Follow Us @soratemplates

30.6.11

Wardina! Aku suka ketegasanmu!

Jun 30, 2011 6 Comments

Assalamualaikum.....

Menjadi public figure memang sentiasa diintip. 
Ada saja yang ingin mengambil tahu tentang mereka. Apatah lagi kalau perkara tu d..bom! 
Wah, bukan main lagilah! 

Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, juga tidak terkecuali. Heboh kisah dia masuk PKR. Pulak dah! Banyak blog hentam sama dia sebab join PKR... tentu sajalah blog orang UMNO, kan?

Tapi, bila Wardina beri tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog, aku jadi hairan juga. Takkan dia marah sebab orang kaitkan dia dengan PKR kut? Kalau tak benar, biarkan ajelah. Lama-lama, bila letih, diamlah blogger-blogger yang nak trafik tinggi tu. Ewah!

Tapi, aku yakin, Wardina marah bukan sebab tu. Dia sedih sebab gambar lama dia masuk di blog2 berkenaan. Masyaallah, kalau iya pun geram sebab Wardina masuk PKR (kalau betullah?), kenapa mesti tunjuk gambar ketika dia belum menutup aurat? 

Baca ni...
Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.
"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka. Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," 
Bagus, Wardina! Syabas! Memang kak sofi sokong tindakan anda. 

Tak bolehkah masukkan gambar terbaru? Yang nak masukkan gambar lama tu apasal? Kepada blogger yang dimaksudkan oleh Wardina itu, belajar-belajarlah menghormati perasaan orang lain.

Jangan pernah tinggalkan aku!

Jun 30, 2011 12 Comments
Bunyi enjin kereta mengaum di hadapan rumah menyebabkan Aiza melompat turun daripada katil. Laju kakinya melangkah ke tepi tingkap. Dengan berhati-hati, langsir diselak sedikit untuk memerhati ke hadapan pintu pagar rumah berkembar dua tingkat itu. 


"Thanks, sayang. You tak nak masuk dulu?"


Kenal benar dia dengan suara lembut adiknya, Izati. Ya, Izati memang lemah lembut orangnya. Tidak seperti dia, gadis tomboy yang sering menjadi kemarahan ayah dan ibu mereka. Cantik sungguh Izati berbaju kurung warna biru dengan tudung ala-ala si Hana Tajima. Memang menancam habis gayanya, manalah lelaki yang seorang itu tidak tergoda. 


"Lain kalilah I masuk, ya. Kirim salam pada mak cik dengan pak cik." 


Suara garau itu menyahut. Suara sedap, gaya apatah lagi. Jauh lebih hebat daripada si Aaron Aziz, hero pujaannya. Jauh lebih tegap daripada Remy Ishak dalam filem Cun. 


Aiza terus memerhati. Entah apa pula yang mereka di bawah itu bisikkan, dia tak pasti cuma suara mengilai adiknya yang macam Pontianak Harum Siang Malam tu tetiba kedengaran. 


Argh, Fizwan memang pandai berlucu. Sejak dulu lagi dia begitu. Sikap itulah yang pernah membuat hatinya tertarik kepada lelaki itu. Malangnya, Fizwan tak sukakan dia. Tentu saja tidak! Siapa yang suka pada gadis yang beraksi seperti seorang lelaki, kan? 


"Okey, I balik dulu. Jangan nakal-nakal tau!" 


"Alah, you ni.... you tu yang nakal!" 


Kemanjaan itu buat Aiza memandang ke bawah sekali lagi. Untuk memerhati lelaki itu pergi. Namun hati tersentap bila lelaki itu mendongak. 


Makkk, dia tahukah yang aku selalu mengintai ni? desi dalam hati sambil menyembunyikan diri. Namun sekilas dia dapat melihat sekuntum senyum terukir pada bibir lelaki itu. 


"Bye, sayang..."


Errr.... kenapa dia rasa macam Fizwan mengucapkan itu kepadanya? Buru-buru dia memandang ke bawah. Fizwan masih mendongak dan ketika saling bertentang mata, senyum itu berubah jadi sengih. Lelaki itu kemudian terus masuk dan pergi bersama sengihan itu. 


