Langkau ke kandungan utama

terima kasih kepada yang sudah membeli dan membaca cintamu cintaku satu

Ana Sofiya

salam...


terima kasih kak sofi ucapkan kepada anda yang sudah membeli, membaca dan mengomen novel cintamu, cintaku satu. terutama kepada yang sudi memberikan pandangan, tentu sekali sebagai penulis picisan macam kak sofi ni, ia amat diperlukan. 


di sini kak sofi tunjukkan beberapa komen dari kawan-kawan. ooo.... bukan untuk bermegah jika ia satu pujian, tetapi lebih kepada untuk berkongsi rasa. juga, agar dapat menjadi cara untuk mempromot ccs, hehe...


Salmah Abas Sy da abis baca...alhamdulillah bessst..x rugi beli. Tahniah k.sofi
28 April at 09:45 · 

Nor Liza Mohd Zawi heheh..dah abis bace..bestttttt..ingatkn dh x der konflik mcm dlm blog akak tu..tapi byk le plak konflik nyer..puas ati 99% la...heheh...yg lagi 1% x puas ati.. sbb Akmal ngan Azim mati cam tu aje..kalo boleh bia depa tersiksa sikit..suke2 ati nk musnahkn idup org lain..geram niiii...heheh...lepas ni ade buku lg ke??..
Yesterday at 20:44 

dah beli dan habis baca. best.tapi macam terlalu cepat la plak jln cite die. konflik tak berapa thril la cikgu. overall ok.
By Anonymous on Cintamu Cintaku Satu 5 on 4/26/11


salam kak...saya dah habis baca CCS...saya suka sangat...akhirnya terubat rindu jua dekat Taufiq dan Nurul Hana...Tahniah kak atas kejayaan menghasilkan novel yang menarik...saya sentiasa menyokong akak


Salam kak, saya bru habis baca CCS dan saya suka garapan akak yang ini. Tahniah kak!


dah bace CCS!! semalaman je dh abis bce! fuuh! mmg sy salute cikgu sebab mampu buat cerita agak thriller begitu! best sgt!!


Cintamu Cinta Ku Satu done.... Kak Ana Sofiya, best!!!!

buat sementara, inilah sahaja dulu...

thanx, sofi.


Ulasan

  1. kak,nk tnya ckit...rasa2nya d sabah ada sdh ka buku ni??

    BalasPadam
  2. kak sofi rasa blom ada lg sbb fp baru jual di book fair ari tu saja... sabar ek...hehe

    BalasPadam
  3. salam... cite ni mmg best... dh 2x sy khatam baca novel ni... susah betul bila jd ulat novel ni... puas hati... fiq n ana jenis tk gelabah... sweet sgt... fiq syg sgt kt ana.... paling penting, diorg saling mpercayai...

    BalasPadam
  4. thanx salina, 2x khatam ya? hehe..

    BalasPadam
  5. Boleh order online tak untuk novel CCS

    BalasPadam
  6. @Rose
    insyaALLAH, boleh! Nanti kak sofi masukkan linknya di bawah novel di SIDEBAR!

    BalasPadam
  7. minggu lps sampai CCS...so skrg ada 2 novel akak..dua2 best..asyik ulang baca..akak x de Se CCs mcm TMKH?..tunggu novel baru pula...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…