Langkau ke kandungan utama

sesuatu yang amat manis buatku...

Ana Sofiya

jom kongsi kebahagiaan dan tersenyum sama-sama, okey...

tahniah kepada penulis tersohor, siti rosmizah yang menduduki tangga teratas.
kepada penulis-penulis fajar pakeer, orkid dan syamimi tahniah..
tahniah lagi kepada semua penulis novel yg mula bertapak menerusi p2u... ramai...kalau tak silap ada 7 orang termasuk ana sofiya, hehe....
dan terima kasih kepada anda peminat novel yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan membeli novel. jasamu dikenang....
 Carta 20 Teratas Paling Laris Fiksyen 
7 Hari Mencintaiku ( SITI ROSMIZAH ) - SR Publication
Tuan Rumah Pembantu Rumah ( ORKID EDYLIYNE ) - Fajar Pakeer
Lafazkan Kalimah Cintamu ( SITI ROSMIZAH )- SR Publication
Pilihan Mama ( UMIE NADZIMAH ) - Kaki Novel
Bila Hati Kata Sayang ( MARISSA ) - Karyasen
iM.A.I.D ( SURI RYANA ) - Kaki Novel
566 Hari Mencari Cinta ( ILYA ABDULLAH ) - Kaki Novel
Seandainya ... ( RYS AREESA ) - Kaki Novel
Cintamu Cintaku Satu ( ANA SOFIYA ) - Fajar Pakeer
Cinta Kau Dan Aku ( SITI ROSMIZAH ) - Buku Prima
Terlanjur Mencintaimu ( SYAMNURIEZMIL ) - Karyaseni
Cinta 3 Suku ( HERNA DANIA ) - Alaf 21
Kompilasi Cinta Tiada Akhirnya & Duri ( FAUZIAH ASHARI ) - Intens Idea
Sayangku Merajuk ( AYU EMELDA ) - Alaf 21
Jangan Bilang Benci ( MUNA MAHIRA ) - Alaf 21
Andai Itu Takdirnya ( SITI ROSMIZA ) - Buku Prima
Rayyan Fantasi ( Ramlee Awang Murshid ) - Alaf 21
Renungan Bertukar Rasa ( SYAMIMI AMINOLAH ) - Fajar Pakeer
Hingga Ke Akhirnya ( SITI NUR DHUHA ) - Buku Prima
Cinta Ini Milik Kita ( MAISARA SOFEA ) - Buku Prima

Ulasan

  1. tahniah kak sofi dah semua penulis..

    BalasPadam
  2. tahniah kak... :)

    memang best pon!

    BalasPadam
  3. akak mmg da beli buka ana ni..kedua duanya sekali..tahniah ya..

    BalasPadam
  4. idA, twrima kasih daun keladi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…