Aiza yang  masih berdiri di tepi tingkap terkedu.
>>>>>>>>


Cerpen ke dua untuk pembeli e - cerpen bakal menyusul nanti!





Hati

Jun 30, 2011 2 Comments
Assalamualaikum.....


Kata Al-Ghazali: 
- Hati manusia menjadi tiga bentuk; 
1)  hati yang sihat
2) hati yang sakit 
3) hati yang mati. 

Hati yang sihat mampu memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Hati yang sihat kenal betul dengan Allah, sifatNya dan kemuliaanNya.

Hati sihat selalu bersyukur atas nikmat, sabar dan redha akan takdir dan dugaan yang Dia berikan. Hati yang mampu berma'rifat (mengenal Allah) ini adalah salah satu yang menjadikan manusia lebih unggul dari makhluk lainnya. 

Untuk merawat hati yang sudah bercahaya dan memperindahnya maka kita perlu sentiasa mempertahankan dan mengamalkan kebaikan. Hati akan terus bersih, bening dan bercahaya jika kejahatan terus dihindari, jauh dari debu-debu dengki atau takbur. 

Hati yang selamat iaitu hati yang istiqamah dan mampu menetapi kebaikan berbalik hanya pada kebaikan saja. 

Sabda Nabi saw:
"Hai yang membolak balikkan hati tetapkanlah hatiku dalam agama-Mu dan taat pada-Mu'. 
Mengenai hal ini Allah juga berfirman: 
Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat (qalbun salim) 
(QS. 26, as-Syura: 88-89). 

Hati yang bening mampu menjaga kelakuan, menahan pandangan, menjaga lisan, perut dan mampu memilih pergaulan yang baik. 

Hati menjadi suci dan bening kerana tidak ada tingkah laku yang mengotorinya, sentiasa ingat pada Allah, istiqamah berterusan tanpa henti.
Mengenai pentingnya menjaga mata Nabi SAW bersabda: "Pandangan itu salah satu panah dari panah iblis yang berbisa. Siapa saja yang meninggalkannya kerana takut pada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang terasa sangat manis di dalam hati." 
(HR. al-hakim). 
Mengenai menjaga lisan Nabi SAW bersabda: 
"Setiap ucapan bani adam itu membahayakan dirinya (tidak memberi manfaat), kecuali kata-kata yang berupa amar ma'ruf nahi munkar (mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan) dan zikrullah." 
- (HR. Tirmidzi). 

Hati adalah pusat kebaikan dan kejahatan. Hati adalah ibarat Raja yang punya hak veto dalam memerintah seluruh anggota jasmani untuk berbuat baik atau jahat. Oleh karena itu bersihkanlah ia, beningkanlah dari segala kotoran, isilah dengan sifat-sifat yang baik agar ia tetap terang benderang,  bersinar dan bercahaya serta mudahnya berbalik terus dalam kebaikan dan taqwa. 

Marilah kita sama-sama:
1. mencari ilmu hati, ilmu yang bermanfaat untuk membersihkan hati, bermanfaat bagi diri, keluarga dan masyarakat. 
2. membersihkan hati dari sifat-sifat tercela 
3. mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji yang dimulai dari sifat zuhud (tidak mengejar kesenangan hawa nafsu dunia saja) dan mujahadah (bersungguh-sungguh menuju Allah) 4. istiqamah dan berdo'a agar hati tetap bersih, bening, bercahaya dan hanya berbalik dalam dan untuk kebaikan saja. 

terima kasih gagakmas

29.6.11

Rambut cantik untuk wanita bertudung

Jun 29, 2011 4 Comments
Assalamualaikum.....


Wanita Melayu kebanyakannya bertudung. Rambut terlindung. Bersih ke hapak rambut tu? Hehe... jangan marah, aku melawak aje....

Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur. 

