apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.5.11

sahkah nikah jika sedang mengandung anak zina?

SAHKAH wanita yang mengandung anak luar nikah berkahwin dengan lelaki yang menghamilkannya? apakah gelaran untuk anak itu? perlukah pasangan ini menikah semula selepas anak itu lahir?
dulu, soalan seperti di atas itu tidak perlu ditanya kerana kes berzina dan mengandungkan anak di luar ikatan perkahwinan amat jarang terjadi. kini, ibu bapa perlu memikirkannya. terutama kalau kita ada anak-anak perempuan. 

jangan ingat bila kita dah didik anak-anak sebaik mungkin, gejala ini kita rasa tidak mungkin berlaku dalam famili kita. jangan! iman tidak diwarisi! dan, kelonggaran iman mendorong ke arah membuat maksiat. 

okey, berbalik kepada soalan-soalan tadi, ini pendapat yang aku dapat dalam harian metro. 

HUKUM pernikahan ketika mengandung tetap sah sekiranya cukup rukun dan syaratnya. Paling utama adalah perempuan itu masih bujang iaitu belum pernah bersuami dan tidak dalam idah.

Perkahwinan yang sah tidak perlu diakad semula. 

Bagaimanapun, kesalahan zina tidak terhapus dengan pernikahan terbabit. 

Ada sesetengah pendapat ulama mengharamkan pernikahan perempuan yang mengandung anak zina dan menganggapnya tidak sah. 

Ia bertujuan bagi menjaga keturunan anak supaya tidak bercampur-baur. Dengan kata lain, wanita itu perlu terlebih dulu melahirkan anak sebelum berkahwin.

sofi: jauhilah zina. zina mata, zina hati..semua tu tak elok dan mendorong ke arah kemungkaran. nauzubillah!

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.