Langkau ke kandungan utama

semak kemasukan ke IPTA sesi 2011/2012 untuk murid lepasan SPM 2010

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari esok (6 Mei).

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi:

1. talian Hotline 03-88835858, 
2. Helpline 03-88835848 
3. talian am 03-88835801/5802. 

atau melayari 

4. laman web http://upu.mohe.gov.my, 
5. http://www.jpt.utm.my 
6. http://www.jpt.uum.edu.my 

atau menghantar pesanan ringkas 

7. (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan “dasar tawaran terbuka”, yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.
"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad,” 
Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar di

1. Tingkatan 6 
2. Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) 
3. Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) 
- Diploma di Politeknik, 
- sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, 
4. mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.

calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my. Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.
Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal. - Bernama

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…