apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.5.11

sumpah laknat

Dalam peruntukan perundangan Islam, bersumpah ialah mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya dan bila ia dibuat seseorang, itu bererti orang itu menyandarkan kebenarannya kepada Allah.

tujuan sumpah?
menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat.

perlu ke? terutama yang dibuat oleh orang politik sekarang ni? 
perkara berkenaan sumpah seelok-eloknya tidak digunakan kerana amalan ini kurang sihat dan  sumpah tu tak perlu kerana proses mahkamah mampu menjamin keadilan bagi semua pihak.

dalam islam, maruah adalah satu isu besar. sebab itu kes yang boleh memalukan dan tidak lagi dipastikan benar atau salah mesti dibicarakan secara adil di tempat perbicaraan yang tertutup.

baca ni:
Sumpah laknat / ‘lian’ hanya wujud untuk urusan suami isteri, iaitu apabila suami menuduh isterinya berzina.
Ini sebagaimana wujud peruntukan di dalam al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8, yang bermaksud: 
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak mempunyai saksi selain diri sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia termasuk orang- orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang berdusta.” 
jadi, bersumpah sambil memegang al-Quran bukan satu keperluan. 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Barang siapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam saja (tidak bersumpah).” 
(Riwayat Al-Bukhari) 

mengapa bersumpah di dalam masjid, siap pegang Quran lagi? nak buat apa tu? 

Menurut mazhab Hanafi dan Hambali, melakukan sumpah di dalam masjid adalah ‘harus’ sebagaimana hadis yang menceritakan pernah wujud kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami dan isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi SAW. (Fath Al-Bari) 

Menurut Mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah makruh. (Fath al-Aziz) 

tapi kita tak mahu kaedah dan cara, khususnya memegang al-Quran ketika bersumpah dan dibuat di dalam masjid itu, menjadi kebiasaan masyarakat keran kita takut sumpah itu disalah tafsir orang ramai yang merasakan ia adalah kaedah dan cara sebenar pelaksanaan sumpah lian, sedangkan 
sumpah laknat yang sebenarnya perlu dilakukan di dalam proses mahkamah dengan empat kali, diikuti yang kelima sumpah laknat dan ia tidak untuk tontonan dan sebaran awam. 
Sumpah ‘mubahalah’ juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua pihak bertemu dan sama-sama bersetuju.

Bagaimanapun, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes yang dirujuk adalah hanya sumpah biasa, bukan sumpah laknat. Sumpah biasa boleh dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi’ atau ‘wattallahi” atau satu antara lafaz itu juga mencukupi.
Namun sumpah biasa ini sepatutnya hanya dilakukan sesudah ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukakan di mahkamah. Bayyinah yang disebut sangat perlu bagi mewajibkan sumpah ingkar dan bantah daripada tertuduh, tanpanya sumpah tertuduh tidak wajib sama sekali.

dalam hal zina dan liwat, bagi menganggap bersalah, satu antara dua cara ini mestilah menjadi jalannya, iaitu 
1. ikrar atau pengakuan sukarela secara insaf si pelaku.
Pelaku perlu mengakui dia melakukan kesalahan itu seperti mencuri, zina, liwat atau membunuh, sebagaimana dilakukan Ma’iz bin Malik Al-Aslami pada zaman Rasulullah.
2. sesudah bayinnah dilakukan, baru proses bantahan dibuka. 

Ini kerana, 
setiap asal individu adalah tidak bersalah selagi dibuktikan sebaliknya.
marilah kita saling ingat mengingati bahawa, toksahlah kita hidup untuk mengaibkan orang lain. jaga diri kita, dan tanya apakah kita makhluk Allah yang istimewa? sehingga kita boleh senang2 tuduh orang itu ini? haihhh...

ingat ya, 
Sumpah laknat / ‘lian’ hanya wujud untuk urusan suami isteri, iaitu apabila suami menuduh isterinya berzina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.