apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.5.11

sirim beri amaran


setiap kali perayaan, pasti akan ada jualan murah. segala benda hendak dimurahkan, hehe... kain baju, tudung, barang kering, barang basah malah barangan elektrik serta produk telekomunikasi pun nak dilelong habis. 

kalau kain baju, tudung, susu, minyak, aku tak lah hairan sangat. biasalah, kan? tapi bila barang elektrik, ha.... tu, aku rasa macam....was-was sikit. dan keraguan aku terjawab bila sirim berhad bersuara. 

Pengguna terutama yang sedang membeli-belah di saat-saat akhir sempena Hari Gawai pada Rabu dan Khamis ini dinasihatkan berhati-hati dengan tawaran murah produk elektrik dan telekomunikasi yang belum disahkan tahap keselamatannya.

Sirim Berhad dalam satu kenyataan berkata, antara produk yang perlu diberi perhatian tentang tahap keselamatannya ialah periuk nasi elektrik, seterika, kipas angin, penyedut hampagas, pembakar roti, ketuhar, mesin pengisar, televisyen, pemain DVD atau VCD, soket dan lampu warna-warni. Bagi peralatan telekomunikasi, ia melibatkan telefon bimbit, alat kelui, radio amatur, telefon dan modem.

jadi, pastikan bila anda beli barang-barang yang tersenarai itu, barang-barang itu mempunyai tanda pengesahan MS serta label EIU untuk barangan elektrik dan label keselamatan Sirim disertai dengan nombor siri label bagi produk komunikasi.
"Barangan berkenaan perlu mematuhi piawaian disahkan seperti Standard Malaysia atau Standard Antarabangsa yang dapat mengurangkan risiko keselamatan seperti kebakaran, litar pintas dan kejutan elektrik," 
Pengguna yang ingin mengetahui status keselamatan produk elektrik dan telekomunikasi tertentu boleh menghubungi Sirim dengan menghubungi Kasvenda Kassim atau Sahrol Bariah Othman di pejabat Sirim Sarawak di talian 082-439048,082-439052 dan 082-439054.

so, jangan nanti anda bergawai, dawai fius alat-alat itu menyebabkan kebakaran pulak.

selamat hari gawai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.