apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.5.11

suami panas baran. berapa lama isteri sanggup bertahan?

suami anda panas baran ke? suka marah? suka jerit-jerit? menjerkah? tak cukup dengan suara, kaki tangannya pun laju juga.... siap tampar terajang? badan anda jadi dia punya 'punching bag?'
"Kalau tengok dia naik angin saya selalu letak segelas air kosong di sebelahnya dan cepat-cepat bawa anak-anak masuk bilik."
Puan A memang cukup masak dengan perangai suaminya yang ketika sedang mengamuk bagai gajah naik minyak. Punca kemarahan pula selalunya tidaklah sebesar mana. Tetapi amukan suami boleh memakan masa berminggu-minggu. Katanya, apabila panas baran sudah sampai, muka si suami serta-merta akan berubah. Ia menjadi merah padam manakala tangan pula terketar-ketar.
"Masa mula-mula kahwin memang saya trauma. Tetapi kini selepas hampir tujuh tahun bersama, saya semakin lali dengan keadaan itu"
kenapa seorang boleh jadi berperangai teruk begitu? suka pukul orang sesuka hati dia? 
"Suami memberitahu masa kanak-kanak dulu dia sering dipukul ibu tiri. Mungkin sebab itu juga dia bersikap panas baran untuk melepaskan kemarahan yang dipendam semasa zaman kanak-kanak. Mungkin keadaan dirinya yang sering didera oleh ibu tiri dan sering dimarahi oleh ayahnya sendiri membuatkan dia berdendam sehingga kini. Malah sehingga kini suami sangat marah dan akan melenting sehari suntuk apabila saya menghidangkan ikan sardin untuk keluarga. Hidangan tersebut seolah-olah mengingatkan dia tentang kehidupan silamnya yang penuh duka, Sekarang saya takut anak-anak akan mengikut jejak mewarisi panas bapa mereka." 
kata orang, untuk melembutkan hati pasangan dan hati anak-anak yang degil dan keras, bacalah surah Thaha ayat 1 hingga 5. baca ketika mereka sedang tidur. usap kepala dan hembus pada ubun-ubun. 

kata seorang yang lain, setiap kali anda masak atau buat air, semasa anda mengacau cecair tu tak kiralah kacau kuah ke, air kopi ke.... sambil dok kacau tu bacalah Alam Nasyroh... surah an Nasyr... 

hmm, kita usahakanlah demi kebahagiaan rumah tangga.... kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.