Langkau ke kandungan utama

zizan pun lakon video lucah juga? wah..trend memfitnah dengan cara ni sekarang, ya?

kalau dah terkenal, memanglah banyak dugaannya. tapi, jika anda tabah menghadapi, dan cool aje macam zizan nin, hmm, makin banyaklah yang meminati anda. kan zizan, kan?


SEPANJANG lapan tahun berkecimpung dalam bidang seni, pelakon kacak Zizan Nin mengakui sudah bermacam-macam pahit getir dilalui, sekali gus menguji ketabahannya sebagai anak seni. Ujian yang paling teruk yang pernah melanda hidupnya ialah ketika dia dikatakan sudah lupa asal usul dan meminggirkan keluarganya. Terbaru, nama Zizan dituduh pula beraksi dalam video lucah bersama lelaki di Internet dan heboh diperkatakan orang dalam industri seni tanah air ketika ini. 




Gosip video lucah itu tercetus apabila wakil media bertanya kepada pelakon itu ketika majlis Zizan bersama peminat meraikan ulang tahunnya yang ke-38 yang berlangsung di Lewre, pusat beli-belah Mid Valley, baru-baru ini. Lebih bermakna, majlis dikendalikan syarikat pengurusan Aquila Emas Sdn Bhd juga dihadiri keluarga terdekat Zizan dan isterinya yang juga penyampai berita Edisi 7, Saluran Ceria Anda ntv7, Fazilah Hani Harun. 


"Sebenarnya, ini kali kedua saya dikaitkan dengan isu video lucah kerana empat tahun sebelumnya, saya pernah dikaitkan beraksi dalam video lucah dengan seorang wanita. Saya dapat tahu mengenai gosip itu ketika di lokasi penggambaran drama dan lelaki itu juga dikatakan mirip dengan saya dalam video dari seberang itu.

Namun, cerita itu juga senyap begitu saja. Kini, saya dikaitkan sekali lagi dengan video lucah bersama lelaki pula. Saya terkejut kerana tidak tahu menahu langsung mengenai dakwaan itu dan saya menafikan ada melakukan perkara sedemikian. 





Namun, saya tak dapat nak komen selanjutnya sebab saya belum melihat lagi video lelaki yang dikatakan mirip wajah saya itu. Ini adalah satu fitnah yang sengaja dibuat untuk mencemarkan reputasi dan karier saya. Walaupun implikasinya tetap ada namun saya yakin kebenaran ada di pihak saya." 


best cara zizan jawab. cayalah!! usah layan, zizan. biarkan! lama-lama, diamlah orang yang dengki pada awak tu! biasalah zaman sekarang ni.... video lucah je yang boleh panas huhu....


okey..... pada yang belum pernah tengok gambar zizan n wife dia..layan ya!






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…