Ada pendapat cakap, anda sikat rambut bila perlu sahaja. Cuma janganlah biarkan ia sampai tidak terurus. Jika anda  
selalu sangat menyikat rambut, ia akan menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

Satu lagi! Jangan gunakan alat pengering rambut supaya rambut anda tidak mudah kusam. Jika anda tetap nak guna alat pengering rambut itu, gunakannya pada suhu yang tinggi supaya rambut cepat kering.

Beberapa nasihat berguna:

1. Kurangi pemakaian pewarna dan ubat-ubatan berasaskan bahan kimia pada rambut anda

2. Gosoklah permukaan kulit kepala menggunakan jari-jari tangan secara lembut di kala anda membasuh rambut dan membilasnya

3. Tidak meletakkan shampoo secara langsung ke permukaan rambut, melainkan rambut terlebih dahulu dibasahkan dengan menggunakan air hangat

4. Bilaslah rambut dengan baik untuk menghilangkan sisa-sisa shampoo yang masih tersisa sehingga anda akan mendapatkan kemilau

8. Untuk rambut kering gunakan kuning telur dicampur dengan seperempat mayones. Dianjurkan agar merendam rambut dengan air hangat dan dibiarkan selama 4 jam setelah itu bilaslah dengan air yang dingin.

harap info ini berguna untuk kita bersama...

Umur 18 tahun dah nak kahwin? Gatalnya!

Jun 29, 2011 8 Comments
Assalamualaikum.....

Agaknya itulah yang emak bapak akan jerit bila anak dara mereka yang baru berumur 18 tahun sibuk minta dirinya dikahwinkan. 

"Mak, orang nak kahwin ngan Mad. Mak bapak dia nak masuk meminang. Diorang nak datang merisik dulu minggu depan!" 

Mesti berasap kepala mak bapak!

"Kamu ni!!!! Umur kamu baru 18 tahun dah gatal nak kahwin? Belajar pun tak habis lagi! Masak pun tak reti! Kemas katil pun herot petot, ada hati nak menikah? Ni, sah! Mesti dah kena ilmu pengasih ni!"

Persoalannya ialah, salahkah kalau anak kita minta dikahwinkan? Mengapa kita marah sangat dengan permintaannya? 

Mana lebih baik?

Kahwin muda dan halal ke sana ke mari berdua antara lelaki dan perempuan kerana mereka suami isteri dan kita tak perlu risaukan mereka 

atau

Umur 23, 24 atau 27 sekalipun namun masih ingin menikmati zaman 'kapling'. Berdua-duaan juga ke sana sini, bezanya, hubungan masih ajnabi.... ada batas-batas yang perlu dijaga!

tepuk dada tanya iman, kata orang sekarang... so sebelum menjerkah anak gadis yang baru berumur 18 tahun yang nak menikah, fikir dulu ya wahai emak dan ayah??

28.6.11

Kau bukan tulang rusukku!

Jun 28, 2011 4 Comments
Ketika mata bertentangan, sambil tersenyum, Raihana bertanya kepada kekasih hatinya. 


"Abang sayang Hana?" 

Akif membalas senyuman kekasihnya sambil mengangguk. Sungguh-sungguh dia mengangguk, mengharap kecurigaan hilang dari hati Raihana.

"Siapakah Hana dalam hati abang?"

Lama Akif memikir sebelum menjawab begini, "Hana tulang rusuk abang! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki  mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hati.”

Bahagianya rasa hati mendengar jawapan Akif. 

Mereka berkahwin tidak lama kemudian. Di awal perkahwinan, memanglah bahagia namun lama kelamaan, masing-masing menjadi sibuk dengan karier masing-masing. Masa untuk suami dan isteri langsung hilang. Lepas tu mulalah pandai merasa bebal. Suami marah isteri, isteri marah suami. Hingga ke satu tahap, Raihana menjerit marah, 

"Hana nak keluar. Panas!" 

Raihana mengemas beg dan berlalu keluar. Fikirnya Akif hendak memujuk, malangnya, lain yang terjadi. 

