugak cite ni akhirnya..
    hikhikhik

    BalasPadam
  5. x sabar nk tunggu... dah siap nti inform ye kak.. sy nk..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.