apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.5.11

suka sangat merengek... kan dah kena?

mungkin itulah yang dikatakan oleh seorang suami bila dia bertindak ganas terhadap isterinya seperti memukul.... setelah tidak tahan bila isterinya asyik merengek nak ajak dia ke luar negeri untuk bercuti. 

baca......

KAJANG: Niat seorang isteri untuk melancong ke luar negara bertukar tragedi apabila wanita itu dipukul, ditendang dan diseret suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Sutera, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu berlaku apabila wanita berusia 32 tahun itu bertanya kepada suaminya sama ada sudah membeli tiket penerbangan ke luar negara sempena cuti sekolah ini. 

Sumber polis berkata, hasrat mangsa untuk berbincang mengenai percutian mereka itu menimbulkan kemarahan suaminya yang bertindak meninggikan suara sebelum tercetus pertengkaran antara mereka.

Katanya, suami mangsa yang berusia 32 tahun hilang sabar dalam pertengkaran itu hingga mendorongnya bertindak di luar batasan.

“Pertengkaran selama 30 minit berakhir apabila suami mangsa mengheret, memukul dan menendangnya tanpa belas kasihan.

sofi: nak merengek sekarang? bo layanlah jawabnya....hehe, nasiblah, dah tua, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.