Akif membalas penuh kemarahan, "Merajuklah tu. Ingat orang nak pujuk dia!" 

Raihana berhenti melangkah. "Abang tak nak pujuk Hana? Kenapa? Dah tak sayang Hana dah?" soalnya. 

Akif benci sebab dia rasa Raihana bersikap seperti budak-budak. Bila berkelahi, Raihana mesti merajuk. Menyampah betul dia! Lalu dia membalas, "Sayang? Tak! Abang menyesal kahwin dengan Hana. Tak matang. Hana ni bukan tulang rusuk abang dah!"

Perasaan seorang wanita terlalu sensitif. Mendengar Akif berkata begitu, hatinya terlalu terluka. Kalau tadi dia sekadar menguji, kini dia benar-benar ingin pergi. 

Biarlah berpisah! Kerana dia bukan tulang rusuk Akif. Dia bukan Hawa kepada Adamnya! 

Sedih sungguh!

Perpisahan menyedarkan Akif bahawa dia sudah mematahkan tulang rusuknya. Dia ingin mencantumkannya semula. Dia berusaha memujuk namun hati Raihana terlalu keras. 

Katanya pada Akif, "Janganlah dijilat ludah sendiri, bang!" 

Sakitnya dada Akif. Dia tahu, kesakitan itu kerana dalam tubuhnya, dia sudah tidak punya tulang rusuk yang menyempurnakannya. 

Satu hari Akif mendapat khabar bahawa Raihana dimasukkan ke hospital. Raihana sakit. Rupa-rupanya, bekas isteri Akif itu mengidap kanser. Seminggu Akif berulang-alik ke hospital  sehinggalah satu saat, Raihana dijemput pulang. 

Sebelum meninggal dititipkan pesan kepada Akif, 

"Jangan sedih bila mengenangi Hana. Hana bukan tulang rusuk abang. Satu hari nanti, abang pasti akan temui tulang rusuk yang baru."

Tahulah Akif betapa kecewa Raihana dengan kata-katanya dahulu tapi apa hendak dibuat lagi? 

Sayang semuanya sudah terlambat. Hiduplah bersama kesalan.....

Terima kasih, anon!

Jun 28, 2011 2 Comments
Assalamualaikum.....
Indra Putra
Jgn la kita mendengar sebelah pihak,Tak baik Kira menfitnah tanpa degar lg penjelasan si suami,rm3k sebulan,Rumah Indra bayar,keta Indra bayar,apa lg so nurlianton Murni nak,Tak cukup anda memaki mak mertua anda,yaitu mak Indra,anda menfitnah sana sini plak,ingatlah la wahai janda indra,Allah tidAk pernah tido,dia tau segala nye,anda boleh buruk kan siapa sajer,anda Tak malu pada bekas mak mertua, n bekas suami anda,tp malu la pada Allah..mints pada wartawan,dptkan kebenaran Dari Indra dah juga mak Indra...
Dah baca? Jawapan di atas aku dapat daripada komen seorang anon untuk entri bertajuk habis manis sepah dibuang. Aku harap anda semua buka balik dan baca untuk lebih memahami entri ini. 

Terima kasih anon. Seperti yang aku tuliskan dalam entri itu, kita sebenarnya tidak tahu cerita sebenar yang berlaku dalam rumah tangga pasangan Indra Putra dan bekas isterinya itu. Si bekas isteri mengadu dalam harian metro, dan kita fikir ....... 
Aduhai, kasihannya dia??
Aku ingin meminta maaf kepada Indra dan keluarganya jika apa yang aku tulis mengecilkan hati mereka tapi aku harap mereka tahu yang aku tidak berat sebelah, ya. Baca ni...
tapi, sekali lagi, cerita ini baru didengari daripada pihak bekas isteri. kita kenalah adil.... x boleh terus nak marah si suami, indra putra, pemain bola tu. siapa kita nak marah-marah sedangkan hal jodoh pertemuan ni urusan Dia kat atas sana, kan?
Aku harap, semuanya berakhir dengan baik. Hidup di dunia hanya sekejap. Kita semua hendak ke sana. Berhentilah memburuk-burukkan orang yang pernah tidur sebantal dengan kita. Kenangilah yang baik-baik sahaja. Kalau ingat yang buruk, apakah kita ini tidak membuat kejahatan? Apakah tidak ada keburukan diri kita untuk dia pula menghebohkannya? 

