Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

selamat hari guru, semua. bukan saja untuk guru malah untuk semua orang....... dah jemu dengan sajak usman awang so, thn ni tukar kepada ...

untuk aku seorang guru, juga untuk kamu, dan kamu...

By Mei 15, 2011


selamat hari guru, semua. bukan saja untuk guru malah untuk semua orang.......

dah jemu dengan sajak usman awang so, thn ni tukar kepada sajak ini. x terkenal sangat penulisnya tapi.. mesejnya jelas untuk kita hayati...

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.


Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.