Langkau ke kandungan utama

untuk semua penyokong MU ya...


MU berjaya membuktikan bahawa pasukan ini paling unggul di Premier League. Setuju tak penyokong MU? hehe....

hai, janganlah kengkawan peminat novel yg x minat MU lari pulak lepas ni....


LONDON – Manchester United kini semakin hampir untuk merangkul trofi Liga Perdana England buat kali ke-19 selepas menewaskan pencabar terdekat, Chelsea 2-1 di Old Trafford awal pagi tadi.
Dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan, United hanya perlu mengutip satu mata daripada dua perlawanan menentang Blackburn Rovers di gelanggang lawan atau Blackpool di tempat sendiri nanti.
Jika segalanya berjalan lancar, United bakal menjadi pasukan paling banyak memenangi kejuaraan liga domestik, sekali gus mengatasi rekod Liverpool sebelum ini iaitu 18 kali sejak 21 tahun lalu.
Manakala bagi Alex Ferguson yang sudah 25 tahun bersama United, jika ia menjadi kenyataan, ini adalah kali ke-12 dia mengecapi kejuaraan itu selaku pengurus pasukan.
Perlawanan awal pagi tadi bagaimanapun tidak seperti yang dijangka apabila United hanya memerlukan masa 30 saat untuk membolosi kubu Chelsea hasil jaringan Javier Hernandez selepas diumpan Park Ji Sung.
Nemanja Vidic menambah derita Chelsea dengan menanduk masuk gol kedua pada minit ke-23 hasil hantaran Ryan Giggs.
Hanya di babak kedua, Chelsea mula menggandakan asakan dan memperoleh gol saguhati menerusi Frank Lampard pada minit ke-69.
Kejayaan menewaskan Chelsea itu membolehkan United terus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini dengan 17 kemenangan dan satu seri.
Kemenangan tersebut meletakkan United enam mata di depan dengan mengumpul 76 mata manakala Chelsea kekal di tangga kedua liga selepas Arsenal tewas mengejut 1-3 kepada Stoke City di tempat lawan pada perlawanan terdahulu.
Keputusan itu menyaksikan Arsenal yang menewaskan Manchester United 1-0 minggu lalu terkeluar sama sekali dalam persaingan merebut kejuaraan liga musim ini. - Agensi
sumber: kosmo

Ulasan

  1. hhehe lepas 1st goal, terus cam terkejut..bertambah2 sakit kepala hahhaha

    -dblues's fan-

    BalasPadam
  2. ozzy, blues tu sumer org2 tua..dah x larat dah hehe.....
    jgn mareee...

    BalasPadam
  3. hahah ozzy bukan peminat tegar smpi nk marah2 kalau org kutuk kak sofi..wahaha

    tp apapun mmg suka tgok arsenal-mu last week, bertubi2 diorg bg

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…