Fikir-fikirkanlah!

Menjaga orang sakit

Jun 28, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

Anda pernah jaga orang sakit tak? Anak? Suami? Isteri? Emak? Bapa? Kalau pernah, tentu anda tahu apa perasaannya, kan? 

Mula-mula jom kita baca adab menjaga orang sakit.

· Aspek rohani
1. Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
2. Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
3. Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

· Aspek emosi
1. Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
2. Memahami keperintannya menaggung kesakitan
3. Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

· Aspek fizikal
1. Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
2. Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
3. Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

Apa jadi kalau kita tak beri perhatian kepada orang sakit?
1. Kita menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggungnya.
2. Kita akan menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup 


Orang selalu melontarkan simpati apabila mengetahui seseorang itu didiagnosis menghidap sesuatu penyakit, lebih-lebih lagi jenis penyakit yang kritikal seperti barah. Tapi tahukah anda bagaimana perasaan orang yang dekat dengan pesakit? Apa perasaan ibu bila anaknya sakit? Atau apa perasaan adik bila kakak sakit? 

Kadang-kadang orang tak endah perasaan yang menjaga padahal, sebenarnya orang yang menjaga orang yang sakit terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah. Leteran, kemarahan, rajuk, tangis semua.  

Tanpa kita sedari, rasa simpati dan rasa belas itu hanya difokuskan kepada ‘derita’ empunya badan yang menanggungnya sahaja tanpa memikirkan kemelut emosi yang terpaksa dilalui oleh si penjaga pesakit atau caregiver.

Penjaga pesakit merupakan seseorang yang menguruskan pesakit yang bergantung sepenuhnya atau bergantung separa untuk hal-hal pengurusan diri.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa penjaga pesakit juga berdepan dengan banyak masalah terutamanya dari segi emosi tatkala menjaga ahli keluarga yang memerlukan perhatian mereka.

Bukan mahu mengeluh mengenai khidmat yang dicurahkan atau menganggap amanah itu sebagai beban, penjaga pesakit juga berhadapan dengan isu tersendiri.

Mereka sebenarnya memerlukan kekuatan bagi mengurus pesakit yang dijaga tanpa mengabaikan penjagaan diri mereka sendiri.

Banyak kemelut emosi dan fizikal yang mereka rasai tidak dapat dilihat secara zahir. Penjaga pesakit turut berdepan dengan keadaan yang mengundang stres, rasa bersalah dalam diri, takut, murung, kelesuan dan sebagainya.

Kesimpulan, apakah yang sangat perlu ketika menjaga seorang yang sakit?

Jawapannya..... sabar. Ya, bersabarlah! Allah ada untuk kita mengadu apa-apa saja kepadaNya. 



27.6.11

Solat

Jun 27, 2011 0 Comments
Assalamualaikum.....

Bulan Rejab ialah bulan Allah. Milik Allah. Bulan bila Allah mula perintahkan kita agar menunaikan solat kerana solat adalah ketetapanNYA. 

Solat bukan direka-reka oleh manusia sebab itu jika kita benar-benar fahami, kita akan dapati bahawa solat itu suatu amalan yang cukup hebat.

Melalui solat, kita dapat:

1. Merasa kesempurnaan Allah. 

2. Mendidik hati dan jiwa 

3. Menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung.

4. Menimbulkan pelbagai kekuatan bagi individu mahupun bangsa (dengan syarat ada ilmunya dan faham, dan solat itu benar-benar dijiwai dan dihayati) 

Beberapa contoh bagaimana solat dapat membina sifat positif: 

1. Rajin  
a) Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita kena rajin. Sifat rajin tidak boleh dilakonkan atau dibuat-buat. Ia mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah. 

