Langkau ke kandungan utama

Tragedi tanah runtuh - operasi bersambung semula jam 8 pagi nanti

Lenyap sekelip mata
“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam. 


Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.


“Saya baru turun untuk ke khemah tetapi ternampak runtuhan pasir. Saya terkejut dan menjerit supaya mereka keluar dari dewan. Ada yang sempat lari, tetapi ramai yang tertimbus.


Manpukah agaknya anak ini melupakan tragedi menyayat hati ini nanti? Mampukah melupakan jerit pekik kawan-kawan? mampukah melupakan gambaran pilu, terkejut dan kesakitan mereka yang tertimbus?


“Saya diselamatkan orang kampung yang kebetulan datang menyelamatkan saya dengan menggali tanah. Ketika itu, saya mengelap kerusi untuk persediaan menyambut tetamu di bawah khemah,” kata Mohd Jihat, 14, yang berada di bawah khemah dan tertimbus sehingga paras pinggang.


Seorang lagi pelajar, Wan Ahmad Huzamuddin Izrullah, 15, berkata pada awalnya dia melihat pergerakan tanah sedikit tanpa mencurigai apa-apa, namun tiba-tiba desiran pasir yang dahsyat, sekali gus diikuti dengan runtuhan tanah menuju ke arah rumah anak-anak yatim berkenaan.


Difahamkan, seramai 28 anak yatim berada di dalam dewan dan khemah ketika kejadian. Anak yatim yang tinggal di rumah anak yatim berkenaan berusia tujuh hingga 17 tahun.


Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.


Pada pukul 4.21 pagi tadi, tiga lagi mayat dijumpai. mereka dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun. manakala mayat kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi. Dengan penemuan empat mayat itu, kesemua mereka yang dilapor tertimbus dalam kejadian itu telah ditemui, kata polis.  . 


Polis berkata operasi mencari dan menyelamat kini dihentikan dan akan disambung pukul 8 pagi ini.


sumber: harian metro.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…