Langkau ke kandungan utama

Tragedi tanah runtuh - kehilanganmu amat dirasai

PILU...Norlaili  menenangkan anaknya Mohd Alif, yang sebak kerana kawan rapatnya,  Hazim, meninggal dalam kejadian tanah runtuh, semalam.

Arwah seorang anak yang baik dan tidak susah untuk menjaganya sejak kecil, malah sebelum kejadian, dia sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanya mengenai persiapan untuk pendaftaran masuk ke Matrikulasi Perak di Gopeng.
kematian memisahkan mereka. kini, hanya kenangan mengiringi pemergian anak sulungnya bagi ibu Dzarhir Haziq M Muin, 18, Zaliah Abdullah, 45, mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, semalam.

“Arwah sering ke madrasah itu pada setiap minggu untuk belajar agama dan mengikuti aktiviti dijalankan penghuni terbabit,” 
Bapa saudara mangsa, Zubir Abdullah, 43, pula berkata, dia mendapat berita kejadian menimpa arwah malam tadi (kelmarin) dan terkejut dengan kejadian menimpa anak saudaranya.
“Sepanjang saya mengenali arwah, dia seorang yang pendiam. Arwah juga sudah setahun belajar agama di madrasah berkenaan. Ibu bapanya yang tinggal di Shah Alam, Selangor akan menghantar arwah pada setiap minggu dan mengambilnya semula pada Ahad,” 
kehilangan anak, kehilangan sahabat...memang memilukan. bagi Mohd Alif Haikal Jasmin, 10, dia gagal menahan sebak selepas mengetahui rakannya, Mohd Hazim Sapri, 10, sudah tiada.
“Saya hanya mengetahui kejadian menimpa Hazim awal pagi ini (semalam) dan terus ke hospital bersama ibu untuk melihat arwah. Saya berkawan dengannya sejak setahun lalu ketika belajar di dalam kelas yang sama di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang dan arwah seorang yang baik,” 
tapi, andai anda melihat sendiri adik anda ditimbus tanah, tentu lebih memilukan, kan?

SYAHDU...jenazah tujuh korban tanah runtuh disembahyangkan  di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Hulu Langat.
“Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik. Saya mahu mengorek tanah mencari adik, namun orang ramai menghalang. Saya terus menangis kerana hanya mampu melihat adik tertimbus di depan mata.” 

-Mohd Awie Abdul Latif, 11

adik awie, Mohd Riezman, 9, adalah antara 16 mangsa yang terkorban.
kata Mohd Awie lagi...
"Ketika itu, Riezman berada dekat dengan saya. Kemudian, ada orang menjerit supaya menyelamatkan diri kerana ada tanah runtuh lalu kami semua segera lari. Saya sungguh terkilan kerana tak sempat menyelamatkan adik,” 
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…