Di dalam solat kita memuja dan memuji Tuhan. Kita akui Allah Maha Suci, Tuhan pentadbir dunia dan akhirat. Hati kita rasa bertuhan, rasa Tuhan itu besar. Kita rasa, Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita. Kita juga membuat janji dan ikrar yang semua solat, ibadat, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan. 

b) Solat dan ibadat dipisahkan walhal solat pun ibadat juga. Itu tandanya solat itu ibadat penting, utama dan pertama dari ibadat lain, sama ada yang wajib atau sunat. 

Kita bertungkus-lumus melakukan semua ibadat. Hidup dan mati itu pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan. Boleh jadi ia perkara ibadat, boleh jadi tidak. 

Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadat ataupun tidak. Tetapi kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita menjadikannya ibadat. Jadi mana boleh rehat-rehat. 

Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Ini dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. 

Segala macam perkara yang menjadi ibadat kita lakukan. Perkara yang harus pun kita jadikan ibadat. Maknanya solat itu membunuh sifat kemalasan. 

Orang yang kuat hubungannya dengan Allah, dia mesti banyak berhubung dengan manusia. Jika betul takut dan cinta Tuhan, akan bertambah cinta kepada manusia. Itu sepatutnya natijah atau hasil dari solat. 


2. Berjiwa besar 

Hasil dari solat ialah rasa beriman dan bertakwa. Kalau itu yang kita rasa, akan timbul rasa berjiwa besar. Sebab orang yang beriman dan bertakwa itu, Allah kata (maksudnya): “Dia orang Aku.” Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya pelbagai perkara dan Tuhan tidak mungkir janji. Janji Tuhan pasti Tuhan tepati. 

Apa janji Allah kepada orang mukmin, orang bertakwa dan orang yang sudah menjadi orang Tuhan? Tuhan janjikan kepadanya keselamatan, kewangan, kehidupan, kepandaian dan kemenangan. 

Tuhan mempunyai ramai rijal yang ghaib. Angin, air dan bermacam-macam lagi adalah tentera Tuhan. Allah boleh arah mereka bertindak. 

Kalau begitu keyakinan kita hasil dari solat, dari solat itu kita akan beroleh jiwa yang besar. Orang yang sudah menjadi orang Tuhan, ada sesuatu yang paling besar pada dirinya yang tidak ada pada ciptaan lain. 

Orang melihat gunung, tidak ada yang masuk Islam. Orang tengok laut, tidak ada yang menangis kerana berasa insaf dengan kebesaran Tuhan. 

Tetapi dengan melihat orang yang bertakwa, manusia boleh masuk Islam tanpa banyak hujah. Bila tengok sahaja orang bertakwa, tergerak hati mereka hendak bertaubat kepada Allah. 

Orang bertakwa itu adalah ciptaan Tuhan yang paling hebat. Orang boleh terpukau dengannya. Dia pemaaf, berkasih sayang, suka mengutamakan orang lain, belas kasihan dan kalau ada orang buat jahat padanya, dibalasnya dengan kebaikan. 

Dia tidak boleh tengok orang susah. Apabila tengok orang pasti dibantunya kerana dia simpati dengan kesusahan itu. Orang yang berjiwa besar sentiasa mahu melahirkan tanda kebesaran Tuhan pada dirinya. 

Tuhan Maha Pemurah, dia pun mahu jadi pemurah. Tuhan buat baik pada orang yang buat jahat pada-Nya, dia pun mahu buat baik pada orang yang buat jahat padanya. 

Betapa tidak, orang sekutukan Tuhan, maki Dia, mengata Dia, tolak suruhan-Nya, tidak solat, berjudi, minum arak, tetapi Tuhan tetap layan mereka. Tuhan tetap bagi makan minum, anak dan isteri kepada mereka. 

Maha Besar Tuhan yang menghadiahkan solat. Siapa yang menghayatinya, dia akan berjiwa besar. Bangsa yang menghayatinya akan menjadi bangsa yang berjiwa besar.