apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.5.11

Tragedi tanah runtuh - Anak yatim yang malang...


Maklumat terbaru: Zaid ashwal, 18, boboy, 10, meninggal dunia. Jumlah terkini, lapan pelajar dan dua penjaga dewasa meninggal dunia. Enam pelajar terselamat dan tiga dewasa manakala enam orang masih terperangkap.

Jumlah terbaru: seorang yang baru dikesan bernama zaid aswad, 18, masih tertimbus. 

10.30 - Jumlah terbaru yang terperangkap ialah 25 orang. Dua maut iaitu Abang Farid, Shahrul.

10.20pm - Seorang berjaya dikeluarkan, Abang Iwan (33), selamat.

Seorang penjaga yang tertimbus selama lebih lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, di sini, hari ini, berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan, 33, itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 10 malam.


SUASANA sekitar Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia ketika operasi 

menyelamat kanak-kanak yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung 

Sungai Gahal di Hulu Langat. - Foto BERNAMA

ORANG ramai turut hadir bagi mengikuti kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan 

Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit 

Razali



PASUKAN penyelamat memberikan rawatan kepada mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

Marilah sedekahkan al fatihah kepada mereka yang telah pergi. marilah juga mendoakan agar yang masih tertimbus akan berjaya dibawa keluar. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.