apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

24.5.11

pramugari diperkosa semasa mabuk

dia baru sebulan jadi pramugari. umurnya baru 22 tahun. baru hendak kenal dunia, kata orang. masih naif dengan segala macam selok belok kehidupan di kuala lumpur.

kerana masih baru dan bagi aku, dia salah memilih kawan, maka kononnya kejayaan menjadi pramugari itu perlu dirai. bukan nak baca doa selamat ke, sujud syukur ke hapa... tapi rai kejayaan di kelab malam, dan minum arak.

sudahnya.... mabuk!


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.

malangnya, ada buaya tembaga dah nampak dan ambil kesempatan. lelaki berusia lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya ke sebuah hotel berhampiran.
“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya."
semoga dia insaf lepas ni. maaf, ya... aku bukan mengutuk pramugari ni, tidak. cuma aku harap dia sedar bahawa kerana hidup hanya sekali di dunia ini, kita harus sentiasa berhati-hati dengan tindak tanduk dan perbuatan. berhati-hati memilih kawan. dan, lepas ni, teruskan hidup! bersikap positiflah kerana dunia belum berakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.